Apa Itu Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran?
Catatan Nota
Catatan ini merujuk kepada buku berikut:
Definisi
Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mendefinisikan murid yang mengalami Masalah Pembelajaran sebagai murid yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.
Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran.
Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan berikut:
- Kebolehan Kognitif
- Tingkah Laku Sosial / Perkembangan Sosial
- Pengguasan Bahasa ( Lisan / Pertuturan)
- Keupayaan Membaca
- Kemahiran Perkembagan (Development Skills)
- Kemahiran Matematik
- Terdapat pelbagai kategori murid bermasalah pembelajaran seperti;
- Sindrom Down
- Autisme
- Hiperaktif -ADHD
- Terencat akal minima
- Kurang upaya dalam pembelajaran (learning disabilities)
- Kurang upaya dalam pembelajaran khusus contohnya disleksia.
- Antara kecacatan yang dialami oleh Kanak-Kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran;
- Lembam ( akibat kecacatan otak)
- Autistik
- Dowm Sindrom
- Terencat Akal Ringan
- Terencat Akal Sederhana
- Hiper Aktif
- Hipo Aktif
- Cerebral Palsy
- Emosi / Tingkah Laku
- Pertuturan
- Epilepsi
- Pelbagai Kecacatan
- Sindrom Down
Merupakan kecelaruan genetik yang menyebabkan kerencatan akal pada kanak-kanak. Ia berpunca dari lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke 21 yang juga dikenali sebagai Trisomo 21.
Individu ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas yang biasa dilihat seperti mata sepet, hidung penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang (menyebabkan kesukaran mereka bertutur) dan jari tangan yan pendek (menyebabkan kesukaran memegang pensel dan gunting).
Ujian pra natal bertujuan mengesan kecacatan semasa janin yang biasa dijalankan adalah amniocentesis, Chorionic Villus Biopsy (CVB) dan Chorionic Villus Sampling (CVS).
Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme bermaksud aliran. Kanak-kanak Autisme bermaksud kanak-kanak yang berada di dalam dunianya sendiri.
Ia biasanya mula dikesan pada kanak-kanak yang berusia 3 tahun disebabkan oleh kecelaruan neurologikal yang mengganggu fungsi otak. Individu ini biasanya sukar diajak bercakap dan suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu, mengeluarkan bahasa sendiri yang sukar difahami oleh orang lain dan meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa memahami maksudnya.
Mereka suka mengulangi percakapan orang lain secara berulang-ulang yang dikenali dengan istilah ekolalia. Kebiasaannya mereka tidak suka bermain dengan orang lain (lebih suka menyendiri dengan menyorok) dan lebih sukakan objek-objek yang berputar seperti kipas angin ataupun kertas yang ditiup angin.
Penggunaan Ritalin bertujuan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif selain vitamin B6 dan Magnesium untuk meningkatkan kesedaran dan tumpuan/perhatian kanak-kanak.
Hiperaktif (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder, ADHD)
Istilah hiperaktif merujuk kepada kanak-kanak yang bertingkahlaku terlampau aktif dan mengganggu. Tingkahlaku mereka yang aktif dan sukar diramal memberi gangguan kepada proses pengajaran guru di sekolah mahupun penjagaan harian di rumah.
Paling ketara mereka bersikap agresif (contohnya memulakan pergaduhan dan pertengkaran), cuai menyiapkan tugasan, tidak mahu mendengar apabila kita bercakap dengannya selain mengelak membuat tugasan yang memerlukan pengekalan daya mental.
Kanak-kanak ADHD memerlukan sokongan dari ibubapa dan guru dalam belajar mengurus perasaan marah dan tekanan.
Ganjaran terlebih dahulu sebelum memberi hukuman. Selain itu sikap tegas terhadap murid, memberi maklumbalas impromptu dan bersifat pemaaf boleh membantu mendidik murid ADHD.
Disleksia
Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf.
Disleksia
Disleksia diterangkan sebagai keadaan di mana seorang murid mengalami masalah membaca yang serius, yang berkait-rapat dengan gangguan urat saraf.
Mereka kelihatan normal tetapi kecelaruan pada bahagian otaknya menyebabkan mereka sukar untuk membaca, menulis, mengeja mahupun mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya walaupun telah diajar berkali-kali.
Kanak-kanak ini berisiko menghadapi masalah emosi dan tingkahlaku kerana kecewa dengan pencapaian mereka dalam akademik yang tidak selaras dengan umur mereka.
Punca disleksia tidak diketahui tetapi faktor genetik, biologi (kesukaran ketika dilahirkan) juga kematangan (lelaki lambat matang dari perempuan) dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada disleksia.
Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan untuk kanak-kanak disleksia adalah melalui pendekatan multisensori; menggabungkan beberapa deria seperti auditori, visual, oral dan kinestetik.
Sumber:
1. Buku: Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa, Jamila Mohd Kutty.
(https://books.google.com.my/books/about/Pendidikan_khas_untuk_kanak_kanak_istime.html?hl=id&id=h9j1OpSgx8sC&redir_esc=y)
(https://books.google.com.my/books/about/Pendidikan_khas_untuk_kanak_kanak_istime.html?hl=id&id=h9j1OpSgx8sC&redir_esc=y)
Apakah Pengajaran dan Pembelajaran?
Proses pembelajaran sebenarnya adalah binaan hipotesis dan tidak dapat dilihat dengan terus. Misalnya di dalam sebuah kelas yang berjumlah 35 orang murid dan menghadapi seorang guru yang mengajar. Walaupun guru itu mendapati yang murid-murid itu memandangnya, namun guru itu tidak dapat memastikan ada di antara muridnya tidak memahami apa yang diajar dan fikirannya melayang ke tempat lain.
Kesan pembelajaran dapat dilihat apabila berlaku perubahan tingkah laku yang terdapat pada diri seseorang daripada peringkat sebelum ia menjalani proses pembelajaran dengan sesudah ia menjalani proses pembelajaran itu.
Pengajaran adalah suatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah daripada tidak tahu kepada tahu. Melalui hasil pengajaran juga, tingkah laku seseorang boleh diubah.
Pengajaran adalah suatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya murid dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, murid berubah daripada tidak tahu kepada tahu. Melalui hasil pengajaran juga, tingkah laku seseorang boleh diubah.
Sumber:
- Mohd. Sharani Ahmad. Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. PTS Publications & Distributors. 2004
- Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad, Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2011
Mesyuarat Pertama Semakan SBPA Selepas Tahun Baru Cina
Utusan Malaysia
18/1/2012
PUTRAJAYA 17 Jan. - Mesyuarat pertama pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina.
18/1/2012
PUTRAJAYA 17 Jan. - Mesyuarat pertama pasukan petugas bagi mengkaji semula pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka diadakan selepas Tahun Baru Cina.
Pengerusinya,
Tan Sri Ismail Adam berkata, pasukan petugas yang dianggotai pelbagai
pihak itu akan mengenal pasti beberapa perkara yang menimbulkan rasa
tidak puas hati di kalangan penjawat awam.
''Anggota
pasukan petugas akan meneliti isu-isu berbangkit berhubung pelaksanaan
SBPA, mereka akan membuat rumusan dan kita akan bertemu untuk
berbincang mengenainya,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak minggu lepas mengarahkan SBPA
disemak semula untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan
pihak-pihak tertentu.
Berikutan
itu, satu pasukan petugas ditubuhkan dipengerusikan Ismail yang juga
bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berdasarkan pengalaman luas
beliau dalam hal berkaitan perkhidmatan awam.
Pasukan
tersebut dianggotai pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Awam; Jabatan
Peguam Negara; Kementerian Kewangan; dan Presiden Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman
serta pegawai kementerian yang berkaitan.
Mereka
diberi tempoh dua bulan iaitu sehingga 16 April untuk mengkaji isu-isu
tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan kepada
kerajaan. Penyerahan surat pelantikan kepada semua anggota pasukan
petugas oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan akan
berlangsung di sini, esok.
Ditanya
gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya wakil
kesatuan itu turut dilantik menganggotai pasukan itu, Ismail
berpandangan, kehadiran wakil CUEPACS mencukupi untuk mewakili
kakitangan awam pelbagai bidang.
Mengenai
tempoh dua bulan yang diperuntukkan kepada pasukan untuk menyelesaikan
semakan semula, katanya, beliau yakin segala isu berbangkit akan dapat
dirungkai mengikut had masa yang ditetapkan.
''Kita
kena lihat sama ada isu-isu berbangkit itu mudah atau rumit. Kalau
mudah tentunya kita akan dapat menyelesaikannya dengan cepat, namun
saya pasti segala-galanya akan selesai mengikut had masa yang
ditetapkan,'' katanya.
Wakil Guru Dilibatkan Dalam Perbincangan SBPA
15/01/2012 12:17am
SHAH ALAM 14 Jan. – Majlis Permuafakatan Kesatuan Persatuan Guru (MPKPG) yang mewakili kira-kira 430,000 guru di seluruh negara meminta agar dilibatkan secara menyeluruh dalam perbincangan semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Pengerusinya, Jemale Paiman berkata, skim itu banyak memberi kesan kepada guru terutama dalam kenaikan gaji dan laluan kerjaya.
Skim
itu juga dilihat turut meminggirkan guru senior dalam perjawatan dan
tidak mementingkan faktor pengalaman dan kemahiran dalam bidang tugas
serta tanggungjawab mereka, katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat
mesyuarat mengenai SBPA bagi perkhidmatan pendidikan bersama presiden
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),
Datuk Omar Osman di sini hari ini.
Majlis
itu turut dihadiri pemimpin dari 26 kesatuan dan persatuan guru
Kementerian Pelajaran. Pada majlis itu MPKPG turut menyerahkan
memorandum kepada Omar berhubung cadangan penambahbaikan pelaksanaan
SBPA bagi perkhidmatan pendidikan. – BERNAMA