[BBM] Permainan Bahasa Bina Kata Sebagai Aktiviti Intervensi Meningkatkan Kemahiran Mengeja, Membaca & Menulis Perkataan 2 Suku Kata Terbuka Pola KV+KV

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Salah satu aktiviti intervensi bagi meningkatkan kemahiran membaca dan menulis (2M), saya telah menjalankan satu aktiviti permainan bahasa iaitu Permainan Bina Kata. Permainan bahasa ini melatih murid menguasai kemahiran menyebut suku kata terbuka pola KV (Konsonan + Vokal) seterusnya membina perkataan tunggal gabungan 2 suku kata terbuka pola KV+KV.

Terdapat 3 kemahiran serentak yang dipelajari murid iaitu kemahiran mengeja, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Permainan Bahasa: Bina Kata


๐Ÿ“ŒBahan-bahan:


1. Kertas kotak 'recycle' dipotong menjadi kad kecil.
2. Senarai suku kata - KV (vokal a, e, i, o, u)
3. Buku Bina Kata
4. Alat tulis

๐Ÿ“ŒLangkah-Langkah Pengajaran:


1. Murid eja, sebut dan bunyikan suku kata, contoh: ba, bi, bu, bo, be.
2. Murid gunting dan tampal suku kata pada kad.
3. Murid cantum 2 kad membentuk perkataan sama ada berdasarkan perkataan yang disebut guru (imlak), bina sendiri atau berdasarkan gambar.
4. Murid tulis perkataan yang dibina di dalam buku Bina Kata.
5. Murid baca perkataan yang dibina.
6. Ganjaran diberikan kepada murid yang berjaya membina 50 perkataan tanpa kesalahan ejaan.

*Setiap murid membina set BBM Kad Suku Kata mereka sendiri. Saya mempunyai seramai 12 orang murid tahun 2, jadi bahan disediakan untuk 12 orang murid.

๐Ÿ“ŒMuat Turun Bahan Permainan Bina Kata


1. Senarai Suku Kata (PDF): https://bit.ly/3BsO9C1
2. Senarai Suku Kata (Word): https://bit.ly/34QKwd1
3. Buku Bina Kata (PDF): https://bit.ly/3gXaMVO
4. Buku Bina Kata (Word): https://bit.ly/3gUvBB1
5. Senarai Suku Kata & Buku Bina Kata (PDF): Telegram Cikgu Haseni

๐Ÿ“ŒVideo Panduan Pengajaran


2. Video @Facebook: https://fb.watch/bfc0meKVZ0/



Senarai Suku Kata

Kad dibuat daripada kertas kotak 'recycle'.

Murid tampal suku kata pada kad.
..
Murid gunting dan tampal suku kata pada kad.


Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.

Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.


Murid menulis perkataan yang dibina di dalam Buku Bina Kata.


@cikguhaseni #Asas3M #PemulihanKhas #BahasaMelayu #Membaca #Menulis #Membina #imlak #CikguHaseni #CikguHijau #Sabar #KadSukuKata ♬ Rockin - Chris Alan Lee

SOP Pemeriksaan Suhu Badan Di Sekolah Dimansuhkan Mulai 11 Februari 2022



Susulan pengumuman Prosedur Operasi Standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod daftar masuk ke premis dimansuhkan bermula hari ini, Jumaat 11 Februari 2022 oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, maka mulai 11 Februari 2022, KPM memaklumkan bahawa pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan bawah KPM adalah juga dimansuhkan (tidak diwajibkan). 

Walau bagaimanapun, semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki sekolah dan juga premis institusi pendidikan bawah KPM.






Sumber rujukan:

[KP5] Modul SeBaTu KV+KV - Praktis Cepat Membaca & Menulis Siri 3 (Dadu Biru) Edisi Kemaskini Januari 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

BBM (Bahan bantu mengajar) yang saya kongsikan ini merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modul bagi kemahiran membaca dan menulis perkataan tunggal yang terbina daripada dua suku kata terbuka iaitu pola KV+KV. Modul ini terdiri daripada 12 siri yang saya gunakan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas. 

Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 3 (Dadu Biru) yang telah dikemaskini sehingga Januari 2022 setelah melalui beberapa penambahbaikan.

Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuhkan dan mempercepatkan penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis yang perlu dikuasai oleh setiap murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2.

Berdasarkan pengalaman saya lebih 10 tahun sebagai guru, ramai murid boleh membaca dengan baik dan lancar tetapi belum menguasai kemahiran menulis dengan baik. Paling asas seseorang murid sekurang-kurangnya boleh membina dan menulis ayat tunggal yang mudah.

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu

Standard kandungan (SK): 2.1 Asas membaca dan memahami
Standard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Menulis Bahasa Melayu

Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu

Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)

Sasaran Murid: Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara efektif, murid telah menguasai sebahagian kemahiran huruf vokal, mengenal huruf-huruf kecil dan telah menguasai sebahagian kemahiran membunyikan suku kata KV seperti ba, bu, bi, bo.

Kaedah / Teknik Pengajaran

Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 3 (a) dan Baca 3 (b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 dan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 dan 4


Muat turun Bahan PDP

1. Format PNG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.
4. Modul SeBaTu KV+KV Siri 1 (Bola Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html
5. Modul SeBaTu KV+KV Siri 2 (Baju Baru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html
6. Modul SeBaTu KV+KV Siri 3 (Dadu Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

Panduan & Contoh Pengajaran Menggunakan Modul

1. Video di Youtube: https://youtu.be/q6PdaWopgOE
2. Video di TikTok: