Aktiviti LARI & TULIS (Running Dictation) |
Salam semua.
Untuk meningkatkan kemahiran mengeja murid-murid pemulihan, antara aktiviti yang sering saya jalankan adalah menulis imlak perkataan dan ayat.
Untuk meningkatkan kemahiran mengeja murid-murid pemulihan, antara aktiviti yang sering saya jalankan adalah menulis imlak perkataan dan ayat.
Saya akan sebut perkataan dan ayat, kemudian murid akan menulis imlak di papan putih, kertas kosong, 'sticky notes', buku poket atau buku latihan.
Saya akan jalankan aktiviti ini dalam kumpulan kecil atau berpasangan dalam bentuk permainan, pertandingan antara kumpulan yang juga merupakan sebahagian aktiviti didik hibur selain dapat memupuk budaya bersaing secara sihat.
Selepas itu saya akan adakan kuiz ejaan secara individu.
Murid seronok belajar dan lebih mudah mengingat ejaan perkataan yang dipelajari.
Contoh aktiviti mengimlak perkataan yang disebut rakan. |
Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan imlak sebagai perbuatan menyebut perkataan (ayat dan lain-lain) supaya ditulis oleh orang lain atau sesuatu yang dikatakan atau dibaca supaya ditulis oleh orang lain.
Makna yang setara dengan imlak dalam Bahasa Inggeris adalah dictation.
Aktiviti mengimlak akan lebih berkesan jika ia dijalankan secara berpusatkan murid iaitu murid adalah pengimlak (Dictator).
Aktiviti mengimlak ini berkesan kerana beberapa sebab iaitu:
- Boleh dilakukan untuk semua tahap penguasaan murid, bergantung kepada teks yang digunakan. Murid boleh mengimlak perkataan, frasa, ayat atau pun petikan cerita.
- Boleh dipelbagaikan aras untuk kelas yang mempunyai murid pelbagai aras kecerdasan. Contohnya, murid lemah diberikan kertas yang mengandungi separuh jawapan (isi tempat kosong) manakala murid normal diberikan kertas kosong.
- Persiapan bahan yang sedikit.
- Boleh meningkatkan 4 kemahiran secara serentak iaitu membaca, mendengar, mengeja dan menulis.
Cadangan Aktiviti Mengimlak (Berpusatkan Murid)
Aktiviti 1
Sediakan teks ayat yang telah dipotong dan beri satu baris kepada setiap murid. Mereka perlu bergilir-gilir mengimlak ayat sementara murid yang lain mendengar dan menulisnya ke dalam buku atau kertas. Kemudian berikan murid teks penuh untuk dibandingkan dengan jawapan mereka.
Aktiviti 2
Bahagikan kelas kepada pasangan. Murid memilih ‘runner’ dan ‘writer’. Tampal teks yang hendak diimlak ke dinding kelas. ‘Runner’ perlu pergi kepada teks dan menghafal baris pertama kemudian kembali kepada pasangan atau pun ‘writer’. ‘Runner’ pergi kepada teks dan berpatah balik kepada pasangan sehinggalah semua teks telah diimlak. Peranan ‘runner’ dan ‘writer’ boleh ditukar apabila separuh teks telah diimlak. Teks yang telah selesai diimlak kemudian disemak berpandukan teks penuh. Aktiviti ini sebaiknya menggunakan teks pendek sahaja.
Aktiviti 3
Guru menjadi pengimlak tetapi murid dibenarkan mengawal kelajuan perkataan atau ayat yang disebut guru. Guru juga perlu melakukan pengulangan beberapa kali. Dalam aktiviti ini guru berlakon sebagai ‘tape recorder’. Murid boleh ‘Stop’, ‘Rewind’, ‘Play’, ‘Decrease speed’ dan sebagainya.
Contoh teks imlak untuk murid lemah atau pemulihan |
Running Dictation - murid bersedia bersama pasangan masing-masing. Masa diberikan tidak melebihi 5 minit. (Sumber: google) |
Sumber:
1. Pusat Rujukan Persuratan Melayu: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=imlak
http://mw1.merriam-webster.com/dictionary/dictation