Showing posts with label Prasekolah. Show all posts
Showing posts with label Prasekolah. Show all posts

Kaedah Belajar Membaca

Salam dan hai semua.

Sedikit ulangkaji tentang beberapa kaedah mengajar dan belajar membaca yang boleh dipraktikkan iaitu antaranya adalah seperti berikut:

1. Kaedah abjad
2. Kaedah Pandang dan Sebut (Seluruh Perkataan/ whole word)
3. Kaedah Fonetik/Fonik
4. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)
5. Kaedah Eklektik (Kaedah Campuran)






Kredit: #hbsixtyfamily

Kaedah Khas Pemulihan Bacaan: 


1. Kaedah VAK
2. Kaedah pelbagai deria (VAKT)
3. Kaedah Fernald
4. Kaedah Gillingham

Kaedah VAK


Kaedah VAK menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya.

Kaedah VAK menggunakan prosedur pengajaran seperti berikut, iaitu murid:

i. memerhati perkataan yang hendak dipelajari
ii. menyebut perkataan itu
iii. cuba menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya, dan
iv. membandingkan hasil tulisan dengan perkataan asal

Prosedur VAK ini diulang-ulang sehingga perkatan dapat ditulis dengan betul.

Kaedah Membaca Pelbagai Deria – VAKT (Multisensory Reading Method)


Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;

V - visual (penglihatan)
A - audio (pendengaran)
K - kinesthetic (pergerakan)
T - tactile (sentuhan)

Kaedah ini berpegang kepada prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif akan mengukuhkan pembelajaran . Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut:

- kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar bacaan
- guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10 (menggunakan krayon)
- murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu
- untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur, mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan lain-lain.

Untuk belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah:

i. lihat huruf (V)
ii. dengar guru sebut huruf (A)
iii. menyebut huruf (A)
iv. dengar huruf yang disebut (A)
v. rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf (K)
vi. rasa permukaan huruf dgn hujung jari (T)
vii. lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)
viii. dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat surihan (A)

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan yang lebih terperinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan lain-lain.

Kaedah Fernald


Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K. (1943, 1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran secara individu.

Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald iaitu:

i. Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu perkataan yang diberi,
ii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,
iii. Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai dalam petikan, dan
iv. Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat dalam teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti berikut:

Peringkat 1:

- guru menulis perkataan dengan besar menggunakan crayon di atas kertas.
- murid surih huruf-huruf dengan jari (T – K) sambil menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).
- murid juga memandang perkataan itu semasa membuat surihan(V) .
- proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan tanpa melihat contoh.
- murid menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah dipelajari.

Peringkat 2:

- murid tidak perlu surih setiap perkataan, tetapi hanya melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis perkataan tersebut.
- murid meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail perkataan.

Peringkat 3:

- murid belajar perkataan baru dengan melihat, menyebut, dan menulisnya terus daripada perkataan-perkataan bercetak (teks).

- Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini murid sudah boleh membaca daripada buku.
 
Peringkat 4:

- murid dapat mengecam perkataan-perkataan baru berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan yang tercetak, atau bahagian-bahagian perkataan yang sudah dipelajari.
- murid sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk mengembangkan minat membaca.

Kesimpulannya, kaedah Fernald menggunakan pengalaman bahasa murid dan kaedah VAKT. Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi, iaitu:

i. kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi murid dapat ditingkatkan atau dikekalkan,
ii. keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan, dan
iii. hanya diguna untuk murid yang menghadapi masalah bacaan yang teruk sahaja seperti disleksia, murid pemulihan, dan murid PKBP.

Kaedah Gillingham


Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-an difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk. Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu untuk selama dua tahun (minimum).

Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan dengannnya.

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan mengajar huruf –huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

i. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan denga bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.

ii. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.

iii. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf danperkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.

iv. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid didibantu untuk menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.

v. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkan dengan pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.

vi. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

Langkah-langkah pengajaran;

Langkah 1:

- Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid.
- Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru
- Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid mengikutnya
- Soalan guru , “Apakah bunyi huruf ini?”

Langkah 2:

- Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan mengikut huruf.
- Soalan guru, “Berikan nama huruf yang bunyinya [ č ] . Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:

- Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.
- Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
- guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka mengadun huruf-huruf menjadi perkataan.

Keupayaan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza, justeru, guru perlu memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran bacaan. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah membaca yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik. Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah bacaan yang teruk dan juga untuk kanak-kanak berkeperluan khas, kaedah pengajaran pelbagai deria sangat sesuai digunakan. 

Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah, maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu. Sekiranya guru tidak mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan atau mengikut sebahagian darikpada langkah sahaja, maka guru tidak boleh mengatakan yang dia menggunakan kaedah tersebut.

Semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan kelemahan bacaan muridnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

20 Buku Bacaan Berperingkat / Bacaan Bergred Untuk Murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas & Prasekolah

Salam sejahtera.

Buku bacaan berperingkat atau bacaan bergred ini merupakan terbitan Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada tahun 2014 untuk kegunaan Program Pemulihan Khas. Ia terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan bahan bacaan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas, Prasekolah dan juga kanak-kanak yang masih belum lancar membaca.

Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.

Buku Bacaan Siri 1


- mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- memuatkan kemahiran pemulihan 5 – 15.
- suku kata yang berwarna memudahkan bacaan murid.
- kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.
- terdapat latihan pada bahagian akhir buku bacaan. Latihan berbentuk soalan pemahaman bermula dengan buku bacaan siri 1 buku 6.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Sara dan Sani
2. Hobi
3. Keluarga
4. Kawan
5. Tempat Tinggal
6. Haiwan Peliharaan
7. Makanan Kegemaran
8. Bilik Darjah
9. Guru Sekolah
10. Sekolah

Buku Bacaan Siri 2


- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran pemulihan 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Berkelah
2. Melawat Zoo
3. Balik Kampung
4. Pusat Sumber Sekolah
5. Membeli Belah
6. Hari Sukan
7. Hari Anugerah
8. Perayaan
9. Sambutan Hari Lahir
10. Kerja Amal

Muat Turun (Download) Buku Bacaan


1. Buku Bacaan Siri 1: Buku Bacaan Siri 1
2. Buku Bacaan Siri 2: Buku Bacaan Siri 2
3. Buku Bacaan Siri 1 & Siri 2: Telegram Cikgu Haseni


Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 1

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 11



Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - senarai perkataan

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 10

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 12 - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 11 - senarai perkataan

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung m/surat 12

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 6

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 11

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal - latihan pemahaman

Sumber:
1. Bahagian Pendidikan Khas, KPM

[BBM] Permainan Bahasa Bina Kata Sebagai Aktiviti Intervensi Meningkatkan Kemahiran Mengeja, Membaca & Menulis Perkataan 2 Suku Kata Terbuka Pola KV+KV

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Salah satu aktiviti intervensi bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis (2M), saya telah menjalankan satu aktiviti permainan bahasa iaitu Permainan Bina Kata. Permainan bahasa ini melatih murid menguasai kemahiran menyebut suku kata terbuka pola KV (Konsonan + Vokal) seterusnya membina perkataan tunggal gabungan 2 suku kata terbuka pola KV+KV.

Terdapat 3 kemahiran serentak yang dipelajari murid iaitu kemahiran mengeja, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Permainan Bahasa: Bina Kata


📌Bahan-bahan:


1. Kertas kotak 'recycle' dipotong menjadi kad kecil.
2. Senarai suku kata - KV (vokal a, e, i, o, u)
3. Buku Bina Kata
4. Alat tulis

📌Langkah-Langkah Pengajaran:


1. Murid eja, sebut dan bunyikan suku kata, contoh: ba, bi, bu, bo, be.
2. Murid gunting dan tampal suku kata pada kad.
3. Murid cantum 2 kad membentuk perkataan sama ada berdasarkan perkataan yang disebut guru (imlak), bina sendiri atau berdasarkan gambar.
4. Murid tulis perkataan yang dibina di dalam buku Bina Kata.
5. Murid baca perkataan yang dibina.
6. Ganjaran diberikan kepada murid yang berjaya membina 50 perkataan tanpa kesalahan ejaan.

*Setiap murid membina set BBM Kad Suku Kata mereka sendiri. Saya mempunyai seramai 12 orang murid tahun 2, jadi bahan disediakan untuk 12 orang murid.

📌Muat Turun Bahan Permainan Bina Kata


1. Senarai Suku Kata (PDF): https://bit.ly/3BsO9C1
2. Senarai Suku Kata (Word): https://bit.ly/34QKwd1
3. Buku Bina Kata (PDF): https://bit.ly/3gXaMVO
4. Buku Bina Kata (Word): https://bit.ly/3gUvBB1
5. Senarai Suku Kata & Buku Bina Kata (PDF): Telegram Cikgu Haseni

📌Video Panduan Pengajaran


2. Video @Facebook: https://fb.watch/bfc0meKVZ0/



Senarai Suku Kata

Kad dibuat daripada kertas kotak 'recycle'.

Murid tampal suku kata pada kad.
..
Murid gunting dan tampal suku kata pada kad.


Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.

Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.


Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.


@cikguhaseni #Asas3M #PemulihanKhas #BahasaMelayu #Membaca #Menulis #Membina #imlak #CikguHaseni #CikguHijau #Sabar #KadSukuKata ♬ Rockin - Chris Alan Lee

[KP8 - Vokal A Bahagian 1] Kemahiran Membaca Perkataan & Ayat Melibatkan Perkataan Suku Kata Tertutup KVK | Video PDP & Latihan LIVEWORKSHEEETS

Assalamualaikum/Selamat sejahtera,

Perkongsian kali ini adalah bahan pembelajaran kemahiran pemulihan yang ke-8 iaitu kemahiran membaca perkataan tunggal suku kata tertutup KVK.

1. Video Pengajaran & Pembelajaran


✅ Video PDP: KP8 | Praktis Cepat Membaca KVK Vokal [a] Bahagian 1

✅ Aktiviti PDP:

  • menyebut 6 gambar
  • mengeja 6 perkataan berdasarkan gambar
  • membaca 6 perkataan berdasarkan gambar tanpa perlu mengeja - bas, van, gam, jam, rak, cat
  • membaca perkataan tanpa berdasarkan gambar tanpa perlu mengeja
  • membaca 5 ayat sebagai aktiviti pengayaan.



2. Latihan Sebagai Aktiviti Pengukuhan


✅ Lembaran kerja LIVEWORKSHEETS: PraCeM KVK Vokal a Bahagian 1

✅ Lembaran kerja (pdf/jpg): https://t.me/CikguHaseni

✅ Latihan: 

  • memadankan gambar dengan perkataan yang betul.
  • melengkapkan perkataan dengan huruf yang betul berdasarkan gambar.
  • menulis perkataan berdasarkan gambar.








[KP5 - Vokal A - Bahagian 2] Modul PDP / PDPR Interaktif Praktis Cepat Membaca [PraCeM] Menggunakan LIVEWORKSHEETS

Assalamualaikum/Salam sejahtera.

Bahan PDP/PDPR ini saya pernah kongsikan sebelum ini di [Praktis Cepat Membaca]. Kali ini saya telah membuat sedikit penambahbaikan kepada bahan ini dengan menyediakan bahan ini secara sepenuhnya menggunakan web tool Liveworksheets.com bagi memudahkan guru dan ibu bapa serta murid-murid dan anak-anak.

Murid-murid dan anak-anak hanya perlu klik pada pautan bahan PDP/PDPR yang diberikan dan mengikuti satu sesi pembelajaran secara dalam talian dan juga meminimumkan bukaan paparan windows yang berbeza.





📌Bahan ini sesuai untuk:

  • kanak-kanak 5-6 tahun
  • murid prasekolah
  • murid PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi)
  • murid Program Pemulihan Khas
  • murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca


📌Bahan PDP/PDPR Praktis Cepat Membaca Vokal 'a' Bahagian 2




1. Video pengajaran & pembelajaran (PDP)

  • membunyikan huruf vokal
  • menyebut huruf kecil
  • membunyikan suku kata terbuka KV
  • membaca perkataan 2 suku kata terbuka KV+KV
  • membaca ayat dan petikan mudah KV+KV


2. Latihan secara ansur maju berpandukan video PDP

  • tulis huruf vokal
  • tulis suku kata
  • Suaikan gambar dengan perkataan
  • Pilih perkataan berdasarkan gambar
  • Tulis perkataan berdasarkan gambar





[KP5 - Vokal A - Bahagian 1] Modul PDP / PDPR Interaktif Praktis Cepat Membaca [PraCeM] Menggunakan LIVEWORKSHEETS

Assalamualaikum/Salam sejahtera.

Bahan PDP/PDPR ini saya pernah kongsikan sebelum ini di [Praktis Cepat Membaca]. Kali ini saya telah membuat sedikit penambahbaikan kepada bahan ini dengan menyediakan bahan ini secara sepenuhnya menggunakan web tool Liveworksheets.com bagi memudahkan guru dan ibu bapa serta murid-murid dan anak-anak.

Murid-murid dan anak-anak hanya perlu klik pada pautan bahan PDP/PDPR ini dan mengikuti satu sesi pembelajaran secara dalam talian dan tidak perlu lagi akses kepada paparan windows yang berbeza.




📌 Bahan ini sesuai untuk:


  • kanak-kanak 5-6 tahun
  • murid prasekolah
  • murid PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi)
  • murid Program Pemulihan Khas
  • murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca


📌 Bahan PDP/PDPR Praktis Cepat Membaca Vokal 'a' Bahagian 1




1. Video pengajaran & pembelajaran (PDP)

  • membunyikan huruf vokal
  • menyebut huruf kecil
  • membunyikan suku kata terbuka KV
  • membaca perkataan 2 suku kata terbuka KV+KV
  • membaca ayat dan petikan mudah KV+KV


2. Latihan secara ansur maju berpandukan video PDP

  • tulis huruf vokal
  • tulis suku kata
  • Suaikan gambar dengan perkataan
  • Pilih perkataan berdasarkan gambar
  • Tulis perkataan berdasarkan gambar









[KP28] Kemahiran Membaca Perkataan, Frasa & Ayat Melibatkan Perkataan 3 Suku Kata KV+KVKK+KVK | Video PDP & Latihan LIVEWORKSHEEETS

Salam semua,

Bahan pembelajaran kemahiran membaca perkataan 3 suku kata ini terdiri daripada:

1. Video Pengajaran & Pembelajaran

  • Pautan (Youtube): https://youtu.be/lt8zn2MUUSg
  • membaca 6 perkataan, contohnya seperti belangkas, gelongsor dan perangkap.
  • membaca 4 frasa, contohnya seperti telur belangkas, papan gelongsor dan perangkap tikus.
  • membaca 3 ayat sebagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan.

 


2. Latihan Secara Dalam Talian (online) 

  • latihan - memadankan gambar dengan perkataan dan frasa yang betul.
  • latihan - memilih perkataan dan frasa yang betul berdasarkan gambar.





[Infografik] Pembukaan Sekolah, Institusi Pendidikan KPM Mengikut Negeri Berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) Bermula 3 Oktober 2021

Salam semua.

Infografik pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM mengikut negeri berdasarkan fasa Pelan Pemulihan Negara.

Maksud Istilah (Terms):

  • KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
  • MBK - Murid Berkeperluan Khas
  • SMKPK - Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • SMPKV - Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
  • SKPK - Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
  • PPKI - Program Pendidikan Khas Integrasi 
  • PDPR -  Pengajaran & Pembelajaran Di Rumah
  • PPN - Pelan Pemulihan Negara
  • MKN - Majlis Keselamatan Negara
  • Tahap 1 - sekolah rendah darjah/tahun 1, 2 dan 3
  • Tahap 2 - sekolah rendah darjah/tahun 4, 5 dan 6
  • Prasekolah - kanak-kanak umur 5-6 tahun bersekolah di prasekolah KPM sebelum memasuki tahun 1.