Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik Institut Pendidikan Guru (i-MInD IPG) 2024

Persidangan Antarabangsa Minda Inovasi Dinamik Institut Pendidikan Guru (i-MInD IPG) 2024.

Terdapat 4 acara pertandingan iaitu:

๐Ÿ”ธ i-MInD Inovasi anjuran IPG Kampus Ilmu Khas
๐Ÿ”ธ i-MInD Pamer anjuran IPG Kampus Bahasa Melayu
๐Ÿ”ธ i-MInD Hibur anjuran IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
๐Ÿ”ธ i-MInD SPPA anjuran IPG Kampus Pendidikan Islam

๐Ÿ’ฐYURAN PENDAFTARAN adalah PERCUMA ๐Ÿ’ฏ

Pertandingan peringkat saringan akan diadakan secara dalam talian, manakala pertandingan peringkat akhir pula akan diadakan di Hotel Casuarina, Meru, Ipoh pada 23-25 September 2024.

Maklumat lanjut berkaitan syarat pertandingan dan garis panduan pertandingan, mohon klik pautan berikut:

๐ŸŒ€https://sites.google.com/ipgm.edu.my/i-mind2024/home





10 Strategi Ibu Bapa Membantu Anak Yang Lemah Membaca di Rumah

๐Ÿค” Anak masih belum lancar atau mahir MEMBACA?

Untuk membantu anak yang lemah membaca, ibu bapa boleh mencuba beberapa strategi berikut di rumah:

1. Baca Bersama: Luangkan masa untuk membaca bersama anak setiap hari. Pilih buku yang sesuai dengan tahap kebolehannya dan baca dengan kuat.

2. Gunakan Buku Bergambar: Buku bergambar boleh membantu anak memahami jalan cerita melalui gambar yang boleh meningkatkan minat mereka terhadap membaca.

3. Buat Aktiviti Membaca yang Menarik: Gabungkan membaca dengan aktiviti yang menyeronokkan, seperti mencari huruf atau perkataan dalam majalah atau surat khabar.

4. Permainan Berasaskan Membaca: Main permainan yang melibatkan huruf dan perkataan seperti 'Scrabble', SAHIBA, Cari Kata, Bina Kata atau permainan kad huruf.

5. Gunakan Teknologi: Terdapat banyak aplikasi dan laman web yang direka untuk membantu kanak-kanak belajar membaca dengan cara yang interaktif dan menyeronokkan.

6. Rutin Membaca: Wujudkan rutin membaca setiap hari, seperti membaca sebelum tidur. Konsistensi adalah kunci untuk meningkatkan kebolehan membaca.

7. Berikan Pujian dan Sokongan: Sentiasa berikan pujian dan galakkan anak setiap kali mereka berusaha membaca. Ini akan membantu meningkatkan keyakinan diri mereka.

8. Bercakap Mengenai Buku: Diskusikan buku yang telah dibaca dengan anak, tanya mereka soalan mengenai jalan cerita dan watak-watak. Ini dapat meningkatkan pemahaman mereka.

9. Gunakan Kad Imbasan: Buat atau beli kad imbasan dengan huruf, suku kata, dan perkataan untuk membantu anak mengenali dan mengingatnya.

10. Berhubung dengan Guru: Berbincang dengan guru anak untuk mendapatkan panduan dan nasihat tambahan mengenai cara terbaik untuk menyokong pembelajaran membaca anak di rumah.


Bahan Bacaan & Buku Aktiviti Sebagai Bahan Sokongan Pembelajaran di Rumah

๐Ÿ“ŒPenggunaan buku adalah lebih baik berbanding menggunakan gajet seperti telefon bimbit atau tablet dalam pembelajaran kanak-kanak. Justeru, ibu bapa boleh menggunakan buku-buku berikut mengikut pelbagai kaedah membaca sebagai bahan pembelajaran di rumah.

1. Kaedah Suku Kata


✅ Bacalah Sayang (Buku Bacaan 1-2, buku aktiviti, buku latihan menulis) - konsep terus membaca dengan satu huruf satu hari
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/8pQB8LZR7g
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/7fEDkeoQby
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/6zyWyRnNXF
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/9zc8XheEAH

✅ Anakku Bijak Suku Kata (Satu buku sahaja, 168 ms, saiz F4, video panduan aktiviti)
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/2fpY56sSES
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/6KiqQzDN2e

2. Kaedah Fonik / Kaedah Fonik Suku Kata


✅ Bacalah Anakku (Pakej lengkap buku 1-8, buku panduan, kad imbasan)
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/5fT9TyjWCc
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/9zc8eCDl8A

✅ Siri Bestari Pantas Membaca (Buku 1-8, buku panduan, audio suara)
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/8zjbZG7XEs

✅ Bergembira dengan Suku Kata (Buku Bacaan 1-4, buku aktiviti 1-4)
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/10hK2uxtws
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/6pf70tAaP3

3. Penguasaan Kemahiran LINUS/ Pemulihan Khas


✅ Buku LINUS Saya (Berdasarkan 12 konstruk LINUS, 46 ms)
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/Vl3CvlJKD
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/2VW7uv1UcO
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/9pIie9flvu

✅ Syok Baca 32 Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu LINUS (Softcopy, 109 ms)
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/30SOUAFTc2

4. Buku Cerita (Buku Mula Membaca)


✅ Mula Membaca Bersama Faris & Farah (12 buku, 2 tahap)
๐Ÿ‘‰https://s.shopee.com.my/1B0kKgJ3Oa

✅ Siri Mudah Baca (Bacaan asas berdasarkan suku kata, 5 set, setiap set ada 8 buku & 2 buku aktiviti)
๐Ÿ‘‰Set 1: https://s.shopee.com.my/9UfsGPcgnR
๐Ÿ‘‰Set 2: https://s.shopee.com.my/5KqJKzBju4
๐Ÿ‘‰Set 3: https://s.shopee.com.my/6APQJm0oq9
๐Ÿ‘‰Set 4: https://s.shopee.com.my/9A31tzgM5Z
๐Ÿ‘‰Set 5: https://s.shopee.com.my/2AtHYsdrhV
๐Ÿ‘‰Set 1-5: https://s.shopee.com.my/9KMS5oRROe


Set 1: Perkataan bersuku kata terbuka (KV) dan ayat mudah
Set 2: Perkataan bersuku kata tertutup (KVK), perkataan berimbuhan dan ayat majmuk.
Set 3: Perkataan yang mempunyai digraf (ng , ny) dan diftong (ai, au, oi) serta teks yang lebih mencabar.
Set 4: Perkataan yang mengandungi vokal berganding, berimbuhan dan teks yang lebih terperinci.
Set 5: Teks mencabar tanpa perbezaan warna


Perbezaan Antara Tentatif & Atur Cara

Salam semua, selamat bercuti sempena Hari Wesak.

Dua perkataan ini selalu kita jumpa sama ada dalam kertas kerja, buku program, pamplet atau brosur, iklan atau risalah tetapi sebenarnya perkataan 'tentatif' dan 'atur cara' mempunyai maksud yang berbeza. Justeru, penggunaannya haruslah tepat bagi menggambarkan maksud perkataan tersebut.

Definisi Tentatif dan Atur Cara

Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a) Atur cara

Kata nama 1
Senarai maklumat tarikh, masa, acara, tempat dsb mengikut urutan yang ditetapkan untuk sesuatu majlis.

Contoh: Susunan atur cara majlis perasmian orientasi terlalu padat. 

Contoh: Atur cara Sambutan Hari Kemerdekaan.

Kata nama 2 
Kaedah atau aturan yang lazim atau sudah ditetapkan untuk melakukan sesuatu kerja atau urusan.

Contoh: Penyelidikan yang mengikut tertib atau atur cara yang tepat dan positif.

Contoh: Harta benda kesatuan, selain kumpulan wang kebajikan tertakluk kepada atur cara sivil termasuk bagi mendapatkan wang yang terhutang.

Kata nama 3
(TMK) jujukan arahan berkod yang diinput ke dalam komputer yang membolehkan arahan tersebut diproses.


b) Tentatif

Kata nama 1
Atur cara atau jadual perjalanan sesuatu tugasan atau program, mis bengkel, ceramah atau seminar:

Contoh: Tentatif di atas boleh berubah bila-bila masa sahaja, tertakluk kepada pindaan yang dibuat oleh pihak penganjur.

Contoh: Berikut ialah tentatif perjalanan majlis penutup program tersebut.

Kata adjektif 2
(berkenaan keputusan, hasil penyelidikan dan sebagainya) belum muktamad dan masih boleh diubah atau dipinda.

Contoh: Cadangan yang dihantar itu adalah tentatif.

Contoh: Pihak mereka memberikan tarikh tayangan tentatif di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Kata adjektif 3
(berkenaan langkah, teori, program dan sebagainya) sementara waktu sahaja.

Contoh: Jepun mengambil langkah tentatif ke arah memperbaik hubungan dengan Korea Utara.

