Digraf ialah dua huruf konsonan (selain a, e, i, o, u) yang hadir secara berturut-turut yang menghasilkan satu bunyi dalam perkataan.
Dalam data kami, digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy, atau disebut juga dwihuruf, dwilambang dan huruf rangkap - Pusat Rujukan Persuratan Melayu, DBP
Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
- gh mewakili /ɣ/ (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: ghairah, Afghan dan baligh.
- kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
- ng mewakili /ŋ/ (sengauan velar)
- ny mewakili /ɲ/ (sengauan lelangit)
- sy mewakili /ʃ/ (geseran belakang gusi tak bersuara)
Contoh perkataan digraf:
ng - nganga, bunga, singa
ny - nyamuk, nyanyi, nyala
kh - khabar, khas, khamis
sy - syampu, syabas, syarikat
gh - ghazal, ghairah, ghaib
Perkataan pinjaman lain
gh - ghazal, ghairah, ghaib
Perkataan pinjaman lain
- skuter, drama, teks, stadium, stoking, krayon, troli, zink, klip, dram, bank, trak,
Konsonan Bergabung
Konsonan bergabung atau konsonan rangkap pula ialah gabungan 2 huruf konsonan yang hadir secara berturutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Perkataan yang mengandungi konsonan bergabung kebanyakannya adalah perkataan pinjaman daripada Bahasa Inggeris.
Contoh perkataan konsonan bergabung:
- kompleks (kom + pleks)
- konkrit (kon + krit)
- traktor (trak + tor)
- strawberi (straw + beri)
- aiskrim (ais + krim)
- terminal (ter + mi + nal)
- bankrap (ban + krap)
Kekeliruan antara Digraf dan Konsonan Bergabung / Berganding / Huruf Rangkap
Kamus Dewan memberikan takrifan digraf, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny dan sy; atau disebut juga dwihuruf, dwilambang, huruf rangkap. Tidak ada maklumat yang jelas tentang konsonan berganding, konsonan bergabung dan konsonan yang berturutan dalam pangkalan data kami. Adapun perkataan lain yang mempunyai urutan huruf konsonan itulah yang disebut konsonan berganding atau konsonan bergabung, dan berkemungkinan dua huruf atau tiga huruf seperti dalam perkataan klinik dan bankrap. Tidak dinyatakan turutan huruf konsonan ini dalam satu suku kata atau sebaliknya. - Dewan Bahasa dan Pustaka, 14.12.2015
Pihak kami telah merujuk Munsyi Dewan berkenaan permasalahan bahasa ini. Sebarang perkembangan terkini mengenai digraf dan konsonan bergabung akan kami maklumkan kepada pihak puan. Sehingga kini, dalam data kami, konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit. - Dewan Bahasa dan Pustaka, 14.05.2014
DBP, 14 Disember 2015 |
DBP, 14 Mei 2014 |
*dikemaskini pada 10.10.2020
Sumber rujukan / kredit / bacaan lanjut:
Sangat membantu! Terima kasih cikgu!
ReplyDeletesama-sama
DeleteSangat membantu. Terima kasih cikgu.
Deleteterima kasih cikgu...
ReplyDeletemenbantu saya menyelesaikan masalah saya....
Terima kadih cikgu...sgt2 membantu sy utk mengajar ank sy yg darjah 2...
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.....
ReplyDeleteWhy terminal is consider konsonan bergabung?
ReplyDelete'terminal' is not konsonan bergabung
DeleteTq cikgu.. Baru saya fhm...
ReplyDeleteTq cikgu...x pernah tau masa belajar dulu...skrg ni mcm2...hehe
ReplyDeletebetul tu
DeleteSungguh jelas. Terima Kasih Cikgu!
DeleteI have a few questions:
ReplyDelete1. From my understanding, terminal can be considered as konsonan bergabung. It was in the examples but mentioned as not in one of your comments above.
2. The examples for konsonan bergabung in the images are not right. How can blok, stesen etc be considered as konsonan bergabung and not digraf?
Appreciate your further explainations on this for better understanding :)
Betul tak, yogurt ialah konsonan bergabung, Cikgu.
ReplyDeleteBetul tak, yogurt ialah konsonan bergabung. Khemah juga boleh, Cikgu.
ReplyDeletesy share cikgu.time ksh..
ReplyDeletesy share cikgu.time ksh..
ReplyDeleteTq cikgu..
ReplyDeleteTerima kasih byk2 cikgu.... sgt mbantu kefahaman sy utk ajar anak2 buat homework
ReplyDeleteakhir ialah digraf?
ReplyDeleteakhir ialah digraf?
ReplyDeletesuka sangat.
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
ReplyDeleteCikgu... Tanya senyap suku kata sen yap atau se nyap
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDelete