[PROMPT] Cara Pantas Hasilkan Lagu Untuk PdPC Matematik Menggunakan Google Gemini AI

Elemen didik hibur seperti lagu dan nyanyian penting dalam mewujudkan PdPc yang menyeronokkan pembelajaran murid.


Berikut saya kongsikan lagu yang telah dihasilkan menggunakan Google Gemini AI yang berdurasi 2.27 minit menggunakan model Pro. Prompt boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian PdPc masing-masing. Lagu adalah versi trial and error. 

MATEMATIK TAHUN 1/2/3


Tajuk: Wang


🔹Lagu cara sebut nilai wang - RM dan sen
🔹Lagu dihasilkan menggunakan Gemini AI
🔹Gunakan Fitur + create music
🔹Durasi lagu 2.27 minit sehingga 5 minit menggunakan model Pro/Thinking
🔹Durasi lagu 30 saat dengan model Flash

‼️Lagu yang dihasilkan adalah versi trial and error.

PROMPT


Buatkan satu lagu topik mata wang untuk Matematik tahun 3 belajar menyebut nilai mata wang dalam Ringgit Malaysia dan sen. Lagu tema irama hip hop.



DELIMA 3.0 Sediakan 16 Aplikasi Kecerdasan Buatan / Artificial Intelligence (AI) & Pembantu Digital Chatbot DETa

Pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) 3.0 yang dilancarkan pada 20 Julai 2026 merupakan versi kemas kini DELIMa 2.0 yang dinaik taraf, menjadikan pelantar berkenaan sebuah ekosistem pembelajaran digital yang lebih interaktif, fleksibel, bersepadu, mudah diakses dan mesra pengguna yang memaparkan antara muka (interface) yang lebih moden, kemas dan navigasi intuitif.

DELIMa 3.0 mengintergrasikan 16 aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti Chat GPT, Notebook LM, Gemini AI, MS Copilot AI, SUNO AI, Perplexity secara bersepadu.



Menurut KPM, Setakat 30 Jun 2026, aplikasi AI yang mencatatkan penggunaan tertinggi dalam kalangan guru ialah ChatGPT dengan 208,836 penggunaan, diikuti Gemini AI sebanyak 175,765 penggunaan, dan NotebookLM sebanyak 130,099 penggunaan.

DETa (Digital Educational Teaching & Learning Assistant)


DELIMa 3.0 kini juga diperkasakan dengan DETa (Digital Educational Teaching & Learning Assistant) iaitu satu chatbot pintar berasaskan AI bagi membantu guru dan murid memanfaatkan sumber rasmi KPM.

DETa merupakan pembantu digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam DELIMa 3.0 yang membantu pengguna mendapatkan sokongan berkaitan pembelajaran dan pengajaran. Pengguna boleh mendapatkan bantuan seperti penerangan topik, idea pembelajaran, cadangan aktiviti serta maklumat berkaitan pendidikan secara lebih pantas dan interaktif.

Antara fungsi chatbot DETa ialah membantu guru mencadangan kandungan pengajaran mengikut kesesuaian, manakala bagi murid pula ia boleh membantu mendapat jawapan dan bahan cadangan pembelajaran yang spesifik mengikut subjek masing-masing.



Apa Yang Baharu Di DELIMa 3.0?


1. Ruang Aplikasi

Ruang Aplikasi menyediakan akses kepada pelbagai aplikasi digital yang menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan pengurusan pendidikan. Pengguna boleh mengakses aplikasi yang tersedia melalui satu platform bersepadu dalam DELIMa 3.0.

2. Beg Sekolah/ Laluan Pembelajaran

Beg Sekolah Digital menghimpunkan buku teks digital, buku aktiviti dan bahan sokongan pembelajaran dalam satu ruang yang mudah diakses oleh murid.

Melalui Laluan Pembelajaran, murid turut menerima cadangan bahan yang berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari, termasuk video dan sumber digital daripada pelbagai saluran pendidikan. Ini menjadikan pengalaman pembelajaran lebih tersusun, mudah diteroka dan diperibadikan mengikut keperluan murid.

3. DETa (Digital Educational Teaching & Learning Assistant)

4. Hab Latihan Digital

Ia menyediakan pelbagai kursus dan latihan yang boleh disertai oleh pengguna. Pengguna boleh mendaftar, mengikuti kursus, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran kendiri.

