Promo Khas Untuk Guru Sempena Hari Guru 2026 Oleh Samsung, Zus Coffee, Air Asia

Sempena Hari Guru 2026, terdapat pelbagai promosi yang menarik disediakan untuk menghargai jasa para pendidik. Kebanyakan promosi menawarkan diskaun istimewa untuk makanan, minuman, dan percutian yang boleh dinikmati sama ada secara fizikal atau dalam talian.

Berikut adalah beberapa promosi popular:

1. Zus Coffee: Nikmati diskaun 10% untuk 1 minuman handcrafted menggunakan kod baucar ZUSTERIMAKASIHCIKGU melalui aplikasi Zus Coffee.

10% diskaun untuk 1 handcrafted drink
Kod voucher: ZUSTERIMAKASIHCIKGU

Pickup melalui aplikasi ZUS Coffee
Promo sah sehingga 31 Mei 2026

2. AirAsia Move: Tawaran diskaun sehingga RM50 untuk penerbangan, hotel, dan perjalanan (rides) menggunakan kod TEACHERSMOVE.

Scan. Download. Plan.
Gunakan kod: TEACHERSMOVE

3. Samsung: Tawaran istimewa untuk warga pendidik di bawah promo MOE EXCLUSIVE - MOEMAY ROADSHOW5 dengan diskaun 5%.

Minimum pembelian RM100 peranti Samsung. 
Promo sah sehingga 30 Jun 2026.

Wajaran Markah PBPPP Guru Mengikut Dimensi (Kompetensi dan Keberhasilan)



Dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), markah guru tidak datang daripada satu aspek sahaja tetapi secara menyeluruh melalui dua bahagian utama iaitu kompetensi (90%) dan Keberhasilan (10%).

1. Kompetensi – 90%


Kompetensi merangkumi tiga dimensi penting:

  • D1 Profesionalisme – 30%
    • Nilai profesional seorang guru.
    • Amanah, beretika, bertanggungjawab dan menjaga hubungan baik dalam tugas.

  • D2 Penglibatan – 10%
    • Sumbangan dan keterlibatan guru.
    • Bukan hanya hadir bekerja, tetapi turut menyumbang kepada sekolah, komuniti dan organisasi.

  • D3 Kemahiran – 60%
    • Keupayaan melaksanakan tugas sebenar.
    • Bagaimana guru merancang, mengajar, mengurus, membimbing dan melaksanakan amanah bidang tugas.

Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian kompetensi ialah 100%. Namun begitu, dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian kompetensi menyumbang wajaran sebanyak 90%.

2. Keberhasilan – 10%


Keberhasilan pula menilai hasil kerja yang dicapai. Ia bukan semata-mata usaha, tetapi impak daripada tugas yang telah dilaksanakan. Hal ini kerana, keberhasilan menilai hasil kerja utama outcome/ output yang memberi impak berdasarkan tugas dan tempat bertugas. Penilaian keberhasilan berasaskan dan berfokuskan kepada peningkatan atau pencapaian. 

Jumlah keseluruhan markah untuk penilaian keberhasilan ialah 100%. Namun begitu, dalam penilaian keseluruhan PBPPP, penilaian keberhasilan menyumbang wajaran sebanyak 10%.

Rumus Mudah PBPPP


Kompetensi = 90%
Keberhasilan = 10%

Jumlah keseluruhan = 100%

Hadiah Hari Guru 2026



YB Menteri Pendidikan membuat pengumuman khas beberapa inisiatif untuk guru bersempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026. Antaranya adalah:

1. Kursus Google Certified Educator (GCE) diteruskan secara percuma kepada semua guru
  • GCE Tahap 1: RM40 seorang
  • GCE Tahap 2: RM100 seorang

Kursus ini menfokuskan kepada peningkatan kompetensi digital dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

2. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Khas untuk guru sekolah rintangan dan pedalaman
  • Sarjana bernilai RM46,620 bagi tempoh 24 bulan
  • PhD bernilai RM85,417.50 bagi tempoh 36 bulan melibatkan guru Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Terapung dan kawasan P1, P2, P3

3. Biasiswa Perguruan Persekutuan diperluas kepada pemimpin sekolah
  • Pembiayaan RM44,620 hingga RM48,150
  • Tempoh 24 hingga 36 bulan untuk pengajian sarjana pemimpin sekolah

4. Projek NODE (Network Offline Digital Environment)
  • Peruntukan RM1 juta untuk sekolah pedalaman dan pulau tanpa capaian internet.

5. Pembekalan peranti digital ke semua sekolah
  • Peruntukan RM169 juta, memberikan manfaat kepada 10,254 sekolah menyokong Kurikulum Persekolahan 2027 dan integrasi teknologi digital.

6. Naik taraf dan penyelenggaraan bilik guru
  • Tambahan RM100 juta, menjadikan keseluruhan RM200 juta untuk ruang kerja guru yang lebih kondusif.

7. Penyelenggaraan kuarters guru
  • Tambahan RM50 juta, menjadikan keseluruhan RM110 juta untuk memastikan kuarters guru lebih selesa.

8. Pemansuhan sistem perekodan kokurikulum manual
  • Sekolah diberi autonomi mengurus rekod sebelum dimasukkan ke PAJSK. 
  • Sistem PAJSK juga akan disepadukan dengan sistem PBD.

9. Naik taraf kemudahan IPGM, IAB dan Matrikulasi
  • Peruntukan RM100 juta untuk penyelenggaraan fasiliti termasuk pendingin hawa dan sistem kebakaran.

10. Bahan bacaan tambahan prasekolah
  • Peruntukan RM10.515 juta untuk 10,515 kelas prasekolah, memberikan manfaat kepada 216,825 murid dan 9,836 guru Mengukuhkan budaya membaca awal.

11. Pengambilan 20,000 guru Contract of Service (CoS) mulai 2027. Berdasarkan unjuran enrolmen dan keperluan opsyen.

12. Peruntukan program strategik sekolah dan murid
  • RM122,476,983 untuk pusingan pertama Tidak termasuk PCG mata pelajaran.

13. Bantuan RM1,000 anak Guru yang cemerlang
  • RM1,000 kepada setiap guru yang anak memperoleh 10A dalam SPM 2025. 
  • Sebagai penghargaan kepada warga pendidik.

14. Moratorium sewa kantin sekolah
  • Pengurangan 50% selama enam bulan Bertujuan membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan rendah dan berkualiti.



[Darab] Latihan Matematik Skip Counting 2 Hingga 9 | Membilang Secara Gandaan

Dalam mempelajari operasi asas darab, kemahiran skip counting (kiraan melangkau/ gandaan) sangat penting. Skip counting ialah kaedah mengira pantas dengan melangkau nombor tertentu secara berulang iaitu penambahan berulang.

Contohnya skip counting by 2 dimulakan dengan 2, 4, 6, 8, 10, 12 dan seterusnya. Ia adalah asas penting untuk pendaraban, mengira dalam kumpulan (5, 10, 15...), dan meningkatkan pemahaman nombor. Skip counting boleh dilakukan secara menaik (operasi tambah) atau menurun (operasi tolak).

Dalam operasi asas darab, Skip counting adalah bentuk asas pendaraban. Contoh 3 x 5: bermaksud skip count 5 sebanyak 3 kali: 5, 10, 15.

Berikut dikongsikan latihan skip counting bagi gandaan 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Format PDF boleh muat turun di Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau: https://t.me/CikguHaseni






[Darab] Latihan Matematik Operasi Asas Darab | Cabaran Sifir Darab 2 Hingga 12 | Jadual Sifir 2-12

Berikut adalah latihan Matematik bagi operasi asas darab iaitu murid melengkapkan jadual sifir 2 sehingga 12 dengan menggunakan konsep darab sebagai tambah berulang (penambahan berulang). 

Latihan ini merupakan edisi yang dikongsikan sebelum ini (8.10.2024) tetapi telah dikemaskini setakat 11.5.2026 bagi kegunaan murid-murid saya di sekolah.

Cabaran Sifir Darab 2 Hingga 12


✅ Latihan melengkapkan jadual sifir darab
✅ Panduan darab sebagai penambahan berulang (Tambah berulang)

Semoga bermanfaat.

✅Muat turuf format PDF: Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau














Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun Bagi Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bermula Tahun 2026

Bermula tahun 2026, semua penjawat awam, termasuk warga KPM melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) HRMIS sekurang-kurangnya 40 jam latihan setahun yang direkodkan sendiri melalui Modul HRMIS 2.0. Dasar ini telah membatalkan kiraan hari, dan menfokuskan kepada jumlah jam pembelajaran formal dan bukan formal yang perlu disokong dengan sijil atau dokumen yang berkaitan.

Cara-Cara Mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 Untuk Guru boleh rujuk di sini: Panduan Mengisi Pembangunan Kompetensi di HRMIS



Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Tahun 2026


Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0 dibahagikan kepada 3 kategori utama:
  1. Kursus/Latihan
  2. Sesi Pembelajaran
  3. Pembelajaran Kendiri


1. Kursus/Latihan

Definisi
Kursus/Latihan adalah aktiviti latihan berbentuk formal dan berstruktur yang dijalankan secara bersemuka, dalam talian dan berterusan anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara atau di luar negara.

Kehadiran yang diambil kira hanya bagi kursus jangka pendek (tempoh kurang 3 bulan).

Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.

Jenis aktiviti
  • kursus
  • seminar
  • konvensyen
  • bengkel
  • forum
  • simposium
  • persidangan
  • kolokium


Lampiran evidens
  • Memo atau surat panggilan
  • Sijil atau rekod kehadiran
  • Makluman bertulis yang disahkan
  • Minit mesyuarat

2. Sesi Pembelajaran


Definisi
Sesi pembelajaran adalah sebarang aktiviti pembelajaran secara bersemuka atau tidak bersemuka anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara.

Bagi pertemuan mentor dan mentee serta sesi perbincangan/perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi, catatan perbincangan mestilah dibuat dalam sebuah buku catatan.

Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.

Jenis aktiviti
  • Sesi Pemantapan Perkhidmatan awam:
    • program sambutan/program khas yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
    • on-the-job-training
    • latihan sangkutan
    • simulasi
  • Perhimpunan bulanan
  • Sesi pembelajaran - sesi perkongsian ilmu
  • Mentor dan Mentee
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai pembentang
  • Pembentangan kertas kerja
  • Ceramah
  • Lain-lain seperti kajian kes, tayangan filem, under study

Lampiran evidens

  • Memo atau surat panggilan
  • Sijil atau rekod kehadiran
  • Buku rekod interaksi
  • Lampiran lain yang sesuai


3. Pembelajaran Kendiri


Definisi
Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran yang melibatkan secara bersemuka dan dalam talian (online).

Bagi pembacaan buku/bahan ilmiah, satu sesi pembentangan/satu sinopsis perlu diadakan.

Pengiraan Jam
Pembacaan buku
- satu sinopsis bersamaan 6 jam berkursus bagi pembentang.
- 30 minit bagi mereka yang menghadiri sesi pembentangan.

Bagi kursus di EPSA, pengiraan jam berdasarkan nilai jam dalam Surat Tamat Kursus EPSA yang boleh dijana melalui portal EPSA.

Jenis aktiviti
  • e-pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
  • Pembentangan buku 
    • pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada buku fizikal atau e-book
    • pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian
  • Program Bina, Bincang, Semarakkan Perkhidmatan Awam
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai peserta
  • Kursus anjuran luar agensi
  • AI Untuk Rakyat

Lampiran evidens
  • Sijil kehadiran
  • Refleksi pembacaan / Borang sinopsis
  • Lampiran lain yang sesuai







Muat turun surat siaran: