Tajaan Sambung Belajar Program HLP/CBBP TB/HLPS Peringkat Ijazah Sarjana & Kedoktoran (Master, PhD, EdD) Untuk Guru KPM Ambilan Tahun 2023

Setiap tahun KPM akan membuka permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Master, PhD, EdD) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Bagi pengambilan tahun 2023, hebahan permohonan telah dibuat di laman web KPM. 

Terdapat sedikit perbezaan berbanding pengambilan tahun 2022 iaitu tiada program CBBP TB (Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa) ditawarkan pada tahun saya memohon iaitu tahun 2021. Pada tahun 2021, hanya HLP dan HLPS ditawarkan, namun alhamdulillah rezeki telah ditakdirkan untuk saya yang pertama kali memohon kerana saya ditawarkan HLP iaitu cuti belajar bergaji penuh dan dengan biasiswa.


Pada hemat saya, ini bermaksud berkemungkinan lebih banyak kouta pengambilan akan dibuka kerana adanya program CBBP TB (Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa) ditawarkan.

Kawan-kawan semua, ayuh sambut segala peluang yang ada yang disediakan untuk mempertingkatkan diri, keluar dari zon selesa dan kebiasaan harian, mencabar diri dan mungkin atas apa sahaja matlamat yang kita sendiri sahaja yang tahu dan faham.

Saya kongsikan di sini beberapa maklumat penting sebagai persediaan awal kepada para guru yang berminat ingin memohon.

1. Jenis Program Penajaan


a) HLP: Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP DB)

- cuti belajar sepenuh masa (full time)
- dikenali juga sebagai cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa
- cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
- ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun sara hidup (duit poket tambahan sebagai student), elaun buku, elaun tesis, elaun alat perkakas dan beberapa lagi elaun


b) CBBP TB: Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

- cuti belajar sepenuh masa (full time)
- cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
- tiada biasiswa 


c) HLPS: Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan

- tiada cuti belajar - bekerja seperti biasa
- ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun buku, elaun tesis


Kemudahan yang ditawarkan melalui HLP dan HLPS

Kouta pengambilan tahun 2022

2. Tempoh Penawaran


Buka: 23 Disember 2022, Jumaat, 3 petang
Tutup: 20 Januari 2023, Jumaat, 5 petang

3. Peringakat Pengajian (berdasarkan permohonan 2022)


a) Ijazah Sarjana (Master)
b) Ijazah Kedoktoran (PhD dan EdD)

4. Syarat Had Umur (berdasarkan permohonan 2022)


a) Ijazah Sarjana - tidak melebihi 50 tahun
b) Ijazah Kedoktoran - tidak melebihi 45 tahun

5. Syarat-Syarat Lain (berdasarkan permohonan 2022)


  • Tempoh perkhidmatan - sekurang-kurangnya 3 tahun
  • Jawatan - tetap, telah disahkan perkhidmatan
  • Purata Markah PBPPP - 85% dan ke atas tiga tahun berturut-turut
  • Status kesihatan - tiada penyakit kronik

6. Cara Memohon


Permohonan dibuat secara online melalui laman web e-Penawaran mulai tarikh tawaran dibuka iaitu pada 23 Disember 2022, jam 3 petang hari Jumaat sehingga 21 Januari 2023. 


7. Persiapan Awal & Tips


a) Sinopsis cadangan penyelidikan - tajuk kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian

b) Bidang yang dipohon - mengikut opsyen guru yang bersesuaian

c) Sumbangan kepada perkhidmatan 3 tahun terkini - peringkat daerah/ kebangsaan/ antarabangsa

d) Penulisan/ Penerbitan 3 tahun terkini 
  • artikel, artikel jurnal, prosiding, buku, kajian tindakan, kajian ilmiah

e) Sokongan PGB (Pengetua/Guru Besar)


Sumber:

1. KPM: HLP KPM
2. Laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

Modul Praktis Cepat Membaca (PraCeM) Vokal A Dikemaskini April 2022

Salam PRU-15.

Modul Praktis Cepat Membaca (PraCeM) merupakan bahan PdP yang saya gunakan sepenuhnya sewaktu PdPR dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021. Ia merupakan 16 siri video pembelajaran dan latihan secara online Liveworksheets bagi kemahiran membaca bagi kemahiran 1 hingga 5 dalam kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas. 


Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB). Kaedah ini dimulakan dengan murid belajar mengenal SATU huruf vokal sahaja terlebih dahulu, kemudian murid akan mengeja dan membunyikan suku kata, kemahiran mengeja diperlukan supaya murid dapat mengenal dan mengecam huruf-huruf yang dipelajari. Seterusnya murid akan membaca perkataan tanpa lagi perlu mengeja. Kemudian, sebagai aktiviti pengayaan dan pengukuhan, murid akan membaca rangkai kata dan ayat dalam petikan yang mudah. 

Modul PraCeM Vokal A yang dikongsikan ini adalah modul susulan selepas PdP berasaskan 16 video Praktis Cepat Membaca (PraCeM)  bersesuaian dengan pelaksanaan PdP secara bersemuka pada tahun 2022. Trial and error akan sentiasa berlaku dalam proses membina bahan bantu belajar yang berkesan untuk diaplikasi kepada murid khususnya murid pemulihan yang memerlukan lebih banyak bimbingan secara individu.

Muat Turun / Download Modul Format PDF





























Pertandingan Kuiz Peribahasa Secara Online Anjuran PADU, KPM

Tinggal 5 hari sahaja lagi!

Aktiviti yang menarik untuk murid sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2022.
 
Selain dapat hadiah jika menang, boleh dapat lencana (virtual badge) dan e-sijil kepada semua peserta.

Selamat mencuba!



































 

Pangkalan Data & Laman Web (Database & Website) Untuk Carian Artikel Jurnal dan Tesis Sebagai Sumber Rujukan Penulisan Akademik/Ilmiah

Assalamualaikum  dan selamat sejahtera.

Sudah agak lama saya tidak menulis di sini memandangkan agak kesibukan (sedikit sahaja, selebihnya buat-buat sibuk) dengan pengajian peringkat sarjana sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Setelah menjadi pelajar pascasiswazah dalam beberapa minggu ini dengan mod pengajian secara kerja kursus (Mod C - coursework), barulah diketahui kaedah penilaian pengajian lebih kepada penilaian tugasan (assignment) yang diberikan pensyarah sepenuhnya dan tiada peperiksaan akhir. Untuk satu paper sahaja, paling kurang ada 3 hingga 5 tugasan yang sudah semestinya berbentuk penulisan ilmiah atau akademik yang memerlukan sumber rujukan (citation). Setiap semester, pelajar diwajibkan mengambil sekurang-kurangnya 3 paper dan maksimum 5 paper

Memang mak kau hijau dibuatnya!

Sumber rujukan dalam penulisan akademik pula perlu sumber yang diiktiraf yang merujuk kepada kajian-kajian lepas yang telah dijalankan dan diterbitkan di dalam jurnal yang berindeks. Sumber rujukan boleh dalam bentuk artikel jurnal, kertas prosiding, buku dan juga tesis pelajar. Justeru, kemahiran mencari sumber rujukan sangatlah penting apatah lagi apabila kerja-kerja penulisan akademik melibatkan kertas projek penyelidikan dan tesis dibuat.

Untuk semak kesahihan sesuatu penerbitan artikel jurnal, kertas prosiding, buku, tesis yang diterbitkan di Malaysia samada ia diiktiraf oleh KPT, kita boleh semak menggunakan pangkalan data MyCite (Malaysian Citation Index - analyses and provide citation data) dan MyJurnal (Journal Management System) iaitu database yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Di sini saya kongsikan senarai laman web dan pangkalan data yang menyediakan bahan rujukan artikel jurnal, kertas persidangan, kertas prosiding dan tesis secara online, kebanyakannya adalah open access untuk public dan percuma.

