Definisi Diftong
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran iaitu bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua. Sebutan bunyi vokal yang pertama adalah lebih lantang (kuat) berbanding bunyi yang kedua.
Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal iaitu;
- ai
- au
- oi
Secara lebih terperinci, diftong ialah:
- Gabungan dua bunyi vokal yang dilafazkan secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
- Terhasil apabila bunyi satu vokal menggeluncur dengan cepatnya ke suatu vokal lain.
- Ia dianggap sebagai satu suku kata, dan dilambangkan oleh dua vokal tetapi bertindak sebagai satu fonem. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan ke arah membunyikan vokal yang lain.
- Terdapat tiga jenis diftong iaitu ai, au, dan oi.
- Untuk menghasilkan bunyi diftong ai, lidah berkeadaan sebagaimana membunyikan vokal “a”, dan secara cepat geluncurkan lidah ke arah membunyikan vokal “i” pula. Begitu juga cara membunyikan diftong au, dan oi.
Contoh perkataan diftong
ai - gulai, balai, tapai, tembikai, sidai, keldai, kedai, gerai, buai, cuai, misai, petai, pantai, lantai, rantai, teratai, sungai
au - harimau, wau, pulau, surau, kerbau, pisau, limau, hijau, bangau, pau, aurat, saudara
oi - sekoi, koboi, kaloi, amboi, dodoi, boikot, konvoi
Vokal berganding (Vokal Rangkap)
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Secara ringkas diftong - vokal berganding:
Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan, tetapi terpisah sebutan bunyinya dalam suku kata.
Secara ringkas diftong - vokal berganding:
Diftong:
Dibaca sebagai satu suku kata dan dilafazkan dengan cepat.
Kedai = ke+dai
pulau = pu+lau
amboi = am+boi
Vokal berganding:
Perlu dibaca secara berasingan sebagai dua suku kata.
baik = ba+ik
kaum = ka+um
liar = li+ar
luas = lu+as
*dikemaskini pada 9.2.2017
Sumber:
- http://rasfarina72.blogspot.com/2014/02/diftong-vokal-berganding-digraf-dan.html
- http://cikgupenmerah.blogspot.com/2012/05/apa-itu-vokal-berganding-dan-diftong.html
- http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/2012/12/diftong-dan-vokal-berganding.html
selamat tengah hari, sudah lama tidak berkunjung ke mari, bagaimana khabarnya sihat kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah sihat walafiat. Terima kasih atas kunjungan anda
DeleteTq utk.tips ni...bantu saya buat kerja sekolah anak
ReplyDeleteAlhamdulillah, sama-sama
Deleteterima kasih
ReplyDeleteTerima kasih cikgu, infomasi ini memang membantu.
ReplyDeleteSama-sama
Deleteterima kasih cikgu
ReplyDeletenotanya padat dan senang difaham
Terima kasih cikgu kerana memudahkan anak-anak saya membuat kerja rumah.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete6/januari .. Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu ini ..
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.. memudahkan saya bantu anak buat kerja sekolah..
ReplyDeletesama-sama
Deletesaya share,cikgu..time ksh
ReplyDeletesaya share,cikgu..time ksh
ReplyDeleteWah..sangat membantu buat homework anak darjah 2 . Tqsm..
ReplyDeleteWah..sangat membantu buat homework anak darjah 2 . Tqsm..
ReplyDeleteAssalam cikgu, kenderaan vokal berganding ke?
ReplyDeleteAssalam cikgu, kenderaan vokal berganding ke?
ReplyDeleteterima kasih...anak saya tak tahu...sekarang dah tahu
ReplyDeleteassalam cg, apakah kelebihan diftong dan vokal berganding
ReplyDeleteassalam cg, apakah kelebihan diftong dan vokal berganding
ReplyDeleteSaya masik tak faham.
ReplyDeleteSaya masik tak faham.
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeletesama-sama
DeleteTerima kasih cikgu..
ReplyDeletesama-sama
DeleteAssalamualaikum. Cikgu.. Walaupun hampir 8 tahun... ilmu ini.. masih boleh digunakan.. Semoga diberi kesihatan yang baik.
ReplyDeleteWaalaikumusalam, aminn, terima kasih
DeleteTerima kasih atas perkongsian ini. Semoga cikgu masih diberi kesihatan yang baik.
ReplyDeleteAminn, sama-sama
Delete