Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts
Showing posts with label Penjawat Awam. Show all posts

Persaraan dan Pencen Penjawat Awam


Persaraan Penjawat Awam


Umur persaraan wajib penjawat awam bagi yang telah memilih opsyen umur 60 tahun, adalah masih 60 tahun. Ia bukan bermaksud, tidak boleh bersara lagi awal. Tiada masalah bagi penjawat awam yang ingin bersara lebih awal kerana ia dibenarkan.

Penjawat awam boleh bersara seawal umur 40 tahun dengan syarat tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira sekurang-kurangnya 10 tahun.

Jika bersara seawal pada usia 40 tahun, apa yang layak terima?


Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh Bahagian Pencen JPA, sekiranya cukup syarat bersara pilihan seawal usia 40 tahun, sesorang penjawat awam sudah layak bergelar 'pesara kerajaan'. Anda sudah boleh terima faedah berikut bagi yang berada dalam Skim Pencen iaitu:

  1. Kad Pesara (bagi melayakkan rawatan/perubatan percuma di premis kesihatan kerajaan termasuk pasangan dan ibu bapa)
  2. Ganjaran Perkhidmatan
  3. Award Wang Tunai GCR

Penjawat awam yang bersara sebelum umur 55 akan menerima pencen bulanan pada usia 55 tahun, sekiranya anda dilantik selepas tarikh 12 April 1991.

Untuk menerima pencen pertama pada bulan hari lahir ke-55 tahun, anda perlu memastikan akaun bank yang telah didaftarkan semasa urusan persaraan dahulu adalah masih aktif. Jumlah yang diterima pada bulan pertama adalah mengikut bilangan hari anda telah masuk usia 55 tahun.

Jika dilahirkan pada 1 hb, pencen penuh akan diterima. Jika dilahirkan pada hujung bulan 30 hb, kiraan pencen pada bulan tersebut dikira sebagai 1 hari sahaja. 

Selepas bulan berikutnya, barulah pencen dibayar secara penuh. Pengiraan adalah berbeza kerana bayaran pencen bulanan layak mulai mencecah umur layak terima dikira 'proportionate' mengikut hari pesara layak terima sehingga hari pesara itu meninggal dunia.

Nota Pencen Penjawat Awam


1. Bersara paksa/wajib – 55/56/58 dan 60. Lantikan selepas 1.1.2012 bersara paksa pada usia 60 tahun tetapi masih boleh memohon bersara pilihan.

2. Bersara pilihan – syarat umur lebih 40 tahun, berkhidmat 10 tahun, tiada tindakan tatatertib dan diperaku oleh Ketua Jabatan (KJ).

3. Lantikan sebelum 12.4.1991 – Jika pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 45 tahun/50 tahun.

4. Lantikan selepas 12.4.1991 – Jika pencen pilihan dapat pencen bulanan seawal umur 55 tahun (termasuk yang sudah memilih opsyen 60 tahun).

5. Ganjaran dan GCR dibayar terus jika bersara pilihan, mengikut umur bersara pilihan yang dipilih.

6. Bersara atas sebab kesihatan (medical board) – pencen bulanan, ganjaran dan GCR dapat terus umur dibersarakan. Kiraan pencen dan ganjaran menggunakan tempoh perkhidmatan secara Isyarat.

7. Formula penting:
  • Pencen bulanan: 1/600 x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
  • Ganjaran: 7.5% x bulan perkhidmatan x gaji pokok akhir
  • GCR: 1/30 x bilangan hari GCR x (Gaji pokok + elaun tetap)

8. Elaun tetap yg dikira untuk GCR = IT Khidmat Awam, IT Perumahan, IT Jawatan Utama , IT Keraian

9. Pencen terbitan = pencen bulanan dibayar kepada waris apabila pegawai meninggal dunia

10. Pencen Tanggungan = bayaran tambahan kepada faedah persaraan lain sekiranya pegawai meninggal dunia akibat kemalangan atau bencana semasa menjalankan tugas rasmi dan penyakit berkait terus dengan tugas rasmi.

11. Waris penerima pencen: suami/isteri dan anak-anak di bawah 21 tahun. Sekiranya sedang belajar, sehingga tamat ijazah pertama atau berkahwin, yang mana yang terdahulu. Anak OKU yang mengalami kecacatan pada otak atau hilang upaya kekal dan tidak berupaya menanggung diri, dibayar sepanjang hayat.

12. Anak OKU yang memilik kad OKU tidak secara automatik menjadi penerima pencen terbitan sepanjang hayat.

13. Anak OKU hendaklah diperiksa oleh Pegawai Pakar Perubatan Hospital Kerajaan sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Penetapan Anak OKU Tanggungan Pesara (JKACT) di JPA bagi tujuan pembayaran pencen terbitan seumur hidup sekiranya ibu bapa meninggal dunia.

14. Bagi pegawai bujang yang meninggal dunia, ibu/bapa tidak layak menerima pencen terbitan, namun layak terima Ganjaran terbitan, GCR dan ex gratia terbitan.

15. Sekiranya pegawai bujang yang meninggal dunia tiada ibu/bapa yang masih hidup, maka wakil yang sah contohnya adik beradik/saudara mara terdekat boleh memohon untuk menerima Ganjaran dan GCR pegawai.

16. Balu/ duda – sekiranya dikahwini masa dalam perkhidmatan, layak terima pencen terbitan seumur hidup, walaupun berkahwin semula.

17. Balu/duda - yang dikahwini selepas bersara (dan anak daripada hasil perkahwinan selepas bersara), layak terima pencen terbitan terhad sehingga 20 tahun daripada tarikh persaraan pegawai.

18. Syer pencen terbitan: Balu/duda – 2 syer, anak – 1 syer setiap seorang

19. Syer ganjaran dan GCR: Balu/duda dan anak2 – 9/10. Ibu/Bapa tanggungan – 1/10

20. Pencen bulanan, Ganjaran, GCR tidak dikenakan cukai KECUALI pencen bulanan yang diterima sebelum umur 55 tahun (bagi lantikan sebelum 12.4.1991 yang bersara sebelum usia 55 tahun) dan sekiranya menerima lebih daripada satu pencen dalam satu masa, hanya pencen tertinggi dikecualikan daripada cukai.

21. Ex Gratia kematian sekaligus dibayar bagi pegawai yang meninggal dunia dan perkhidmatan kurang daripada 20 tahun.


 
Sumber/Kredit: 

Pelepasan Cukai Individu Tahun 2025 LHDN



Perkhidmatan E-Filling Pelepasan Cukai Individu Tahun 2025

LHDN memaklumkan perkhidmatan e-Filling bagi mengemukakan Borang Nyata (BN) individu melibatkan borang BE telah dibuka pada hari ini, 1 Mac 2026. 

Alhamdulillah, saya telah selesai.

😄 1/3/2026 - selesai isi e-Filling (e-BE)
😁😁 6/3/2026 - lebihan bayaran cukai diterima?
😁😁😁 21/3/2026 - duit raya, alhamdulillah

    💥Update: 10/3/2026 - lebihan bayaran cukai telah diterima

Penjawat awam yang sudah mempunyai pemotongan Cukai Bulanan (PCB) tahun 2025, boleh rujuk slip gaji (payslip) masing-masing di bahagian potongan cukai, jika ada, claim atau tuntutan pelepasan cukai sudah boleh dibuat pada 1 Mac 2026 iaitu hari ini.

Antara rekod pembayaran dan dokumen resit yang perlu ada untuk rujukan pelepasan cukai (mesti atas nama sendiri) dan perlu disimpan selama 7 tahun. 

1. Bil langganan internet
2. Resit pembelian buku/bahan bacaan
3. Resit bayar gimnasium
4. Resit beli peralatan sukan
5. Resit beli handphone/laptop/tab
6. Resit zakat
7. Resit sumbangan derma
8. Resit bayar yuran universiti untuk master/PhD
9. Bil perubatan (penyakit kritikal/vaksin)
10. Penyata SSPNI, takaful, PRS, KWSP, insurans pendidikan
11. Kenderaan elektrik
12. Bayaran Faedah rumah pertama (SPA 2025-2027)


Cara Pendaftaran E-Filling 

  • Pergi ke Web MyTax dan register
  • Pilih bahagian E-Daftar. Boleh register melalui online sahaja. 
  • Selepas selesai dan dapat Nombor TIN, boleh login dan mulakan urusan claim.
  • Isi borang e-BE bagi yang punca pendapatan hanya gaji penjawat awam dan tiada punca perniagaan.
  • Tempoh pelaporan dalam e-Filling bagi penggajian (Borang e-BE) – sebelum atau pada 15 Mei setiap tahun

Kalendar Akademik 2026 Berdasarkan Takwim Persekolahan KPM


Kalendar 2026 ini disertakan dengan cuti sekolah KPM, tarikh gaji penjawat awam, cuti umum persekutuan dan juga cuti umum negeri.

Untuk muat turun kalendar dalam format pdf, sila ke group Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau: https://t.me/CikguHaseni

Kredit dan terima kasih: 
Cikgu Share

[FAQ] Soalan Lazim Pengambilan 20,000 Guru Baharu KPM Tahun 2026 Secara Contract of Service (CoS)

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif awal melalui pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 atau guru baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah rendah seluruh negara. 

Ia merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun 2027.  

Info Tambahan


Baca di sini: KPM Ambil 20000 Guru Baharu CoS

Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan selama 1 tahun

Soalan Lazim Pengambilan 20,000 Guru Baharu KPM Tahun 2026 Secara Contract of Service (CoS) 


Berikut adalah soalan lazim berkaitan yang dapat membantu menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.

Pautan permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/pd/index.cfm
Tempoh permohonan: 2 hingga 20 Mac 2026
Gred jawatan: DG9 secara CoS
Nama program pengajian: Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah
Tempoh pengajian: 1 tahun
Syarat-syarat pengambilan: Sila rujuk poster








Sumber:

[TRAVEL] Kemudahan Percutian Penjawat Awam Di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Tasik Kenyir dan Pulau Pangkor

RRP Pulau Pangkor

RRP Tasik Kenyir


Rumah Penginapan Persekutuan (RRP) dan Rumah Transit (RT) merupakan salah satu kemudahan yang diberikan kepada penjawat awam sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan atas usaha dan kerja keras dalam membangunkan negara.

Rumah Peranginan Persekutuan (𝐑𝐏𝐏) 𝐓𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐧𝐲𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐨𝐫 kembali lagi dengan menawarkan destinasi percutian yang terbaik untuk anda semua. Tempahan untuk penginapan masih dibuka bagi tarikh 𝟖 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Kepada warga 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧, 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢, 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐩𝐮𝐧 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐧𝐮𝐧 terpilih yang berminat boleh membuat tempahan melalui Sistem Tempahan RPP di pautan berikut:


Pastikan anda telah berdaftar serta mempunyai ID pengguna dan kata laluan yang sah bagi memastikan proses tempahan berjalan dengan lancar.

Lokasi RRP dalam negara dan luar negara


Name Tag | Tanda Nama Terkini Penjawat Awam 2025

Bermula 6 Januari 2025, berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3, berkaitan Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam, terdapat perubahan terhadap pemakaian tanda nama atau name tag penjawat awam.



Name Tag atau Tanda Nama Terkini Penjawat Awam 2025


Merujuk muka surat 38 dan 39 surat pekeliling ceraian UP.7.2.3, setiap penjawat awam wajib memakai tanda nama ketika bertugas berdasarkan ketetapan berikut:

✅ Tanda nama dibuat daripada plastik
✅ Saiz ialah 7.5cm x 2.5cm (Lebar x Tinggi)
✅ Satu nama digunakan. Contohnya AMINAH, HASENI, RAHMAN, AHMAD
✅ Huruf berwarna putih berlatarbelakangkan hitam
✅ Ada Jata Persekutuan iaitu Jata Negara Malaysia yang merupakan lambang rasmi kerajaan Malaysia

👉Beli/Order di sini: 






_______________________________________________________

📌 Name Tag Murid/Pelajar: https://s.shopee.com.my/LXpaL0FZw

Saiz atau ukuran name tag


[DOWNLOAD] Muat Turun Surat Pekeliling


Surat Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.7.2.3: Etiket Pakaian dan Penampilan Pegawai Awam: https://t.me/CikguHaseni

Kalendar Januari 2024 - Februari 2025 Mengikut Takwim Akademik KPM

Kalendar bermula Januari 2024 sehingga Februari 2025 ini yang dikongsikan oleh Cikgu Share adalah kalendar yang komprehensif yang dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam membuat perancangan persekolahan atau cuti dan seumpamanya. 

Terdapat maklumat seperti berikut di dalam kalendar:

  • Penggal persekolahan sesi 2024-2025
  • Cuti sekolah KPM
  • Cuti umum persekutuan dan negeri
  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam

📌Muat turun (download) kalendar format pdf di sini: KALENDAR 2024-2025


Kredit: Cikgu Share

Kemudahan Cuti Rehat Khas (CRK) Untuk Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

Cuti Rehat Khas (CRK) adalah cuti khusus yang diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Malaysia. CRK juga merupakan satu insentif khas untuk kemudahan khususnya guru-guru di sekolah. CRK layak dinikmati oleh semua PPP yang sedang mengajar di sekolah atau institusi mahupun yang diberi kemudahan cuti penggal atau semester. Guru sandaran, guru interim dan guru berstatus kontrak juga layak memohon CRK. 

Bermula 1 September 2022, CRK bagi guru adalah sebanyak 15 hari bagi yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Sebelum ini CRK hanyalah 7 hari, yang kemudian dinaikkan kepada 10 hari.

Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata bagi tujuan-tujuan berikut:

✅menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
✅mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
✅dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
✅menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
✅mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
✅menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
✅menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
✅perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

Syarat-syarat permohonan Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:


✅Bilangan hari CRK yang layak diambil oleh guru adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan.
✅Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan oleh guru besar atau pengetua di sekolah masing-masing.
✅CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja.
✅Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi boleh dikumpulkan kepada GCR.
 
➡️ Muat turun Pekeliling: Kemudahan Cuti Penjawat Awam

Kategori cuti

Pengumpulan GCR

Sumber:
  • JPA

Tarikh & Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Tarikh pembayaran gaji tahun 2024 untuk penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang dikeluarkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada November yang lalu.



Muat turun (download) di sini untuk format pdf: Pekeliling Pembayaran Gaji 2024

Sumber/Kredit:
  • Jabatan Akauntan Negara
  • Pendidik2U.com
  • Cikgugrafik.com