Takwim persekolahan 2014 mengikut penggal

Walaupun cikgu dan cikgi sedang bercuti, dalam erti kata lain tak perlu punch-in/punch-out kedatangan ke sekolah tetapi sebenarnya cuti yang panjang ini tidak panjang sebenarnya. Dalam cuti inilah golongan guru seperti saya memanfaatkan masa cuti yang ada untuk membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun 2014. Antaranya menyediakan Rancangan Mengajar Tahunan (RPT) bagi semua subjek yang diajar.

Kepada rakan guru yang belum lagi ada takwim persekolahan sesi 2014, silalah jangan segan-segan untuk dapatkannya di sini - Takwim Persekolahan 2014


Kump.A -cuti hujung minggu hari Jumaat & Sabtu.
Negeri Johor pun termasuk mulai 2014.
Kump. B - cuti hujung minggu Sabtu/Ahad.
Negeri Johor sudah terkeluar senarai.

Terima Kasih

2 comments:

  1. Cikgu Hijau,
    Tahun ini ibarat sudah jatuh di timpa tangga bagi saya. ketika saya selesa di sekolah lama, saya telah ditukarkan ke sekolah baru. untuk pengetahuan Cikgu Hijau, di sekolah lama saya seorang guru Matematik tahun 4 dan 5. tetapi apabila ditukarkan ke sekolah baru, tiba-tiba saya dikejutkan dengan kelas yang perlu saya ajarkan iaitu PEMULIHAN KHAS. tidak pernah termimpi saya akan mengajar kelas pemulihan khas. blog cikgu amat membantu saya menguasai sedikit sebanyak program pemulihan khas. masalah saya sekarang ialah saya masih keliru penyediaan fail LINUS. berapa banyak fail LINUS perlu disediakan, apakah bahan yang perlu masukkan. harap cikgu dapat menjawabnya. boleh cikgu beri sedikit info untuk saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut buku panduan pengoperasian LINUS, penyelaras LINUS kena sediakan 5 fail tetapi saya bukan penyelaras LINUS, jadi saya sediakan 2 fail sahaja.

      1) Fail Induk - sy gabungkan fail j/kuasa + fail mesyuarat + fail maklumat murid sbb budak pemulihan saya tak ramai ie 25 org.
      2) Fail data - sy gabungkan fail data dengan fail konsep.

      *perkara ini saya sudah tanya FasiLINUS daerah. Mereka kata ok jer gabung fail. Janji maklumat yg diperlukan ada dan kita tahu di mana kita simpan.

      Cikgu opsyen pemulihan khas ke?

      Delete