Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 (DB40) Tahun 2023

Untuk pelajar lepasan SPM 2022.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa calon-calon Lepasan SPM Tahun 2022 dalam kalangan keluarga B40 untuk memohon penajaan PROGRAM DERMASISWA B40. Program ini mensasarkan pelajar lepasan SPM 2022 dalam kalangan keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TVET) di universiti awam (IPTA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA) dan diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

πŸ“ŒTarikh permohonan dilanjutkan sehingga πŸπŸ‘ 𝐎𝐠𝐨𝐬 πŸπŸŽπŸπŸ‘

πŸ“ŒPermohonan dan maklumat lanjut: http://esilav2.jpa.gov.my

πŸ“ŒPengajian peringkat Diploma dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institusi Kemahiran Awam (IKA) yang dikenal pasti.

πŸ“ŒSaluran pertanyaan:

▪︎ π“πšπ₯𝐒𝐚𝐧 π‚πšπ₯π₯ π‚πžπ§π­π«πž: πŸŽπŸ‘- πŸ–πŸ–πŸ–πŸ“ πŸ‘πŸπŸ—πŸ•
▪︎ 𝐄-𝐦𝐞π₯: ππžπ«π¦πšπ¬π’π¬π°πšπŸπŸŽπŸπŸ‘@𝐣𝐩𝐚.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲



Sarjana Pendidikan Mod Kerja Kursus (Mod C) Secara Sambilan (Part-Time), USM Ambilan Oktober 2023

Salam dan hai semua.

Saya kongsi di sini tawaran oleh USM di bawah program luar pesisir (Offshore programme) bagi Sarjana Pendidikan mod kerja kursus (Coursework) atau mod C untuk 4 semester. Pengajian dan pembelajaran akan dijalankan secara hibrid pada setiap Sabtu mengikut kalendar akademik USM bertempat di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Pembelajaran hibrid bermaksud pembelajaran yang menggabungkan dua atau lebih pendekatan dan kebiasaannya ia akan berlaku secara dalam talian (online) dan juga bersemuka secara fizikal.

Antara bidang pengkhususan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1.  Pengajian Kurikulum

2. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

3. Pendidikan Bahasa Inggeris/TESOL

4. Pendidikan Sains

5. Psikologi Pendidikan

Untuk maklumat lanjut boleh merujuk kepada poster dan hadir pada sesi taklimat promosi program pada 17 Ogos 2023, Khamis pada jam 8.15 sehingga 9.15 malam melalui aplikasi webex (Imbas kod QR pada poster untuk akses).