LAMAN WEB JURNAL ONLINE

1. e-REP UKM (UKM Repository): UKM E-Rep

2. UKM journal artikel: UKM Journal

3. E-journal UM: UM Journal

4. IIUM journal publication: IIUM Journal

5. IIUM Repository: IIUM Repository

6. UiTM journal: E-Resources: E-Journal

7. UPM journal: http://www.pertanika.upm.edu.my/

8. UPM Repository: UPM Repository

9. UTM Journal: http://penerbit.utm.my/

10. UTM Repository: UTM Repositori

11. Journal of UniSZA: https://journal.unisza.edu.my/

12. UNiSZA Repository: UNiSZa Repository

13. UUM e-journal: http://e-journal.uum.edu.my/

14. UUM Repository: UUM Repository

15. UMS e-Journal: UMS Repository

16. UTP e-Journal: UTP Library

17. UMP e-Journal: UMP Repository

18. UniKL E-Journal: UniKL Publications

19. UNIMAS e-Journal: UNIMAS Repository

20. UNISEL e-Journal: UNISEL Journal

21. UPSI e-journal: eJournal UPSI

22. UPSI Repository: UPSI Repository

23. IPG e-Journal: IPGM - Sumber Dalam Talian

24. UMT Repository: UMT Repository

25. UMK e-Journal: Journal UMK

26. UMK Repository: UMK Repository

27. USIM e-journal: USIM Journals

28. USIM Repository: USIM Repository

29. USM e-journal: Repository USM

30. UniMAP e-Journal: UniMAP Repository

31. KUIS e-Journal: Jurnal KUIS

32. UNITAR e-Journal: UNITAR Jurnal

33. UTHM e-Journal: UTHM Library

34. UTeM Repository: UTeM Repository

35. UNITEN e-Journal: Journals@UNITEN

36. OUM Repository: OUM Repository

37. Institut Aminuddin Baki Repository: IAB Repository

38. MyJurnal: MyJurnal

39. Google Scholar: Google Scholar

40. Jstor: https://www.jstor.org/

41. Scopus: SCOPUS


TESIS ONLINE

1. Malaysian Thesis Online: Malaysian Theses Online


PANGKALAN DATA ONLINE PERCUMA

1. Dimensions.ai: Dimensions

2. DOAJ: DOAJ - Directory of Open Access Journal

3. PubMed: PubMed - National Library of Medicine

4. ERIC: Education Resources Information Centre

5. EconBiz: EconBiz

6. Proquest: ProQuest

7. OATD: Open Access Theses & Dissertations

8. MyCite: MyCite - Malaysian Citation Index


[KP5] Latihan Perkataan KV+KV Vokal [a] (Kemaskini April 2022)

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Lembaran kerja latihan perkataan KV+KV Vokal [a] dikemaskini April 2022 menggunakan pendekatan kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) iaitu pengajaran membaca dan menulis dimulakan dengan memperkenalkan hanya satu huruf vokal iaitu vokal [a] terlebih dahulu.

Satu huruf konsonan [K] digabungkan dengan huruf vokal [V]  membentuk suku kata KV.

Contoh pengajaran:

Langkah 1

  • b+a = ba
  • c+a = ca

Langkah 2

Dua suku kata KV digabungkan/dicantumkan membentuk satu perkataan pola KV+KV.

  • ba+ca = baca

Dalam Program Pemulihan Khas, perkataan KV+KV adalah kemahiran ke-5 daripada 32 kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Muat Turun Bahan (PDF / PNG)


1. Latihan melengkapkan suku kata KV awalan: https://bit.ly/3xHDvrf
2. Latihan melengkapkan suku kata KV akhiran: https://bit.ly/3xHDvrf
3. Latihan menulis perkataan berdasarkan gambar_ada pilihan jawapan: https://bit.ly/3xHDvrf
4. Latihan menulis perkataan berdasarkan gambar_tiada pilihan jawapan: https://bit.ly/3xHDvrf

*Muat turun format PDF (TELEGRAM): https://t.me/CikguHaseni











[KP5] Modul SeBaTu KV+KV - Praktis Cepat Membaca & Menulis Siri 4 (Buku Cerita) Edisi Kemaskini Januari 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 4 (Buku Cerita) yang telah dikemaskini Januari 2022. Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuh dan mempercepat penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis seseorang murid.

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 2.1 Asas membaca dan memahami
Standard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Menulis Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu


Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)

Sasaran Murid


Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara berkesan, seseorang murid itu telah menguasai sebahagian kemahiran berikut:

1. Huruf vokal
2. Huruf kecil
3. Suku kata KV seperti membunyikan suku kata 'ba, cu, ki, lo'.

Kaedah / Teknik Pengajaran


Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:

Pusingan 1:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 4(a) 
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 

Pusingan 2:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 4(b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 4


Muat turun Bahan PDP


1. Format PNG/JPG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG/JPG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.

