Pelanjutan Tarikh Tutup Permohonan HLP/HLPS/CBBP TB Ambilan 2024 KPM

Tarikh tutup permohonan HLP/HLPS/CBBP TB dilanjutkan daripada 18 Januari kepada 21 Januari 2024 iaitu sehingga esok, Ahad jam 5 petang. 

Selamat maju jaya kepada guru-guru yang memohon kali ini. 

Jangan berputus asa untuk menghantar permohonan walaupun pelbagai masalah teknikal dihadapi.

All the best!


"PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP), CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) DAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) AMBILAN TAHUN 2024" - KPM



 Sumber:

Penulisan Akademik: Teori Dan Amalan (Edisi Kedua) oleh Prof. Zamri Mahamod [Buku]

Pentingnya mempunyai ilmu asas tentang penulisan kerana jika seseorang tidak mempunyai ilmu asas menulis yang baik, mereka tidak akan dapat menulis dengan baik. Menulis juga memerlukan seseorang itu berkonsentrasi sepenuhnya pada apa yang ditulis, mesej yang ingin disampaikan, dan keperluan pembaca. Sangat sukar untuk menulis sesuatu, sama ada karya akademik atau kreatif, jika seseorang itu tidak mempunyai minat dan keinginan untuk menulis.

Oleh itu, buku ini sangat sesuai untuk pelajar, mahasiswa atau siswazah kerana buku ini ditulis untuk membantu pelajar dalam penulisan akademik yang berkualiti mengikut bidang masing-masing. Buku ini mengandungi 17 bab, masing-masing disusun mengikut urutan tertentu. Setiap bab adalah saling berkaitan, yang membantu pelajar menulis dengan baik.

๐Ÿ“š Penulisan Akademik: Teori dan Amalan (Edisi Kedua)
✅ Ditulis oleh Prof. Zamri Mahamod
✅ Penerbit UKM 2022 / 394 muka surat
✅ Kulit lembut, saiz lebih besar sedikit dari buku biasa
๐Ÿง Beli di sini: https://shope.ee/30OuHn3hZE (RM55.25)
๐Ÿง Beli di sini: https://shope.ee/5V6GYwn8bO (RM52)
๐Ÿง Beli di sini: https://shope.ee/5ATQAR7yvC (RM65)
๐Ÿง Beli di sini: https://shope.ee/9zYfvNEuCU (RM55.25)
๐Ÿง Beli di sini: https://shope.ee/5ATQAR7yvC (RM65)

Kandungan Buku: 


๐Ÿ”นBab 1 - 4: Pengenalan tentang penulisan akademik

๐Ÿ”นBab 5 - 15: Kemahiran yang perlu dikuasai dalam penulisan akademik atau tugasan ilmiah, kesalahan bahasa, plagiarisme

๐Ÿ”นBab 16 & 17: Panduan menganalisis secara kritis artikel jurnal atau prosiding dan penulisan kertas konsep

๐Ÿ“ŒSemua contoh dalam buku ini adalah contoh sebenar yang boleh dijadikan asas kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan satu penulisan akademik yang baik.

๐Ÿ“ŒBuku ini sesuai digunakan oleh pelajar sarjana muda, sarjana, doktor falsafah, pensyarah yang mengajar asas penulisan akademik di universiti awam, universiti swasta dan juga IPG.




Kandungan bab 1-14

Kandungan bab 15-17

Penghujahan akademik dan penulisan ilmiah

Plagiarisme



Program Intervensi Awal atau Early Intervention Programme (EIP) Percuma oleh Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Di negara kita Malaysia, hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan intervensi awal dilindungi oleh peruntukan perundangan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)(Bahagian Pendidikan Khas, 2008). Perkhidmatan program intervensi awal disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari peringkat umur 3 tahun untuk semua kategori ketidakupayaan di semua hospital dan Pusat Kesihatan Daerah yang menawarkan jenis intervensi perubatan dan klinikal. 

Pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan Program Prasekolah Pendidikan Khas bagi ketiga-tiga kategori ketidakupayaan iaitu ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pembelajaran mulai tahun 2003.

Di peringkat KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menyediakan perkhidmatan intervensi awal dari umur lahir hingga dewasa dengan menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat-pusat jagaan khusus untuk semua kategori ketidakupayaan yang menawarkan jenis intervensi sosial dan pendidikan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO)(Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2007).

Dalam  Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU , 2008), telah termaktub kepentingan pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya atau komorbiditi dengan melaksanakan pengesanan awal dan intervensi awal. Justeru, selaras dengan akta tersebut, guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dengan mengambil tindakan awal. Antara tindakan awal adalah dengan merujuk kepada pakar atau pengamal perubatan apabila ketidakupayaan dikesan.

