Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) |
Kementerian Pendidikan meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dasar Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai.
Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan.
“Janganlah kita tolak PBS ini hanya kerana ada masalah dari segi pelaksanaannya, sedangkan ia mampu menilai pelajar dengan baik, bukan hanya berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi meliputi pelbagai aspek.
“Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu”
“Sehubungan itu, kita akan teruskan dasar ini dan membuat pelbagai penambahbaikan yang akan memudahkan tugas guru dalam mengisi segala maklumat serta markah pelajar,” - Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II
Penambahbaikan PBS
Menteri Pendidikan II berkata, kementerian akan melakukan tiga penambahbaikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu, termasuk menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.
“Kita juga akan memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.
“Kementerian juga akan meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid, ini semua bagi melancarkan pelaksanaan PBS,” katanya.
Sumber:
Sekiranya sistem SPPBS dpt diakses dengan baik dan ibu-bapa diberi pemahaman yang baik berkenaan PBS, saya kira siatem pendidikan kita akan menjadi lebih baik. Masalah yang utama adalah pada SPPBS dan Ibu bapa yang kurang faham proses PBS..
ReplyDelete- admin pendidik2u.my
PBS mengubah 200% kaedah penilaian terhadap murid. Jikalau pihak NAZIR dan LPM sendiri pun mempunyai 2-3 versi PBS, tidak hairanlah para guru 'pening' dan haru-biru dibuatnya. Ibu bapa lagilah 'pening'.
ReplyDeleteSepatutnya ilmu pengurusan diberi dulu kepada pihak pengurusan...kemudian barulah diikuti oleh guru... guru pelaksana... tapi pengurusan kucara kacir..tak faham cikgu buat apa..tu yang haru... mulakan dari pengetua...jemaah nazir dan pemantau ppd perlu faham dan jelas la apa dia nak pantau... cikgu dah buat ikut versi diajar... bila sampai tempoh pantau...lain buat ...lain dipantau...tu yang cikgu geram
ReplyDelete