5. Sijil & Lencana Digital

Bahagian ini membolehkan pengguna melihat, menyimpan dan mengurus koleksi sijil serta lencana digital yang diperoleh selepas melengkapkan kursus, latihan atau aktiviti tertentu dalam DELIMa 3.0.

6. Portfolio Digital

Portfolio Digital merekodkan perjalanan pembelajaran dan pencapaian pengguna dalam DELIMa 3.0. Setiap kursus yang diselesaikan, sijil yang diterima dan lencana yang diperoleh dihimpunkan sebagai rekod perkembangan yang tersusun.

Bagi murid, ia membantu merekod pencapaian pembelajaran, manakala bagi guru, ia mencerminkan perkembangan ilmu, kemahiran dan profesionalisme secara berterusan. Portfolio Digital memastikan setiap pencapaian pembelajaran dapat direkod, diiktiraf dan dikongsi dengan lebih mudah.

7. Pengumuman

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan pengumuman terkini berkaitan aktiviti, kursus, latihan serta maklumat penting lain yang dikongsikan melalui platform DELIMa 3.0.

8. Ruang Ilmu

Ruang Ilmu menyediakan ruang perkongsian bahan pembelajaran, sumber pendidikan dan maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti pengguna DELIMa 3.0. Fungsi ini membantu menggalakkan perkongsian ilmu dan pembelajaran secara kolaboratif.

9. Kelas Digital

Kelas Digital membolehkan guru mengurus pembelajaran secara lebih tersusun dengan menyediakan dan menyampaikan tugasan kepada murid.

Dengan sokongan DETa, guru boleh mendapatkan cadangan kandungan pembelajaran, membuat penyesuaian mengikut keperluan murid dan seterusnya menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bersesuaian. Melalui Kelas Digital, pembelajaran menjadi lebih fleksibel, responsif dan diperibadikan mengikut tahap serta keperluan setiap murid.

Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) Tahun 4 Mulai 2026 Dan Tingkatan 3 Mulai 2027


Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) merupakan satu bentuk pentaksiran baharu kepada murid sekolah rendah (tahun 4) dan murid menengah rendah (tingkatan 3) yang melengkapkan pentaksiran awam sedia ada pada semua peringkat persekolahan. MPM bermula tahun ini, 2026 bagi murid tahun 4 sekolah rendah manakala tingkatan 3 akan bermula pada tahun depan, 2027.

MPM dilaksanakan untuk mengesan tahap penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang terlibat yang membolehkan intervensi pendidikan dilaksanakan secara lebih berfokus. Ia bukan pengganti kepada UPSR atau PT3.



MPM bagi tahun 4, mata pelajaran yang terlibat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Cina SJKC, Bahasa Tamil SJKT. Bagi Tingkatan 3, mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Matriks Pembelajaran ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).



Jadual Waktu Matriks Pembelajaran Malaysia Tahun 4


MPM Tahun 4 dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2026 selama 3 hari:

  • Selasa, 6 Oktober 2026 - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Rabu, 7 Oktober 2026 - Matematik dan Sains
  • Khamis, 6 Oktober 2026 - Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT)







Sumber:

Cara Mencukupkan 40 Jam PPK HRMIS | Pembacaan Buku & Bahan Ilmiah | Book Review



Program Pembangunan Kompetensi (PPK) 40 jam setahun dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu Kursus/Latihan, Sesi Pembelajaran dan Pembelajaran Kendiri yang perlu direkodkan di portal HRMIS. Perincian bagi setiap kategori boleh baca di sini: Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun.

Terdapat banyak platform yang menyediakan kursus percuma khususnya untuk warga pendidik melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) 40 jam setahun di HRMIS. Antara platform tersebut ialah: 16 Platform Kursus Percuma Untuk Melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun

PPK: Pembelajaran Kendiri Melalui Pembacaan Buku


Pembelajaran kendiri adalah kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran yang melibatkan secara bersemuka dan dalam talian (online). 

Bagi pembacaan buku/bahan ilmiah, satu sesi pembentangan atau satu sinopsis perlu diadakan. Berdasarkan punca kuasa surat siaran bertarikh 30 Februari 2026, pemjawat awam kategori pengurusan & profesional seperti guru, jenis bahan bacaan perlu berbentuk ilmiah dengan menyediakan sinopsis tanpa perlu mengadakan sesi pembentangan.

Kaedah pelaksanaan pembacaan buku



Pengiraan Jam Pembacaan buku
  • satu sinopsis bersamaan 6 jam berkursus bagi pembentang.
  • 30 minit bagi mereka yang menghadiri sesi pembentangan.

Pembentangan:
  • Pembentangan hanya melibatkan penjawat awam kategori JUSA/Gred Khas sahaja.
  • Tiada pembentangan bagi kategori kumpulan Pengurusan & Profesional dan kumpulan Pelaksana, hanya perlu menyediakan sinopsis bahan yang dibaca.

Jenis bahan bacaan
Jenis bahan bacaan yang dibaca adalah bergantung kepada kategori pegawai sama ada kategori JUSA/Gred Khas, kategori Pengurusan & Profesional atau kategori kumpulan pelaksana.

✅ JUSA/Gred Khas dan kumpulan Pengurusan & Profesional
  • buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada buku fizikal atau e-book
  • pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian

✅ Kumpulan Pelaksana
  • Umum - bukan fiksyen, rencana, bahan buku Braille

Lampiran evidens
  • Sijil kehadiran
  • Refleksi pembacaan
  • Borang sinopsis

*Muat turun borang sinopsis di sini: https://t.me/CikguHaseni


Borang Sinopsis

Contoh penulisan sinopsis buku

Senarai Buku


Cara Mencukupkan 40 Jam PPK HRMIS | 16 Kursus Percuma Kategori Pembelajaran Kendiri Khusus Untuk Guru di LADAP PLUS



Terdapat banyak platform yang menyediakan kursus percuma khususnya untuk warga pendidik melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) 40 jam setahun di HRMIS. Antara platform tersebut ialah: 16 Platform Kursus Percuma Untuk Melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun

LADAP Plus merupakan salah satu daripada platform yang menyediakan kursus percuma khusus untuk guru. Ia merupakan aplikasi yang menawarkan kandungan pembelajaran yang ringkas dan singkat dalam bentuk video pendek, teks dan imej. Kebanyakan kandungan pembelajaran yang disediakan di LADAP Plus berdurasi 1 jam. Pada akhir sesi kursus, e-sijil disediakan dan boleh dimuat turun.

Kursus yang disediakan adalah berbentuk seperti strategi pengajaran, penilaian dan pentaksiran, teknologi pendidikan dan pengurusan bilik darjah.

Kursus-kursus yang disediakan di LADAP Plus boleh dikategorikan sebagai pembelajaran kendiri (Online learning). Kursus boleh diikuti secara mobile menggunakan peranti mudah alih seperti tablet dan telefon bimbit dengan memuat turun aplikasi di Google Play atau App Store (Carian: LADAP Plus).




Antara tajuk kursus yang disediakan LADAP Plus adalah seperti berikut:

Strategi Pengajaran


Literasi dan Numerasi
1. Memperkasa Literasi dalam kalangan murid Disleksia - 1 jam 5 minit
2. Memperkasa Numerasi dengan pembelajaran pelbagai deria - 1 jam 5 minit
3. Mempertingkat Numerasi dengan pendekatan KGA - 1 jam
4. Siri 1 - Mempertingkat Literasi dengan Pintalan Membaca Scarborough - 1 jam
5. Siri 2 - Mempertingkat Literasi dengan Pintalan Membaca Scarborough - 1 jam 2 minit

Strategi pengajaran
6. Memperkasakan Autonomi murid dalam pembelajaran - 1 jam
7. Siri 1 - Pembelajaran Kontekstual - 1 jam 13 minit
8. Siri 2 - Pedagogi Terbeza - 1 jam 2 minit
9. Teknik Scaffolding dalam pengajaran - 1 jam
10. Teknik Whole Brain teaching - 2 jam

Kurikulum Persekolahan 2027
11. Siri KP2027: Memahami Kompetensi - 1 jam

Penilaian dan Pentaksiran

12. Pentaksiran formatif - 1 jam

Teknologi Pendidikan

13. Memilih teknologi untuk PdP berkesan - 1 jam

Pengurusan Bilik Darjah

14. Siri 1 - Pembelajaran Sosio Emosi - 1 jam 6 minit
15. Siri 2 - Pembelajaran Sosio Emosi - 1 jam 3 minit
16. Memperkasa budaya positif dalam pembelajaran - 1 jam 6 minit


e-Sijil LADAP Plus

Sumber:
LADAP Plus

Cara Mencukupkan 40 Jam PPK HRMIS | 16 Platform Kursus Percuma Untuk Melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun



Program Pembangunan Kompetensi (PPK) 40 jam setahun dibahagikan kepada 3 kategori utama iaitu Kursus/Latihan, Sesi Pembelajaran dan Pembelajaran Kendiri yang perlu direkodkan di portal HRMIS. Perincian bagi setiap kategori boleh baca di sini: Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun.

