Buku Kecil Ramadan | Panduan Ramadan, Puasa dan Tarawih

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H kepada rakan-rakan pembaca muslim. Semoga kita semua dapat menikmati kemanisan menjalani ibadah puasa sehingga ke akhir Ramadan.

Di sini saya kongsikan Buku Kecil Ramadan - Pedoman Puasa dan Tarawih yang diterbitkan oleh ABIM pada tahun 2020 tetapi versi terbaharu yang telah diperbetul dan diperbaiki kerana terdapat kesilapan dalam versi sebaran terdahulu iaitu 1 April 2020.

[DOWNLOAD] Muat Turun di Sini: https://t.me/CikguHaseni





Sumber:

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Guru & Pegawai KPM Tahun 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengedarkan garis panduan pemakaian baju korporat melalui surat siaran bertarikh 14 Ogos 2023 untuk menyeragamkan pemakaian baju korporat bagi semua guru dan pegawai yang berkhidmat di KPM. Pemakaian baju korporat telah dipanjangkan kepada guru selaras dengan pengumuman oleh YB Menteri Pendidikan pada 16 Mei 2023 sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan.


TATACARA PEMAKAIAN BAJU KORPORAT


Bagi pegawai lelaki, baju korporat hendaklah dipakai bersama-sama seluar panjang slack/khakis dengan keutamaan kepada warna gelap

Bagi pegawai wanita, baju korporat hendaklah dipakai bersama skirt labuh berbentuk “A" (A-line skirt) paras tumit atau seluar panjang polos berwarna hitam dan tudung berwarna hitam/dark blue/royal blue.

Pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam/uniform hendaklah memakainya ketika bertugas pada setiap masa melainkan diarah dari semasa ke semasa oleh Ketua Jabatan.

Pembekalan baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagian dan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai. Perkara ini adalah selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan 3.1: Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam.

REKA BENTUK BAJU KORPORAT LELAKI



Warna: Putih (base), dark blue (piping)
Logo Jata Negara - dada kanan
Nama disulam - dada kiri


REKA BENTUK BAJU KORPORAT WANITA



Warna: Putih (base), dark blue (piping)
Logo Jata Negara - dada kanan
Nama disulam - dada kiri


Muat Turun Garis Panduan


Modul Kaedah & Strategi Pengajaran & Pembelajaran | Bahan Sokongan PdP | Siri BSBPK 2022


Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BSBPK) terbitan tahun 2022 oleh BPK, KPM terdiri daripada 5 bahan sokongan PdP dan 2 bahan penerangan am dalam bentuk modul.


Bahan Sokongan PdP

1. Modul Pedagogi Terbeza

2. Modul Pembelajaran Teradun

3. Modul Kecerdasan Pelbagai

4. Modul Pembelajaran Masteri

5. Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)


Bahan Penerangan Am

1. Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah

2. Modul Pembelajaran Akses Kendiri


👉Muat Turun Modul Lengkap di Sini: 






Hala Tuju Lepasan SPM



Hala tuju dan laman web penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak lepasan SPM dan lepasan STPM setaraf perlu tahu. Antara peluang yang ada adalah menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi sama ada bertaraf sijil, diploma mahupun ijazah sarjana muda melalui program bersifat akademik atau kemahiran.

Lepasan SPM boleh memohon untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan sekiranya berkemampuan dari segi kewangan, boleh ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTA). 

Selain itu, banyak peluang menyambung pelajaran disediakan di bawah Institut Pendidikan MARA (IPMa) seperti GIATMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII), Kolej Profesional MARA (KPM), Kolej MARA (KM). Untuk cabang swasta MARA ada German Malaysian Institute (GMI), UniKL, Kolej Poly Tech MARA (KPTM), dan Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM).

Institut Pendidikan MARA (IPMa) Bidang TVET

  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  • GIATMARA
  • German Malaysian Institute (GMI)


Institut Pendidikan MARA (IPMa) Bidang Akademik

  • Kolej MARA (KM) - prauniversiti
  • Kolej Profesional MARA (KPM) - diploma dan sijil
  • Kolej Poly Tech MARA (KPTM) - prauniversiti, diploma, ijazah
  • Universiti Poly Tech Malaysia (UPTM) - prauniversiti, diploma, ijazah, pascaijazah
  • UniKL - prauniversiti, diploma, ijazah


Hala Tuju & Laman Web Permohonan Lepasan SPM


1. IPTA: UPU Online


  • Laman web UPU Online: https://upu.mohe.gov.my/
  • Untuk permohonan 18 (lepasan SPM setaraf) dan 20 (lepasan STPM setaraf) 
  • Kemasukan ke:
    • 20 universiti awam (IPTA)
    • 36 Politeknik
    • 105 Kolej Komuniti 
    • Institut Latihan Kemahiran Awam seperti Kolej MARA, Kolej Profesional MARA, ADTEC, BPKLP, Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan, Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI), KKTM

UPU Online untuk permohonan ke IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam


2. Institusi TVET: UPTVET


  • Laman web UPTVET: https://mohon.tvet.gov.my/
  • Katalog kursus (Sedang dikemaskini): https://mohon.tvet.gov.my/awam-kursus/katalog
  • Peluang menyambung pengajian dalam TVET terbuka sepanjang tahun dengan pelbagai pilihan fleksibel melalui sistem UP_TVET.
  • Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menyediakan 1,398 institusi TVET merangkumi 673 institusi TVET awam, 697 swasta dan 28 di bawah kerajaan negeri.
  • UP_TVET Flexi, yang dibuka sejak Januari lepas membolehkan individu mengikuti latihan kemahiran secara modular dan anjal mengikut kesesuaian jadual masing-masing.
  • UP_TVET Perdana bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan Julai 2025 pula, permohonan akan dibuka pada April ini.


3. IPTA: Matrikulasi KPM


4. Institut Pendidikan Guru (IPG)

  • Laman web IPG, sedang dikemaskini: https://pismp.moe.gov.my/
  • Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) untuk guru sekolah rendah dengan syarat kemasukan hanya minima 5A
  • Program Pelajar Cemerlang (PPC) ke Luar Negara
    • Ijazah sarjana muda di universiti luar negara selama 4 tahun
    • Selepas tamat ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama setahun
  • Tajaan KPM

5. Pendidikan Tinggi MARA: KPTM


6. Pendidikan Tinggi MARA: UPTM


7. Pendidikan Tinggi MARA: UniKL


8. Institusi Pendidikan TVET Mara: KKTM, MJII dan IKM


9. Institusi Pendidikan TVET MARA: GIATMARA


10. Institusi Pendidikan TVET MARA: German-Malaysian Institute 


11. Tingkatan 6

  • Semakan ke tingkatan 6: https://sst6.moe.gov.my/semakant6/index.cfm
  • Sekarang dikenali sebagai Kolej Pra-Universiti KPM
  • Tidak perlu mohon kerana akan ditawarkan secara automatik sekiranya layak.
  • Belajar 3 semester sahaja.
  • Kadar yuran sama seperti yuran sekolah.


12. Universiti Berkaitan Kerajaan (GLU)


13. Pra Diploma UiTM

  • Khusus untuk bumiputera yang tidak dapat keputusan yang baik.
  • Ada 1 semester untuk persediaan menjadikan jumlah semester adalah 7.
  • Berpeluang sambung belajar di UiTM untuk program ijazah.
  • Laman web Pra Diploma UiTM: https://online.uitm.edu.my/pra/

14. Latihan Separa Perubatan dibawah SPA

  • ILKKM - Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
    • Menawarkan 10 kursus bertaraf diploma dan 2 kursus bertaraf sijil.
    • Dibayar elaun RM800 sebulan, elaun uniform, elaun buku & dibekalkan kasut setiap semester.
    • Yuran belajar percuma. Hanya bayar yuran asrama RM20 sebulan.
    • Tamat belajar terus diserap bertugas dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
    • Laman web SPA: https://www.spa.gov.my/


Sumber: 


Penajaan Program STEM Camp MOSTI 2025 Kitaran 1

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan penajaan bagi pelaksanaan Program STEM CAMP MOSTI 2025 kepada pihak yang layak serta menjalankan aktiviti yang berkaitan STEM di Malaysia.

Permohonan tajaan bagi 𝐊𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝟏 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝟐𝟎 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟎 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓.

Pemohon yang berminat perlu mematuhi terma dan syarat seperti yang dinyatakan di dalam Garis Panduan Program STEM CAMP MOSTI 2025. Anda boleh mengimbas Kod QR yang tertera pada poster atau klik pautan: 🔗https://shorturl.at/IpUwQ

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:
📞 03-8885 8204/ 8897/ 8890

Program STEM Camp MOSTI 2025


Penajaan terbuka kepada:

  • Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG)
  • Kelab atau persatuan pelajar/ komuniti
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Agensi/ Syarikat Swasta yang melaksanakan aktiviti kesedaran dan pembudayaan STI



Sumber:

Kerangka Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)



Jerayawara (Siri jelajah, roadshow) Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) telah dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) KPM secara berperingkat seawal bulan Mac 2024 yang lalu di seluruh negara. Siri jelajah telah diadakan mengikut negeri bertempat di pusat membeli belah utama seperti AEON Mall. Pelancaran Kurikulum Persekolahan 2027 pula telah dilaksanakan pada 6 Disember 2023 oleh Menteri Pendidikan YB Fadlina Sidek.

Walau bagaimanapun, catatan berikut adalah berdasarkan taklimat melalui Program Bicara Profesional MADANI Edisi 1 Tahun 2025 yang disiar secara langsung (streamed live) di channel Youtube Institut Aminuddin Baki KPM pada 23 Januari 2025 yang lalu. Taklimat disampaian oleh YBrs. Puan Hajah Nooraini binti Kamaruddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (PBPK), KPM.

PERINGKAT DAN TAHAP PERSEKOLAHAN SERTA FOKUS KP2027


Kurikulum Persekolahan 2027 dibahagikan kepada tiga:

  1. Kurikulum Persekolahan Prasekolah
  2. Kurikulum Persekolahan Sekolah Rendah
  3. Kurikulum Persekolahan Sekolah Menengah

Pendidikan sekolah rendah akan dibahagikan kepada 3 tahap dan pendidikan sekolah menengah kepada dua tahap. Semua tahap persekolahan memberikan fokus kepada pembentukan karakter (PK).

  • Prasekolah
  • Sekolah Rendah
    • Tahap 1 (Tahun 1-2)
    • Tahap 2 (Tahun 3-4)
    • Tahap 3 (Tahun 5-6)
  • Sekolah menengah
    • Menengah rendah (Tingkatan 1-3)
    • Menengah atas (Tingkatan 4-5)

Prasekolah

  • KP2027 akan bermula pada murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2027, tetapi akan mula lebih awal bagi murid prasekolah. 
  • Kohort prasekolah ini akan bermula tahun hadapan (2026) yang akan menjadi murid Tahun 1 pada tahun 2027.
  • Kursus Orientasi Kurikulum Prasekolah akan bermula mulai bulan Jun tahun ini.
  • Fokus kepada kemahiran berkomunikasi, bersosialisasi dan pembentukan karakter.

Tahap 1 (Tahun 1 & 2)

  • Fokus kepada penguasaan literasi dan numerasi dan pembentukan karakter.
  • Akan ada semakan kemajuan bagi mengenal pasti tahap literasi & numerasi.
  • Mata pelajaran akan berkurang. Contohnya, Sains tidak akan diajar pada murid Tahun 1.
  • Beberapa mata pelajaran akan melibatkan 2 orang guru mengajar secara kolaboratif, terutama bagi murid Tahap 1.

Tahap 2 (Tahun 3 & 4)

  • Fokus kepada aplikasi kemahiran, pengetahuan, nilai, dan pembentukan karakter.

Tahap 3 (Tahun 5 & 6)

  • Disiplin mata pelajaran. 
  • Fokus kepada kemahiran menganalisis dan menghasilkan inovasi, dan pembentukan karakter.


Menengah Rendah

  • Mengikuti laluan bidang yang ingin diceburi ke peringkat pengajian tinggi dan pembentukan karakter.

Menengah Atas

  • Meneroka pelbagai bidang ilmu dan didorong mengenali minat dan potensi diri dan pembentukan karakter.


PENTAKSIRAN

  • Kurikulum Persekolahan 2027 akan memperkasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
  • Tahap 1 (TP1, 2 & 3 - Tahu, faham, dan boleh buat).
  • Tahap 2 (Tahu, faham, boleh buat, dan amal).


MATA PELAJARAN BAHARU KP2027 

  • Tahap 1 (Tahun 1 & 2)
    • BM, BI, MT, PJ, PI/PM
    • Pembelajaran Bersepadu (Elemen SN, MZ, Seni, Digital, dan TVET, 6 waktu seminggu - PBL)
    • Akan ada modul untuk guru
  • Bahasa Isyarat Malaysia (pilihan) untuk sekolah PPKI pendengaran.
  • Teknologi dan Digital
  • Bahasa Arab Komunikasi ditawarkan kepada sekolah menengah sebagai pilihan.

PROGRAM BAHARU KP2027 

  • Pembentukan Karakter (PK) daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas.
  • PK bukan mata pelajaran tetapi berbentuk program.
  • 60 minit seminggu dan dimasukkan dalam jadual waktu.
  • Berbentuk amalan, bukan perbincangan
  • Melibatkan semua guru dan diselaraskan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K) sepenuh masa.

KURIKULUM SEDIA ADA

  • Murid Tingkatan 2 dan Tahun 2 akan mengikuti kurikulum sedia ada sehingga tahun 2031.
  • Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0 (BM, BI, MT & SN) yang sifatnya lebih mudah difahami akan menjadi pilihan utama berbanding DSKP.

[DOWNLOAD] Muat Turun





















Sumber:

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)



RUMUSAN 1

Bicara Profesional 2: Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027)


  • Disampaikan oleh YBrs. Puan Hjh Nooraini binti Kamaruddin, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum (PBPK)

1. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dijenamakan semula kepada Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027), dengan pendekatan yang lebih ringkas dan mudah.

2. KP2027 meliputi semua peringkat pendidikan: Prasekolah, Sekolah Rendah, Menengah Rendah, dan Menengah Atas dalam satu pakej kurikulum bersepadu.

3. Pelaksanaan KP2027 akan bermula pada tahun 2027 bagi murid Tahun 1 dan Tingkatan 1.

4. Bagi Prasekolah, pelaksanaan KP2027 akan bermula pada tahun 2026 sebagai persediaan kesinambungan pembelajaran murid ke Tahun 1.

5. Kohort murid Prasekolah 2026 akan menjadi kumpulan pertama yang mengikuti KP2027 di Tahun 1.

6. Kursus Orientasi Kurikulum untuk guru Prasekolah akan dilaksanakan pada tahun ini.

7. Tahap 1 (Tahun 1 dan Tahun 2) akan memberi fokus kepada Literasi, Numerasi, dan Pembentukan Karakter (PK).

8. Pada akhir Tahap 1, akan diadakan Semakan Kemajuan untuk memastikan murid menguasai literasi dan numerasi.
 
9. Bilangan mata pelajaran di Tahap 1 akan diminimumkan; contohnya, subjek Sains tidak akan diajar di Tahun 1.

10. Beberapa mata pelajaran akan memerlukan dua orang guru mengajar secara kolaboratif dalam satu kelas, terutamanya di Tahap 1.

11. Guru perlu mengamalkan kolaborasi aktif, yang lebih memudahkan pelaksanaan KP2027 di peringkat awal.

12. Pakar psikologi dan perkembangan kanak-kanak menyatakan umur 8–9 tahun ialah tempoh paling sesuai untuk menilai penguasaan literasi dan numerasi.

13. Bagi murid yang belum menguasai literasi dan numerasi, guru pemulihan akan memberikan intervensi yang sesuai.
 
14. Tahap 2 akan menambah sedikit bilangan mata pelajaran, dengan tumpuan kepada aplikasi kemahiran, pengetahuan, nilai, dan PK (Pembentukan Karakter).
 
15. Tahap 3 pula akan ditambah lagi bilangan mata pelajaran, dengan fokus kepada kemahiran analisis, inovasi, dan PK.
 
16. Pentaksiran di Tahap 1 hanya sehingga TP3 (Tahu, Faham, dan Boleh Buat). Tahap seterusnya TP akan ditingkatkan.
 
17. Menengah Rendah (Tingkatan 1–3) akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka pelbagai bidang seperti seni dan muzik.
 
18. Jadual waktu semua mata pelajaran akan distandardkan tanpa keperluan jam minimum, menjadikan semua sekolah menggunakan struktur dan peruntukkan waktu yang sama.

19. Mata pelajaran di Tahap 1 ialah BM, BI, MT, PJ, PAI/PM, dan Pembelajaran Bersepadu.

20. Pembelajaran Bersepadu (6 waktu seminggu) mengandungi elemen sains, kesihatan, muzik, seni, digital, dan TVET, dengan pendekatan Project-Based Learning (PBL) atau Pembelajaran Bertema.

21. Contoh Pembelajaran Bersepadu: Belajar bahagian badan melalui aktiviti menyanyi, melukis, dan lain-lain yang menggabungkan pelbagai elemen pembelajaran.

22. Nama Pembelajaran Bersepadu dicadangkan sebagai Alam dan Manusia, dengan modul khas untuk panduan guru.

23. Ujian rintis menunjukkan kedua-dua kumpulan guru, dengan atau tanpa modul, dapat melaksanakan aktiviti ini dengan baik apabila guru berkolaborasi.

24. Mata pelajaran baru: Bahasa Isyarat Malaysia (pilihan) untuk sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Pendengaran.

25. Bahasa Arab Komunikasi ditawarkan di sekolah menengah sebagai pilihan.

26. Pembentukan Karakter (PK) diperuntukkan 60 minit seminggu dalam jadual waktu dan diselaraskan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (B&K).

27. Bagi Prasekolah, PK dilaksanakan sepanjang waktu persekolahan, terutama semasa rutin harian, dalam bentuk amalan, bukan perbincangan.

28. Untuk guru, latihan KP2027 akan bermula secara dalam talian (e-learning) bagi memudahkan pemahaman, diikuti dengan sesi bersemuka untuk pengukuhan.

29. Kurikulum sedia ada akan terus digunakan sehingga tahun 2031, sementara kohort KP2027 hanya melibatkan murid Tahun 1 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2027.

30. Dokumen Penjajaran 3.0 yang telah dipermudahkan diharap menjadi rujukan utama guru berbanding DSKP.



RUMUSAN 2

CO-TEACHING AKAN MULA DILAKSANAKAN DALAM KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2027

  • Rumusan video, dipetik dan dikemaskini daripada catatan Facebook Ts. Haslinda Hassan, Unit Pengurusan Penyampaian (DMU) KPM

1. Tahap persekolahan di sekolah rendah disusun semula:

  • Prasekolah 
  • Tahap 1 (Tahun 1-2) 
  • Tahap 2 (Tahun 3-4)
  • Tahap 3 (Tahun 5-6)

2. KP2027 Prasekolah akan bermula pada 2026. Kohort Prasekolah inilah yang akan memulakan KP2027 ketika mereka masuk Tahun 1.

3. Kurikulum Prasekolah telah dibangunkan bersama-sama dengan Kurikulum Tahun 1 supaya ada kesinambungan dan tidak berlaku jurang (gap) antara keduanya. Hal ini akan menyelesaikan kemelut Prasekolah belajar main, tetiba Tahun 1 sudah kena pandai membaca.

4. Input daripada Pakar Pendidikan Awal Kanak-kanak menyatakan bahawa kanak-kanak secara puratanya mencapai kematangan kognitif pada usia 8-9 tahun. Justeru, dalam KP2027, Literasi dan Numerasi hanya akan diuji selepas Tahap 1.

5. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dijenamakan kepada Dokumen Kurikulum sahaja yang lebih ringkas. 

6. Satu mata pelajaran baharu iaitu "Alam dan Manusia" (nama yang dicadangkan) yang menggabungkan ELEMEN Sains, Kesihatan, Muzik, Seni, Digital, dan TVET akan diperkenalkan. Sudah tiada mata pelajaran yang banyak, dan diajar berasing-asingan. Hal ini kerana kanak-kanak melihat dunia secara interconnected. Murid-murid tidak mampu mengaitkan pembelajaran kalau diajar berasingan. Pembelajaran Bersepadu ini disusun secara tematik (bertema) dan dilaksanakan secara Project-Based Learning (PBL). Mata pelajaran "Alam dan Manusia" ini akan diajar secara co-teaching.

7. Semua mata pelajaran tidak lagi diberikan Jam Minimum Setahun. Penambahbaikannya ialah penggantian dengan jadual waktu standard yang akan dibekalkan. Semua sekolah akan ada masa persekolahan yang sama. Silibus sama, masa pun patut sama. Mudah jugak untuk nak kira perjawatan nanti.

8. Latihan kepada guru iaitu Kursus Orientasi KP2027 akan mula disampaikan mulai tahun ini. Ada dua kaedah; secara dalam talian, kemudian secara bersemuka. Dengan cara ini diharapkan semua guru tidak terlepas latihan, dapat pengukuhan, dan boleh latih guru baru tanpa pencairan.

9. Sekolah yang ada Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) pula akan tawarkan mata pelajaran tambahan iaitu Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Inisiatif ini untuk merealisasikan inklusiviti. Kita mahukan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) boleh berkomunikasi dengan semua warga sekolah mereka; bukan hanya dengan rakan sekelas sahaja. Menarik!

10. Pembentukan Karakter bukan mata pelajaran tetapi berbentuk program sahaja. Dilaksanakan hanya 60 minit seminggu dan akan dimasukkan dalam jadual waktu.

KP2027 berhasrat membangun KURIKULUM BERASASKAN STANDARD, BERORIENTASIKAN KOMPETENSI. Ini akan dilaksanakan dalam mata pelajaran kurikulum baru ditambah dengan program Pembentukan Karakter ini nanti.

11. Yang mungkin kita terlepas pandang ialah pelaksanaan kurikulum sedia ada. KP2027 hanya akan dilaksanakan kepada murid Tahun 1 & Tingkatan 1 2027. Murid yang lain akan meneruskan kurikulum sedia ada sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2031.

Jadi, bagaimana dengan kurikulum sedia ada ini?

Penyelesaiannya, BPK telah menyediakan Dokumen Penjajaran Kurikulum 3.0 untuk meringkaskan lagi DSKP. Malah, disyorkan sebagai pilihan utama berbanding DSKP sedia ada.

[DOWNLOAD] Muat Turun Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027



Pautan Video Penuh Taklimat KP2027



Streamed live di channel Youtube Institut Aminuddin Baki KPM pada 23 Januari 2025



Pesta Buku | Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 2025

Ahad, 2 Februari 2025 iaitu esok merupakan hari terakhir penganjuran pesta buku indie iaitu Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 2025 yang diadakan di Central Market Kuala Lumpur atau juga dikenali sebagai Pasar Seni.

Kuala Lumpur Alternative Bookfest (KLAB) 2025


🗓 29 Januari - 2 Februari 2025
📍Central Market Kuala Lumpur
🕙10 pagi - 10 malam


Senarai reruai KLAB 2025

Pelan lantai KLAB 2025


Name Tag | Tanda Nama Terkini Penjawat Awam 2025

Bermula 6 Januari 2025, berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3, berkaitan Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam, terdapat perubahan terhadap pemakaian tanda nama atau name tag penjawat awam.



Name Tag atau Tanda Nama Terkini Penjawat Awam 2025


Merujuk muka surat 38 dan 39 surat pekeliling ceraian UP.7.2.3, setiap penjawat awam wajib memakai tanda nama ketika bertugas berdasarkan ketetapan berikut:

✅ Tanda nama dibuat daripada plastik
✅ Saiz ialah 7.5cm x 2.5cm (Lebar x Tinggi)
✅ Satu nama digunakan. Contohnya AMINAH, HASENI, RAHMAN, AHMAD
✅ Huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam
✅ Ada Jata Persekutuan iaitu Jata Negara Malaysia yang merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia

👉Beli/Order di sini: 






_______________________________________________________

📌 Name Tag Murid/Pelajar: https://s.shopee.com.my/LXpaL0FZw

Saiz atau ukuran name tag


[DOWNLOAD] Muat Turun Surat Pekeliling


Surat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam: https://t.me/CikguHaseni