Program Intervensi Awal Kanak-kanak atau Early Intervention Programme (EIP) merupakan program yang dikhususkan kepada kanak-kanak bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan yang telah dikenal pasti mengalami kelewatan perkembangan (development delay) atau ketidakupayaan dalam perkembangan kanak-kanak. Pelbagai bentuk pendidikan dan terapi, seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy disediakan dalam program ini untuk membantu kanak-kanak istimewa ini beradaptasi dalam masyarakat tanpa rasa tersisih dengan kebolehan dan potensi mereka.

Development delay atau kelewatan perkembangan bermaksud kelewatan dalam pergerakan, percakapan dan kurang bermain berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Secara kebiasaanya, kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan akan mempunyai pergerakan yang perlahan atau bergerak secara berbeza dengan kanak-kanak tipikal yang lain. Kelewatan perkembangan ini melibatkan otot badan yang besar yang mengawal pergerakan tangan dan kaki.

Oleh sebab itu, Program Intervensi Awal sangat diperlukan dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Melalui EIP, ahli terapi dapat membantu ahli keluarga dalam perkembangan bayi  dan kanak-kanak dari segi perkembangan diri dan aktiviti harian. EIP perlu dilaksanakan dengan seawal yang mungkin supaya dapat meningkatkan kualiti hidup bayi dan kanak-kanak selain dapat mengurangkan beban ahli keluarga.

Menurut Profesor Madya Dr. Hasnah Toran, pensyarah kanan di UKM yang juga merupakan pakar dalam bidang intervensi awal, autisme dan Pendidikan Khas, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pelbagai terapi yang perlu dimulakan seawal mungkin kerana kajian telah membuktikan bahawa lebih awal terapi dimulakan, ia akan lebih berkesan. Terapi-terapi yang diterima diperingkat awal usia inilah yang dikenali sebagai intervensi awal. 

Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak mencapai usia formal persekolahan iaitu tujuh tahun baru mula mendidik anak-anak kerana sebaik-baiknya intervensi dimulakan seawal mungkin supaya anak berada di dalam keadaan yang lebih baik apabila mula memasuki alam persekolahan. Impak positif intervensi awal bukanlah hanya kepada anak berkeperluan khas kerana intervensi awal juga didedahkan kepada ibu bapa dalam bentuk maklumat, latihan, bengkel, konsultansi serta kaunseling. Tujuan perkhidmatan intervensi awal disalurkan kepada ibu bapa adalah untuk memperkasakan mereka sehingga mereka mampu menjadi advokat yang terbaik dalam mendapatkan pendidikan serta sokongan untuk anak dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk membantu mereka.

Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 


Di negeri Selangor, Program Bantuan Anak Istimewa Selangor dalam singkatan ANIS telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018.

✅Maklumat lanjut mengenai Program Intervensi Awal ANIS boleh dirujuk di laman web ANIS di sini: https://www.anisselangor.com/

✅Untuk dapatkan lebih pengetahuan dan panduan tentang autisme, boleh beli buku ini (Autisme: Panduan Ibu Bapa): https://bit.ly/3tUUEy7


Tujuan ANIS

Maklumat Program Intervensi Awal ANIS

Syarat permohonan dan dokumen yang diperlukan


Sumber:

Tajaan Penuh Pengajian Pra Diploma UiTM | Peluang Belajar Secara Percuma Untuk Pelajar B40

Peluang belajar secara percuma?

Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM membuka peluang kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan dalam kategori B40 belajar secara percuma. Hal ini kerana UiTM menawarkan tajaan penuh pengajian peringkat Pra Diploma UiTM khas untuk pelajar kategori B40.

✅ Yuran Pengajian PERCUMA
✅ Yuran Kolej Penginapan PERCUMA
✅ ELAUN SARA HIDUP diberikan
✅ Penerapan ke Program Diploma UiTM, Lulus Naik Taraf (LNT) dengan minimum CGPA 2.00

Terbuka kepada lepasan SPM 2022, 2021, 2020, 2019, 2018 & 2017 dengan syarat minimum 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu serta lulus Matematik, Sejarah & Bahasa Inggeris.

!!  Permohonan kemasukan Sesi Mac 2024 masih dibuka !! 

!!  Sehingga 30 Januari 2024 !! 



Program yang Ditawarkan:


๐Ÿ”น Pra Diploma Perdagangan (BA002|BA003)
๐Ÿ”น Pra Diploma Sains (AS007|AS008)
๐Ÿ”น Pra Diploma Sains (Aliran STEM C & Sastera) (AS002|AS003)
๐Ÿ”น Pra Diploma Agroteknologi (AT001|AT002)
๐Ÿ”น Pra Diploma Pengajian Islam (IC001|IC002)


Kit Promosi Program Pra Diploma Mac 2024: 

Panduan Program Pra Diploma UiTM: 


๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ: YAYASAN SIME DARBY


Kit Promosi Pra Diploma UiTM

Laman Web Panduan Permohonan Pra Diploma UiTM


Sumber: 





Kalendar Januari 2024 - Februari 2025 Mengikut Takwim Akademik KPM

Kalendar bermula Januari 2024 sehingga Februari 2025 ini yang dikongsikan oleh Cikgu Share adalah kalendar yang komprehensif yang dapat membantu para guru dan ibu bapa dalam membuat perancangan persekolahan atau cuti dan seumpamanya. 

Terdapat maklumat seperti berikut di dalam kalendar:

  • Penggal persekolahan sesi 2024-2025
  • Cuti sekolah KPM
  • Cuti umum persekutuan dan negeri
  • Tarikh pembayaran gaji penjawat awam

๐Ÿ“ŒMuat turun (download) kalendar format pdf di sini: KALENDAR 2024-2025


Kredit: Cikgu Share

Autisme: Panduan Untuk Ibu Bapa Oleh Prof. Madya Dr. Hasnah Toran [Buku]



๐Ÿ“šAUTISME: PANDUAN UNTUK IBU BAPA

๐Ÿ’ฐRM35, 272 muka surat
๐ŸŒ€Beli di sini: https://shope.ee/8zfxfGKq2x

๐Ÿ“ŒBuku ini hasil penulisan Prof. Madya Dr. Hasnah Toran, Pensyarah Kanan di UKM yang mempunyai kepakaran dalam Intervensi Awal, Pendidikan Khas & autisme.

๐Ÿ“ŒBeliau sendiri mempunyai dua orang anak yang mengalami autisme yang berusia 28 dan 15 tahun.

๐Ÿ“ŒBuku ini menerangkan mengenai autisme secara menyeluruh dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Ibu bapa serta guru boleh menggunakan buku ini sebagai rujukan untuk memahami segala aspek mengenai autisme.

๐Ÿ“ŒSetiap keluarga yang mempunyai anak autisme wajib memiliki buku ini dalam usaha untuk memahami anak dan menyokong perkembangannya.

10 Idea Aktiviti Menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Guru dan Murid

Selamat Tahun Baru 2024!


Berikut adalah 10 idea aktiviti yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk guru dan murid terokai dalam bilik darjah.

1. ๐Ÿค– Robot Cerita: Murid-murid boleh mencipta cerita pendek dan menggunakan AI untuk menghasilkan ilustrasi yang menarik bagi cerita mereka.

2. ๐ŸŽจ Seni AI: Menggunakan aplikasi AI untuk mencipta karya seni digital berdasarkan arahan ringkas dari murid.

3. ๐ŸŒ Penerokaan Virtual: Mengadakan lawatan maya ke tempat-tempat bersejarah atau geografi yang menarik dengan bantuan AI.

4. ๐ŸŽ“ Tutor AI: Menggunakan program pembelajaran AI yang menyesuaikan diri dengan keperluan setiap murid untuk meningkatkan pemahaman subjek tertentu.

5. ๐Ÿง  Kuiz AI: Mengadakan kuiz yang disusun oleh AI, yang dapat menyesuaikan soalan berdasarkan tahap kemahiran murid.

6. ๐ŸŒ Terjemahan AI: Belajar bahasa asing dengan menggunakan alat terjemahan AI, memungkinkan murid untuk menerjemah dan memahami teks asing dengan lebih cepat.

7. ๐Ÿค” Debat AI: Mengadakan debat dengan topik yang disediakan oleh AI, di mana murid harus menyampaikan hujah mereka berdasarkan data yang dikumpulkan oleh AI.

8. ๐Ÿ•น️ Pembelajaran Melalui Permainan: Menggunakan aplikasi permainan yang berbasis AI untuk mengajar konsep matematika, sains, atau bahasa.

9. ๐Ÿ“Š Analisis Data dengan AI: Mengajar murid cara mengumpul dan menganalisis data menggunakan alat AI, membantu mereka memahami konsep statistik dan analisis data.

10. ๐ŸŒŸ Penjelajahan Angkasa AI: Menggunakan simulator angkasa yang didukung AI untuk meneroka planet dan bintang, memberikan pengalaman pembelajaran interaktif tentang astronomi.

Kredit: 

  • teachdigitalschool