Bagi mencukupkan 40 jam setahun, antara platform kursus percuma yang boleh diterokai adalah seperti berikut:


  1. Rakyat Digital: https://rakyatdigital.gov.my/ms
  2. National Training Week (NTW): https://www.nationaltrainingweek.gov.my
  3. E-LATiH HRD Corp: https://elatih.hrdcorp.gov.my
  4. Malaysia MOOCs: https://www.mooc.gov.my
  5. Mereka Academy: https://www.mereka.io
  6. Canva Design School: https://www.canva.com/designschool
  7. HP LIFE: https://www.life-global.org
  8. Saylor Academy: https://www.saylor.org
  9. British Council TeachingEnglish: https://www.teachingenglish.org.uk
  10. American English MOOC: https://americanenglish.state.gov
  11. Apple Education Community: https://education.apple.com
  12. Google for Education: https://edu.google.com
  13. Microsoft Educator: https://learn.microsoft.com/training/educator-center
  14. AI Class ASEAN: https://www.aiclassasean.org
  15. Pepper Labs: https://pepperlabs.my
  16. LADAP Plus: https://www.ladapplus.org (Tersedia dalam bentuk aplikasi mobile yang boleh di muat turun melaui Google Play dan App Store).



Sumber:
LADAP Plus

Promo Khas Untuk Guru Sempena Hari Guru 2026 Oleh Samsung, Zus Coffee, Air Asia

Sempena Hari Guru 2026, terdapat pelbagai promosi yang menarik disediakan untuk menghargai jasa para pendidik. Kebanyakan promosi menawarkan diskaun istimewa untuk makanan, minuman, dan percutian yang boleh dinikmati sama ada secara fizikal atau dalam talian.

Berikut adalah beberapa promosi popular:

1. Zus Coffee: Nikmati diskaun 10% untuk 1 minuman handcrafted menggunakan kod baucar ZUSTERIMAKASIHCIKGU melalui aplikasi Zus Coffee.

10% diskaun untuk 1 handcrafted drink
Kod voucher: ZUSTERIMAKASIHCIKGU

Pickup melalui aplikasi ZUS Coffee
Promo sah sehingga 31 Mei 2026

2. AirAsia Move: Tawaran diskaun sehingga RM50 untuk penerbangan, hotel, dan perjalanan (rides) menggunakan kod TEACHERSMOVE.

Scan. Download. Plan.
Gunakan kod: TEACHERSMOVE

3. Samsung: Tawaran istimewa untuk warga pendidik di bawah promo MOE EXCLUSIVE - MOEMAY ROADSHOW5 dengan diskaun 5%.

Minimum pembelian RM100 peranti Samsung. 
Promo sah sehingga 30 Jun 2026.

Wajaran Markah PBPPP Guru Mengikut Dimensi (Kompetensi dan Keberhasilan)



Dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), markah guru tidak datang daripada satu aspek sahaja tetapi secara menyeluruh melalui dua bahagian utama iaitu kompetensi (90%) dan Keberhasilan (10%).

1. Kompetensi – 90%


Kompetensi merangkumi tiga dimensi penting:

  • D1 Profesionalisme – 30%
    • Nilai profesional seorang guru.
    • Amanah, beretika, bertanggungjawab dan menjaga hubungan baik dalam tugas.

  • D2 Penglibatan – 10%
    • Sumbangan dan keterlibatan guru.
    • Bukan hanya hadir bekerja, tetapi turut menyumbang kepada sekolah, komuniti dan organisasi.

  • D3 Kemahiran – 60%
    • Keupayaan melaksanakan tugas sebenar.
    • Bagaimana guru merancang, mengajar, mengurus, membimbing dan melaksanakan amanah bidang tugas.

Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian kompetensi ialah 100%. Namun begitu, dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian kompetensi menyumbang wajaran sebanyak 90%.

2. Keberhasilan – 10%


Keberhasilan pula menilai hasil kerja yang dicapai. Ia bukan semata-mata usaha, tetapi impak daripada tugas yang telah dilaksanakan. Hal ini kerana, keberhasilan menilai hasil kerja utama outcome/ output yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Penilaian keberhasilan berasaskan dan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian. 

Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian keberhasilan ialah 100%. Namun begitu, dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%.

Rumus Mudah PBPPP


Kompetensi = 90%
Keberhasilan = 10%

Jumlah keseluruhan = 100%

Hadiah Hari Guru 2026



YB Menteri Pendidikan membuat pengumuman khas beberapa inisiatif untuk guru bersempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026. Antaranya adalah:

1. Kursus Google Certified Educator (GCE) diteruskan secara percuma kepada semua guru
  • GCE Tahap 1: RM40 seorang
  • GCE Tahap 2: RM100 seorang

Kursus ini menfokuskan kepada peningkatan kompetensi digital dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

2. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Khas untuk guru sekolah rintangan dan pedalaman
  • Sarjana bernilai RM46,620 bagi tempoh 24 bulan
  • PhD bernilai RM85,417.50 bagi tempoh 36 bulan melibatkan guru Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Terapung dan kawasan P1, P2, P3

3. Biasiswa Perguruan Persekutuan diperluas kepada pemimpin sekolah
  • Pembiayaan RM44,620 hingga RM48,150
  • Tempoh 24 hingga 36 bulan untuk pengajian sarjana pemimpin sekolah

4. Projek NODE (Network Offline Digital Environment)
  • Peruntukan RM1 juta untuk sekolah pedalaman dan pulau tanpa capaian internet.

5. Pembekalan peranti digital ke semua sekolah
  • Peruntukan RM169 juta, memberikan manfaat kepada 10,254 sekolah menyokong Kurikulum Persekolahan 2027 dan integrasi teknologi digital.

6. Naik taraf dan penyelenggaraan bilik guru
  • Tambahan RM100 juta, menjadikan keseluruhan RM200 juta untuk ruang kerja guru yang lebih kondusif.

7. Penyelenggaraan kuarters guru
  • Tambahan RM50 juta, menjadikan keseluruhan RM110 juta untuk memastikan kuarters guru lebih selesa.

8. Pemansuhan sistem perekodan kokurikulum manual
  • Sekolah diberi autonomi mengurus rekod sebelum dimasukkan ke PAJSK. 
  • Sistem PAJSK juga akan disepadukan dengan sistem PBD.

9. Naik taraf kemudahan IPGM, IAB dan Matrikulasi
  • Peruntukan RM100 juta untuk penyelenggaraan fasiliti termasuk pendingin hawa dan sistem kebakaran.

10. Bahan bacaan tambahan prasekolah
  • Peruntukan RM10.515 juta untuk 10,515 kelas prasekolah, memberikan manfaat kepada 216,825 murid dan 9,836 guru Mengukuhkan budaya membaca awal.

11. Pengambilan 20,000 guru Contract of Service (CoS) mulai 2027. Berdasarkan unjuran enrolmen dan keperluan opsyen.

12. Peruntukan program strategik sekolah dan murid
  • RM122,476,983 untuk pusingan pertama Tidak termasuk PCG mata pelajaran.

13. Bantuan RM1,000 anak Guru yang cemerlang
  • RM1,000 kepada setiap guru yang anak memperoleh 10A dalam SPM 2025. 
  • Sebagai penghargaan kepada warga pendidik.

14. Moratorium sewa kantin sekolah
  • Pengurangan 50% selama enam bulan Bertujuan membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan rendah dan berkualiti.



[Darab] Latihan Matematik Skip Counting 2 Hingga 9 | Membilang Secara Gandaan

Dalam mempelajari operasi asas darab, kemahiran skip counting (kiraan melangkau/ gandaan) sangat penting. Skip counting ialah kaedah mengira pantas dengan melangkau nombor tertentu secara berulang iaitu penambahan berulang.

Contohnya skip counting by 2 dimulakan dengan 2, 4, 6, 8, 10, 12 dan seterusnya. Ia adalah asas penting untuk pendaraban, mengira dalam kumpulan (5, 10, 15...), dan meningkatkan pemahaman nombor. Skip counting boleh dilakukan secara menaik (operasi tambah) atau menurun (operasi tolak).

Dalam operasi asas darab, Skip counting adalah bentuk asas pendaraban. Contoh 3 x 5: bermaksud skip count 5 sebanyak 3 kali: 5, 10, 15.

Berikut dikongsikan latihan skip counting bagi gandaan 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Format PDF boleh muat turun di Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau: https://t.me/CikguHaseni






[Darab] Latihan Matematik Operasi Asas Darab | Cabaran Sifir Darab 2 Hingga 12 | Jadual Sifir 2-12

Berikut adalah latihan Matematik bagi operasi asas darab iaitu murid melengkapkan jadual sifir 2 sehingga 12 dengan menggunakan konsep darab sebagai tambah berulang (penambahan berulang). 

Latihan ini merupakan edisi yang dikongsikan sebelum ini (8.10.2024) tetapi telah dikemaskini setakat 11.5.2026 bagi kegunaan murid-murid saya di sekolah.

Cabaran Sifir Darab 2 Hingga 12


✅ Latihan melengkapkan jadual sifir darab
✅ Panduan darab sebagai penambahan berulang (Tambah berulang)

Semoga bermanfaat.

✅Muat turuf format PDF: Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau














Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun Bagi Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bermula Tahun 2026

Bermula tahun 2026, semua penjawat awam, termasuk warga KPM melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) HRMIS sekurang-kurangnya 40 jam latihan setahun yang direkodkan sendiri melalui Modul HRMIS 2.0. Dasar ini telah membatalkan kiraan hari, dan menfokuskan kepada jumlah jam pembelajaran formal dan bukan formal yang perlu disokong dengan sijil atau dokumen yang berkaitan.

Cara-Cara Mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 Untuk Guru boleh rujuk di sini: Panduan Mengisi Pembangunan Kompetensi di HRMIS



Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Tahun 2026


Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0 dibahagikan kepada 3 kategori utama:
  1. Kursus/Latihan
  2. Sesi Pembelajaran
  3. Pembelajaran Kendiri


1. Kursus/Latihan

Definisi
Kursus/Latihan adalah aktiviti latihan berbentuk formal dan berstruktur yang dijalankan secara bersemuka, dalam talian dan berterusan anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara atau di luar negara.

Kehadiran yang diambil kira hanya bagi kursus jangka pendek (tempoh kurang 3 bulan).

Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.

Jenis aktiviti
  • kursus
  • seminar
  • konvensyen
  • bengkel
  • forum
  • simposium
  • persidangan
  • kolokium


Lampiran evidens
  • Memo atau surat panggilan
  • Sijil atau rekod kehadiran
  • Makluman bertulis yang disahkan
  • Minit mesyuarat

2. Sesi Pembelajaran


Definisi
Sesi pembelajaran adalah sebarang aktiviti pembelajaran secara bersemuka atau tidak bersemuka anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara.

Bagi pertemuan mentor dan mentee serta sesi perbincangan/perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi, catatan perbincangan mestilah dibuat dalam sebuah buku catatan.

Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.

Jenis aktiviti
  • Sesi Pemantapan Perkhidmatan awam:
    • program sambutan/program khas yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
    • on-the-job-training
    • latihan sangkutan
    • simulasi
  • Perhimpunan bulanan
  • Sesi pembelajaran - sesi perkongsian ilmu
  • Mentor dan Mentee
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai pembentang
  • Pembentangan kertas kerja
  • Ceramah
  • Lain-lain seperti kajian kes, tayangan filem, under study

Lampiran evidens

  • Memo atau surat panggilan
  • Sijil atau rekod kehadiran
  • Buku rekod interaksi
  • Lampiran lain yang sesuai


3. Pembelajaran Kendiri


Definisi
Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran yang melibatkan secara bersemuka dan dalam talian (online).

Bagi pembacaan buku/bahan ilmiah, satu sesi pembentangan/satu sinopsis perlu diadakan.

Pengiraan Jam
Pembacaan buku
- satu sinopsis bersamaan 6 jam berkursus bagi pembentang.
- 30 minit bagi mereka yang menghadiri sesi pembentangan.

Bagi kursus di EPSA, pengiraan jam berdasarkan nilai jam dalam Surat Tamat Kursus EPSA yang boleh dijana melalui portal EPSA.

Jenis aktiviti
  • e-pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
  • Pembentangan buku 
    • pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada buku fizikal atau e-book
    • pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian
  • Program Bina, Bincang, Semarakkan Perkhidmatan Awam
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai peserta
  • Kursus anjuran luar agensi
  • AI Untuk Rakyat

Lampiran evidens
  • Sijil kehadiran
  • Refleksi pembacaan / Borang sinopsis
  • Lampiran lain yang sesuai







Muat turun surat siaran: