Berdasarkan surat siaran KPM bertarikh 12 Julai 2023, semua guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, PPP), keperluan mencapai minimum 42 mata kredit setahun Pembangunan Profesionalisme Berterusan (myPPB) dikekalkan kecuali PPP yang dilantik pada atau selepas 1 November.
Surat siaran KPM bertarikh 1 April 2022 pula menyatakan keperluan latihan dalam kalangan warga KPM iaitu minimum 5 hari setahun kecuali PPP yang dilantik pada atau selepas 1 November.
Bagi guru yang diberikan penempatan baharu selepas tamat cuti belajar HLP di bawah tajaan KPM, secara automatik layak diberikan 5 hari kursus dengan syarat mengemukakan surat penempatan. Alhamdulillah.
Berikut adalah cara-cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mencukupkan 5 hari latihan & 42 Mata Kredit PPB SPLKPM:
1. Book Review/ Pembacaan Buku
- dapat jam latihan dan mata kredit PPB
- 1 buku = 1 hari latihan = 6 jam = 6 mata
- 4 buah buku = 4 hari latihan + 20 mata
- maksimum 20 mata PPB
2. E-pembelajaran
- dapat jam latihan dan mata kredit PPB
- 1 jam latihan = 1 mata
- maksimum 15 mata PPB
- EPSA/ portal e-guru / AKPK/ webinar/ AI Rakyat/ LADAP Plus
- Webinar dalam SPLKPM sahaja
- 1 jam kursus = 1 jam latihan = 1 mata PPB
3. Taklimat/ Ceramah/ Dialog Prestasi
- dapat jam latihan dan mata kredit PPB
- 1 jam = 1 jam latihan = 1 mata PPB
- maksimum untuk taklimat/ ceramah/ dialog = 15 mata
4. Bengkel/ Kursus
- dapat jam latihan dan mata kredit PPB
- 1 jam latihan = 1 mata
- maksimum - 15 mata PPB
5. Bimbingan dan Pementoran oleh Pentadbir
- dapat jam latihan dan mata kredit PPB
- Key in oleh pentadbir dalam SPLKPM
- 1 jam latihan = 1 mata PPB
- 0.5 jam latihan = 0.5 mata PPB
6. Lawatan Penanda Aras
- dapat jam latihan dan mata kredit PPB
- 1 jam = 1 jam latihan = 1 mata
- maksimum - 10 mata PPB
7. Sumbangan (Profesional dan Bukan Profesional)
- dapat mata kredit PPB sahaja
- Key in sumbangan bagi guru yang terlibat dengan kokurikulum peringkat PPD/JPN/KPM
- Contoh: teknikal sofbol, bola sepak, olahraga (key in sekali sahaja walaupun program berhari-hari)
- Key in sumbangan sebagai JU PPD / JU JPN / JU KPM
- Key in sumbangan sebagai AJK PIBG
- 1 sumbangan = 5 mata PPB
- 2 mata kredit tambahan sumbangan sebagai ketua atau penyelia
8. PLC
- dapat mata kredit PPB sahaja
- Mana-mana panitia yang telah menjalankan PLC, ketua key in di dalam SPLKPM dengan memastikan key in nombor IC/KP ahli sekali
- 1 PLC = 5 mata PPB
- maksimum - 20 mata (4 PLC)
9. Inovasi
- Dapat mata kredit PPB sahaja
- 1 inovasi = 10 mata PPB
- maksimum - 20 mata
10. Peningkatan Akademik
- Dapat mata kredit PPB sahaja - untuk tahun semasa mengikut sijil
- Sijil - 4 mata
- Diploma - 8 mata
- Ijazah Sarjana Muda (Bachelor's Degree) - 12 mata
- Ijazah Sarjana (Master's Degree) - 16 mata
- Ijazah Kedoktoran (Doctorate, PhD) - 20 mata
11. Penyelidikan
- Dapat mata kredit PPB sahaja
- 1 kajian = 10 mata PPB
- maksimum - 20 mata
12. Penulisan & Pengkaryaan Kreatif
- Dapat mata kredit PPB sahaja
- penulisan buku - bukan tugas hakiki sekali sahaja - 20 mata
- artikel/jurnal - 10 mata
- buletin - 10 mata
- penghasilan modul (ciptaan sendiri) - 10 mata
- seni kreatif - bukan hakiki (muzik, visual, fotografi, tari) - 10 mata
13. Program sangkutan
- Dapat mata kredit PPB sahaja
- 1 program - 5 mata
Sumber: