Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dan Permohonan Kemasukan Ke MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM adalah sekolah berasrama penuh (SBP) yang dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). MRSM hanya menyediakan pendidikan menengah kepada murid-murid warganegara Malaysia bermula tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Sehingga tahun 2022, terdapat sebanyak 55 buah MRSM yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia. Pada tahun 2002, MARA mengubah polisi kemasukan murid dengan menyediakan kuota sebanyak 10% diberikan kepada murid bukan bumiputera. Bermula tahun 2020, nisbah murid bumiputera dan bukan bumiputera di MRSM adalah 95% bumiputera dan 5% bukan bumiputera.

MRSM ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Cadangan penubuhan institusi MRSM ini timbul seawal tahun 1968, bagi melahirkan golongan bumiputera yang pakar dalam bidang sains dan teknologi. Justeru, MRSM memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

MRSM menawarkan program pendidikan SPMRSM yang menggabungkan kurikulum standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kurikulum khas MARA dan murid-murid MRSM menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar tingkatan lima. Di MRSM, terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan. 




Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4


Cara membuat permohonan ke MRSM:
  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Baca dan fahami terlebih dahulu semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.  Maklumat Program MRSM: Info MRSM
  3. Untuk memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.



Sumber:

8 Websites Artificial Intelligence (AI) Yang Pintar Selain ChatGPT

Selain ChatGPT yang begitu popular masa kini, terdapat 8 lagi AI (Artificial Intelligence) websites yang boleh membantu mempercepat proses kerja sekaligus menjimatkan masa.

1. Scribe - guide & tutorials: https://scribehow.com/
2. Agent GPT - carian: https://agentgpt.reworkd.ai/
3. Tripnotes - travel planning: https://tripnotes.ai/app
4. Gamma - presentation: https://gamma.app/
5. Rose - visualizing data: https://rose.ai/
6. Beautiful AI - presentation: https://www.beautiful.ai/
7. Durable - build a website: https://durable.co/
8. Huberman AI - podcasts: https://dexa.ai/huberman










Kredit: Marketing Mentor

Kecerdasan Buatan atau Kepintaran Buatan atau Artificial Intelligence (AI)

Kecerdasan buatan atau kepintaran buatan atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai Artificial Intelligence (AI) merupakan konsep yang telah lama wujud sejak tahun 1950-an lagi. AI diperkenalkan pertama kali oleh John McCarthy, seorang Profesor Matematik pada tahun 1956 dalam sebuah program AI Darthmounth Summer Research Project Artificial Intelligence (DSRPAI). Namun begitu projek tersebut kurang mendapat sambutan ketika itu dan perkembangan AI agak perlahan tetapi dengan kemajuan pesat dalam bidang komputer, perisian canggih dan keupayaan pengumpulan data yang besar, AI telah berkembang pesat.

Dari segi definisi, Kecerdasan Buatan atau AI ditakrifkan sebagai satu set program komputer dan teknologi yang meniru fungsi dan kecerdasan otak manusia (Huang, Rust, & Maksimovic 2019).

Dari segi konsep, AI adalah keupayaan mesin untuk menyelesaikan tugas dan aktiviti yang biasa dilakukan oleh manusia. AI mengumpul dan mengolah data yang diterima menjadi informasi berguna supaya dapat menyelesaikan tugas yang diberikan. AI merupakan salah satu cabang sains dan antara cabang penting dalam AI ialah pembelajaran mesin (machine learning) iaitu keupayaan mesin yang mampu ‘belajar’ untuk menjadi pintar. Konsep AI ini juga merujuk kepada keupayaan dan kemampuan komputer dan sistem untuk meniru kecerdasan manusia dalam mempelajari, berfikir, dan membuat keputusan. 

Tidak dinafikan lagi, penggunaan AI dalam pendidikan memberikan pelbagai manfaat kepada murid, pelajar dan pensyarah. Ianya boleh digunakan untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran murid, pelajar serta membolehkan pensyarah dan institusi pendidikan untuk mengakses pengetahuan dan sumber-sumber pembelajaran yang lebih luas dan mendalam. Teknologi AI ini juga boleh dimanfaatkan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan serta kebolehan murid dan pelajar.

Penggunaan pengajaran berasaskan teknologi AI akan memberikan kesan positif terhadap pencapaian akademik pelajar (Zhao et al., 2019). Teknologi AI yang menyediakan sejumlah besar perisian mempunyai keupayaan untuk dijadikan sebagai platform pembelajaran kendiri atau pembelajaran berbantukan guru (Abu Zaqiyah, 2018).

Pertandingan Video Kreatif TNB Bijak Tenaga


Pertandingan Video Kreatif Bijak Tenaga anjuran oleh TNB & SinarBestari. 
Hadiah yang ditawarkan adalah sebanyak RM26,000.

Tema: “Bijak Tenaga” untuk pelajar
Pertandingan bermula: 23 Oktober 2023 – 15 Disember 2023
Kategori: Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangsaan

Cara Penyertaan:


1. Rakam dan muat naik video Kreatif BIJAK TENAGA anda tidak lebih dari 2 minit di platform TikTok anda.

2. Like, Follow & Tag akaun TikTok @tenaga_nasional & @SinarBestarimy sertakan tanda pagar #TNBsinarbestari #kempenbijaktenaga #SinarBestari

3. Isi borang penyertaan anda di link ini: https://forms.gle/RgtYonoc4cxmq4BK7

Syarat Penyertaan:

  • Terbuka kepada semua sekolah Kerajaan atau Swasta.
  • Ahli kumpulan mesti dari sekolah yang sama.
  • Maksimum Lima (kumpulan) penyertaan dari setiap sekolah.
  • Setiap kumpulan tidak lebih dari 10 orang termasuk guru pembimbing.
  • Format video TikTok (Menegak)
  • Video durasi tidak lebih 2 minit.
  • Video bertema “Bijak Tenaga”.
  • Lagu bebas.
  • Upload video ke TikTok dengan #TNBsinarbestari #KempenBijakTenaga #SinarBestari pastikan akaun TikTok peserta dalam mod PUBLIC.
  • Kriteria pemenang berdasarkan video paling kreatif dan mengikut tema “Kempen Bijak Tenaga” untuk pelajar.
  • Untuk mendapat lebih banyak tip penjimatan tenaga elektrik, lawati portal: https://www.mytnb.com.my
  • Untuk tonton contoh video oleh TNB, tonton di https://youtu.be/KNXzJcIy8S0



Cuti Sempena Perayaan Deepavali (Sekolah & Universiti)

Berdasarkan takwim persekolahan/Kalendar Akademik Sesi 2023/2024, Sekolah akan bercuti bermula:

Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu)
💥10 Nov 2023 - 13 Nov 2023 (Jumaat - Isnin)

Kumpulan B (Selain kumpulan A)
💥11 Nov 2023 - 14 Nov 2023 (Sabtu - Selasa)



Saya sebagai pelajar sarjana di UKM, pihak universiti telah memberikan pelepasan kuliah pada 14 November 2023, Selasa, maka semua pelajar UKM mendapat cuti hujung minggu yang panjang sama seperti cuti sekolah kumpulan B.

Mari kita menikmati cuti yang diberikan, semua orang suka cuti kann 💕