Muat turun Bahan Modul SeBaTu KP5


1. Modul SeBaTu KV+KV Siri 1 (Bola Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

2. Modul SeBaTu KV+KV Siri 2 (Baju Baru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

3. Modul SeBaTu KV+KV Siri 3 (Dadu Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

4. Modul SeBaTu KV+KV Siri 4 (Buku Cerita): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

Panduan & Contoh Pengajaran Menggunakan Modul


1. Video di Youtube: https://youtu.be/q6PdaWopgOE

2. Video di TikTok: 









Tarikh Buka Sekolah Penggal 1, SOP & Pengoperasian Sekolah Sesi Persekolahan 2022/2023

Salam sejahtera.

Pada 5 Mac 2022, kenyataan media KPM memaklumkan tentang tarikh mula buka sekolah, operasi pembukaan sekolah dan SOP bagi persekolahan penggal 1 sesi 2022/2023.

















Tarikh Buka Sekolah


📌Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 Mac 2022

MURID SEKOLAH RENDAH


📌Murid sekolah rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3, 4 dan 5. 
📌Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka
📌Murid sekolah rendah yang kurang 600 orang murid hadir ke sekolah secara bersemuka
📌10% murid sekolah rendah perlu jalani ujian saringan kendiri di rumah

MURID SEKOLAH MENENGAH


📌Semua murid sekolah menengah akan PdPR kecuali sekolah berasrama penuh bermula 21 Mac hingga 3 April 2022

📌Bermula 4 April 2022, semua murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah secara bersemuka


MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH


📌Sekolah Berasrama Penuh akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 untuk murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara.

📌Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah.


KOLEJ VOKASIONAL


📌Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran


KOLEJ MATRIKULASI/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU


📌Semua murid akan hadir tanpa penggiliran


Sumber: KPM

Koleksi Instrumen / Soalan Saringan LINUS (Program Saringan Literasi & Numerasi) Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris 2010-2018

Salam sejahtera.

Program LINUS (Saringan Literasi & Numerasi) yang diperkenalkan pada tahun 2010 telah dimansuhkan pada tahun 2019 selepas hampir 10 tahun dilaksanakan di sekolah rendah bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. 

Pada Mac 2020 program PLaN (Program Literasi & Numerasi Sekolah Rendah) diperkenalkan dan dilaksanakan secara rintis di sekolah-sekolah yang terpilih.

Walaupun program LINUS telah dimansuhkan namun bahan-bahan seperti Modul LINUS dan instrumen atau soalan saringan LINUS masih relevan dan masih boleh digunakan oleh guru dan juga ibu bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran.

Di sini saya kongsikan koleksi instrumen atau soalan saringan LINUS yang saya kumpulkan bermula tahun 2010 sehingga 2018. Koleksi ini bukanlan koleksi yang lengkap namun diharap dengan perkongsian ini ia dapat membantu guru dan ibu bapa yang memerlukan bahan sokongan pembelajaran sebagai latihan kepada anak murid atau anak masing-masing.

Instrumen saringan LINUS Literasi Bahasa Melayu (LBM) dan Numerasi tahun 2018 pula boleh digunakan Guru Pemulihan Khas untuk mentaksir tahap penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) murid tahun 2 dan tahun 3 di sekolah.

Instrumen Saringan Literasi Bahasa Melayu (LBM)

1. LBM 2011: LBM 2011

2. LBM 2013: LBM 2013

3. LBM 2014: LBM 2014

4. LBM 2015: LBM 2015

5. LBM 2016: LBM 2016

6. LBM 2018: LBM 2018


Instrumen Saringan Literasi Bahasa Inggeris (LBI)


1. LBI 2014: LBI 2014

2. LBI 2015: LBI 2015

3. LBI 2016: LBI 2016

4. LBI 2018: LBI 2018


Instrumen Saringan Numerasi (Matematik)


1. NUMERASI 2010: LINUS Numerasi 2010

2. NUMERASI 2013: LINUS Numerasi 2013

3. NUMERASI 2014: LINUS Numerasi 2014

4. NUMERASI 2015: LINUS Numerasi 2015

5. NUMERASI 2016: LINUS Numerasi 2016

6. NUMERASI 2018: LINUS Numerasi 2018

Sumber:

1. https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/11/503726/program-linus-dihentikan-mulai-2019

2. https://www.moe.gov.my/en/special-education/program-pemulihan-khas/pengenalan