Penggunaan Tentatif dan Atur Cara


Perbezaan antara dua kata ini adalah merujuk kelas/golongan kata dan makna dalam penggunaannya. Jadi, tentatif bermaksud tidak muktamad (pasti) atau masih boleh berubah. Kebiasaannya perkataan ini digunakan pada peringkat prapelaksanaan projek dan tidak lagi digunakan apabila telah muktamad seperti dalam buku atur cara majlis.

  • Tentatif - kertas kerja, kertas cadangan (proposal)
  • Atur cara - buku program, brosur, pamplet, risalah



 Sumber: 

Intervensi Kemahiran Asas Membaca | Klinik Asas 2M | Klinik Asas Membaca & Menulis

Salam dan hai semua.

Pada tahun 2022, saya telah menjalankan satu program intervensi peringkat sekolah bagi kemahiran membaca dan menulis untuk murid Pemulihan Khas tahun 3. Program ini dilaksanakan di luar waktu PdP iaitu selepas waktu persekolahan. Ia adalah renteten dan kesinambungan kepada Program Ganjaran SASUBA yang dijalankan pada waktu PdP tetapi lebih menfokuskan kepada murid tahun 3. 

Maklumat program adalah seperti berikut: 

๐Ÿ“ŒNama program: Klinik Asas 2M (Membaca & Menulis)
  • Nama program Klinik Asas Membaca lebih sesuai digunakan selepas post-mortem kerana objektif kemahiran menulis tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya atas faktor kekangan masa.
๐Ÿ“ŒMatlamat program: Program intervensi PBD untuk meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis.

๐Ÿ“ŒObjektif program:

1) Galakan membaca kepada murid.
2) Tingkatkan tahap penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis.
3) Tingkatkan motivasi dan minat murid terhadap aktiviti membaca dan menulis.
4) Pupuk sikap bersaing sesama rakan sebaya secara sihat.

๐Ÿ“ŒBahan-bahan:

1) Kad bacaan bergred (Muat turun: Bahan Bacaan Berperingkat | Kad Bacaan Bergred [BBM])
  • bahan bacaan diperingkatkan mengikut kemahiran
  • setiap kemahiran terdiri daripada 10 siri kad
  • setiap siri kemahiran dibezakan melalui warna

2) Borang rekod bacaan

3) Buku tulis atau buku nota untuk aktiviti mengimlak

๐Ÿ“ŒPelaksanaan: Di luar waktu PdP/ Selepas waktu persekolahan
๐Ÿ“ŒImpak pelaksanaan: Jangka panjang
๐Ÿ“ŒTempoh pelaksanaan: 10 minggu



Laporan program secara ringkas

Surat akuan kebenaran ibu bapa

Surat pemakluman kepada ibu bapa

Laporan bergambar

Laporan bergambar


Bahan Bacaan Berperingkat | Kad Bacaan Bergred [BBM]

Salam dan hai semua.

Di sini saya kongsikan kad bacaan bergred atau berperingkat untuk kegunaan para guru semua. Bahan ini saya gunakan sebagai bahan bacaan murid Pemulihan Khas di dalam satu program intervensi peringkat sekolah yang saya jalankan pada waktu PdP iaitu Program Ganjaran Saya Suka Membaca (SASUBA) dan juga dalam satu program intervensi Klinik Asas 2M pada setiap hari Jumaat selepas waktu persekolahan. Sambutan murid sangat menggalakkan dengan sokongan ibu bapa yang jitu.

✅Boleh baca maklumat program intervensi tersebut di sini:

✅Muat turun bahan program di sini: https://bit.ly/4bn0rwA

  • Kad bacaan bergred untuk kemahiran:
    • KP5, KP7, KP10, KP11 (3/5/2024)
    • KP8 (4/5/2024)
      • bahan dalam format word dan pdf 
      • boleh ubah suai atau murnikan (edit) ikut kreativiti sendiri 
  • Rekod bacaan murid (sebagai contoh)

Bahan-bahan bacaan di Google Drive akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Saya sekarang ini saya merupakan pelajar sarjana sepenuh masa sejak Oktober 2022 dan sudilah kiranya mendoakan saya tamat dengan jayanya pengajian saya mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan KPM, orang kata GOT, terima kasih, insyaAllah. 

Semoga sedikit perkongsian bahan ini dapat membantu rakan-rakan guru dan tidak digunakan untuk tujuan keuntungan peribadi. Sama-samalah kita para guru berusaha semampu mungkin untuk membantu dan membimbing murid kita keluar dari 'kegelapan' agar mereka sentiasa bermotivasi dan bersemangat dalam menuntut ilmu apabila jalan itu dipermudahkan.