Contoh RPH LINUS dan format penulisan RPH LINUS Literasi




Ini adalah contoh RPH LINUS literasi yang lengkap. Semoga ia dapat membantu para guru LINUS, guru pemulihan LINUS dan guru-guru yang memerlukannya. Dokumen asal ini telah saya kemaskini berdasarkan maklumat yang terkini berkaitan dengan LINUS.









[DOWNLOAD] Modul PROTiM Bahasa Melayu untuk Kegunaan Guru dan Murid

Modul PROTiM bagi kemahiran membaca dan menulis yang ingin saya kongsikan ini adalah terbitan tahun 2007 oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Untuk mendapatkan modul ini sila berikan e-mail anda di ruangan komen di bawah.




Cover Modul Guru


Cover Modul Murid


BBM | Kad carta suku kata KV

Kad carta suku kata KV ini saya perolehi daripada facebook group Guru Pemulihan Khas Malaysia. Untuk muat turun sila right click dan save image as.






Dapatan hasil taklimat penyelarasan PROTiM membaca dan menulis (Literasi) peringkat PPD

Beberapa hari yang lepas saya telah menghadiri taklimat penyelarasan PROTiM membaca dan menulis (Literasi) di PPD. Antara perkara yang telah diselaraskan adalah tentang penulisan RPH dan refleksi, PdP dalam kelas dan program/aktiviti PROTiM. Penyelarasan ini juga boleh diaplikasikan untuk PROTiM Matematik.


Penulisan RPH 
  • Objektif - sekurang-kurangnya 2 (murid BIASA & PROTiM)
  • Contoh objektif -
          Pada akhir PdP, murid dapat:
          a) menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara (murid BIASA)
          b) menyatakan jenis-jenis ayat dengan betul (murid BIASA)
          c) menulis jenis-jenis ayat dengan betul (murid PROTiM)


Penulisan Refleksi/impak (merujuk kepada objektif di atas)

a) 12 daripada 25 murid gagal menyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara. Murid                        berikut telah diberikan latihan tambahan. (BIASA)

b) 5 daripada 25 murid gagal  menyatakan jenis-jenis ayat dengan betul . Murid berikut telah diberikan            latihan tambahan. (BIASA)

c) 1 daripada 5 murid gagal menulis jenis-jenis ayat dengan betul . Murid berikut telah diberikan latihan             tambahan. (PROTiM)




PdP dalam kelas
  • Berfokus - murid BIASA dan PROTiM
  • Aktiviti/pendekatan/teknik yang berbeza
  • Latihan berbeza mengikut tahap

Program/Aktiviti PROTiM 
  • Perlu ada program khusus/khas yang memberi impak berpanjangan. Contohnya kelas pemulihan PROTiM.
  • Sekurang-kurangnya satu program
  • Ada kertas kerja - 1 helai/mukasurat - nyatakan tujuan/kos/pelaksanaan
  • Laporan akhir program - ada gambar dan impak
  • Aktiviti/keputusan ujian dimaklumkan dalam mesyuarat pengurusan atau kurikulum 
  • Perlu diminitkan - sekurang-kurangnya diperingkat mesyuarat panitia atau jawatankuasa PROTiM
  • Tanggungjawab penyelaras PROTiM


Tarikh ujian saringan 2 LINUS Literasi dan Numerasi 2013

Tarikh ujian saringan 2 yang bakal menyusul


Tarikh ujian saringan 2 LINUS makin hampir. 


ARE YOU READY?


Ujian saringan LINUS seharusnya dijalankan secara tidak formal dan santai supaya ia tidak menampakkan ujian itu adalah sejenis ujian/peperiksaan. Ia diadakan bertujuan untuk menilai PENGUASAAN murid, dan bukannya menilai PENCAPAIAN mereka. 

Guru seharusnya tidak menggunakan teknik latih-tubi (murid baca dan jawab soalan saringan yang sama berulangkali). Ia menampakkan seolah-olah murid menghafal soalan, bukannya menguasai apa yang ditanya.

Wallahualam.


Aktiviti MEMBACA LANTANG dapat meningkatkan motivasi kanak-kanak untuk menguasai kemahiran membaca

Sekiranya guru ingin menjadikan proses pengajaran membaca sebagai landasan menanamkan tabiat gemar membaca, guru perlulah membaca secara lantang kepada anak-anak murid setiap hari dengan sekurang-kurangnya satu tajuk bahan kesusasteraan. 

Aktiviti membaca lantang/ membaca kuat (read aloud) bukan satu pengajaran pemahaman bacaan tetapi lebih kepada aktiviti atau sesi tambahan untuk meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi.

Aktiviti membaca lantang

Apa itu bacaan lantang?
  • Bacaan daripada pihak guru kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
  • Kanak-kanak menjadi pendengar dan respon kepada bacaan guru
  • Sesuai dijalankan kepada kanak-kanak yang belum boleh membaca
  • Apa yang guru baca dengan kanak-kanak perlu dirancang terlebih dahulu
  • Teks yang dibaca itu tidak semestinya kanak-kanak tahu dan faham
  • Guru berinteraksi dengan kanak-kanak

Bilakah bacaan lantang boleh dilakukan?
  • Permulaan kelas atau di akhir pembelajaran sekolah selama 5-10 minit
  • Sementara menunggu aktiviti lain
  • Sebagai aktiviti tambahan /aktiviti sampingan 

Apakah kepentingan membaca lantang?
  1. Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak
  2. Meningkatkan asas kosa kata/perbendaharaan kata
  3. Meningkatkan daya ingatan dan kemahiran membaca
  4. Mendapatkan maklumat mengenai dunia sekeliling mereka
  5. Meningkatkan motivasi kanak-kanak terhadap pengajaran literasi

Bagaimana pelaksanaannya?

SEBELUM
  • Cari buku yang sesuai dengan kefahaman kanak-kanak
  • Pastikan guru faham jalan cerita yang hendak dibaca
SEMASA
  • Duduk, ambil sekumpulan kanak-kanak (jangan terlampau ramai)
  • Pegang buku ke hadapan

Buku dipegang ke hadapan kanak-kanak

  • Mulakan suara dengan kuat
  • Pastikan murid-murid diam
  • Baca dengan ekspresi muka dan bersungguh-sungguh
  • Tukar nada suara dengan setiap watak yang berbeza

SELEPAS
  • Sesi soal jawab seperti kefahaman jalan cerita - kenapa dan bagaimana jalan cerita tersebut terjadi
  • Ulang balik cerita atau ceritakan semula secara sekali imbas


Sumber rujukan
  1. http://kidsloveus.blogspot.com/2012/02/bacaan-lantang-untuk-kanak-kanak.html
  2. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan Amali, Mahzan Arshad, Penerbit UPSI, 2012

Buku rujukan

Pertukaran nama Kementerian PELAJARAN Malaysia kepada Kementerian PENDIDIKAN Malaysia

Sebelum tahun 1998, KPM adalah singkatan bagi Kementerian Pendidikan Malaysia. Selepas itu ia ditukar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemudian ia dipecahkan kepada dua kementerian iaitu satu untuk pelajaran rendah dan satu lagi untuk pelajaran tinggi.

Terbaru nama KPM kembali kepada Kementerian Pendidikan MalaysiaUntuk rekod, nama KPM telah ditukar sebanyak 3 kali setakat ini. 

Akhbar KOSMO melaporkan perubahan nama kementerian itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

“Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baharu, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” kata Menteri Pendidikan.

Pertukaran nama yang terbaru ini berkuatkuasa serta merta berdasarkan surat makluman daripada KPM bertarikh 12 Ogos 2013. Surat tersebut boleh di muat turun di laman rasmi KPM atau boleh terus muat turun di sini. Pertukaran ini juga melibatkan JPN dan PPD.

Surat makluman pertukaran nama


Antara pertukaran nama yang terlibat ialah:
                       
Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - kekal

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - kekal

Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) - Jabatan Pendidikan Negeri

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) - Pejabat Pendidikan Daerah

Pengarah/Timbalan Pengarah Pelajaran - Pengarah/Timbalan Pengarah Pendidikan

Pegawai Pelajaran Daerah - Pegawai Pendidikan Daerah


Guru di Korea Selatan berpendapatan 4 juta dollar setahun

Seorang guru Bahasa Inggeris di Korea Selatan  berpendapatan 4 juta dollar setahun! Satu jumlah pendapatan yang tidak pernah kita dengar bagi seorang guru tetapi tidak mustahil bagi Kim Ki-hoon yang lebih dikenali sebagai a rock-star teacher. Ia mengejutkan Amerika Syarikat seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Jurnal.

Kim Ki-hoon, The $4 Million Teacher


"teaching well is hard, so why not make it lucrative?"


Kim Ki-hoon yang berpengalaman mengajar lebih 20 tahun, mengajar Bahasa Inggeris di sekolah persendirian, tutor akademi selepas waktu persekolahan yang dikenali sebagai Hagwons. Beliau dibayar gaji mengikut kepakaran yang dimilikinya pada harga yang tinggi.

Kim Ki-hoon earns $4 million a year in South Korea, where he is known as a rock-star teacher—a combination of words not typically heard in the rest of the world. Mr. Kim has been teaching for over 20 years, all of them in the country's private, after-school tutoring academies, known as hagwons. Unlike most teachers across the globe, he is paid according to the demand for his skills—and he is in high demand.

Mr. Kim mengajar Bahasa Inggeris 60 jam seminggu termasuk 3 jam syarahan. Pengajarannya dirakam dalam bentuk video dan kemudian dijual di internet pada harga $4 sejam. Selain menjadi tutor Bahasa Inggeris, dia juga merupakan penulis buku teks. Pendapatan Mr. Kim sebahagiannya berpunca daripada penjualan video pengajarannya secara online yang ditonton 150,000 kanak-kanak setahun. Beliau mengupah lebih 30 orang pekerja untuk mengurus syarikatnya yang juga menerbitkan buku-buku yang ditulisnya sendiri.

Pendidikan di Korea Selatan sangat dititikberatkan oleh ibubapa. Pada tahun lepas ibubapa di Korea Selatan membelanjakan $17 bilion untuk membayar yuran kepada akademi hagwons.

Education is serious business in South Korea, where many students attend school during the day and a private academy at night. Korean parents spend more annually on tutors than Americans spend on video games, according to the NPD Group.

Mengikut laporan Wall street Jurnal Online, terdapat pro dan kontra sistem pendidikan yang diamalkan di Korea Selatan. Kebaikannya ia menggalakkan daya saing manakalan keburukannya, pendidikan yang begitu hanya mampu dimiliki oleh keluarga yang kaya.

This shadow system (tutoring services) is both exciting and troubling. It promotes striving and innovation among students and teachers alike, and it has helped South Korea become an academic superpower. But it also creates a bidding war for education, delivering the best services to the richest families, to say nothing of its psychological toll on students. Under this system, students essentially go to school twice—once during the day and then again at night at the tutoring academies. It is a relentless grind.


Pendidikan di Korea Selatan yang sebelum ini berada di tangga ke-15 dunia kini muncul tangga ke-2 dunia dibelakang Shanghai, China. 

Antara kelebihan sistem yang diamalkan di Hagwons, akademi tutor persendirian di Korea Selatan...memang hebat. Ibubapa pelajar sentiasa dihubungi oleh guru untuk memaklumkan perkembangan pelajar. Jika ibubapa dan guru tidak berhubung, maka kegagalan adalah berpunca daripada guru itu sendiri, bukannya ibubapa.

Once students enroll, the hagwon embeds itself in families' lives. Parents get text messages when their children arrive at the academies each afternoon; then they get another message relaying students' progress. Two to three times a month, teachers call home with feedback. Every few months, the head of the hagwon telephones, too. In South Korea, if parents aren't engaged, that is considered a failure of the educators, not the family.


Sumber
  1. http://online.wsj.com/article/SB10001424127887324635904578639780253571520.html?mod=trending_now_2
  2. http://thediplomat.com/2013/08/09/kim-ki-hoon-south-koreas-cram-school-king/
  3. http://www.huffingtonpost.com/2013/08/07/kim-ki-hoon-teacher-million-salary_n_3721837.html

Jom sertai Pertandingan Educational Blogging Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, UPSI



Daftar blog anda sekarang!




Skop Pertandingan
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia
Blog yang dipertandingkan perlu mempunyai kandungan berbentuk ilmiah peringkat sekolah/IPT

Kategori Pertandingan
Sekolah Rendah : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah rendah
Sekolah Menegah : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat sekolah menengah
IPT : blog mestilah mengenai subjek yang diajar atau dipelajari di peringkat pengajian tinggi.
Sekolah : portal/ laman web/ blog mengenai kegiatan, pencapaian, aktiviti yang dijalankan di sekolah
Terbuka : blog mestilah mempunyai nilai ilmiah yang mengandungi unsur pengajian sepanjang hayat (life-long-learning)

Kriteria Pertandingan
Kandungan
Perkongsian ilmu / maklumat berkenaan subjek sekolah / IPT
Kesahihan maklumat

Rekabentuk
Kreatif
Penggunaan elemen Multimedia (Video, Animasi, Audio)
Interaktif/dinamik
Mudah difahami (user friendly)

Tarikh Tutup Pertandingan
Pendaftaran penyertaan hendaklah dibuat secara online di http://ict.upsi.edu.my/ictday
penyertaan hendaklah diterima oleh phak urusetia selewat-lewatnya pada 4 Oktober 2013 sebelum jam 11.59pm

Pertanyaan
Pertanyaan mengenai pertandingan ini boleh dikemukakan kepada pihak Urusetia Pertandingan Educational Blogging iaitu:-
Siti Munirah 015-4811 7556 siti.munirah@ict.upsi.edu.my
Norashikin 015-4811 7917 norashikin@ict.upsi.edu.my

Pusat ICT
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik di sini.