Cuti Sekolah, Cuti Perayaan & Penggal Persekolahan Sesi 2024/2025 KPM & Kalendar 2024

Berikut adalah beberapa maklumat penting tentang takwim persekolahan untuk sesi 2024/2025:

Kumpulan A (Sekolah-sekolah di negeri: Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu):

  • Penggal persekolahan bermula pada 10 Mac 2024 dan berakhir pada 16 Januari 2025.
  • Cuti penggal pertama: 24 Mei 2024 - 2 Jun 2024.
  • Cuti penggal kedua: 13 September 2024 - 21 September 2024.
  • Cuti penggal ketiga: 20 Disember 2024 - 28 Disember 2024.
  • Cuti akhir sekolah: 17 Januari 2025 - 15 Februari 2025.

Kumpulan B (Sekolah-sekolah di negeri: Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya):

  • Penggal persekolahan bermula pada 11 Mac 2024 dan berakhir pada 17 Januari 2025.
  • Cuti penggal pertama: 25 Mei 2024 - 2 Jun 2024.
  • Cuti penggal kedua: 14 September 2024 - 22 September 2024.
  • Cuti penggal ketiga: 21 Disember 2024 - 29 Disember 2024.
  • Cuti akhir sekolah: 18 Januari 2025 - 16 Februari 2025.

 

Cuti Perayaan Sesi 2024/2025

Terdapat beberapa cuti tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi 2024/2025:

  • Hari Raya Aidilfitri 2024: 10 April 2024 (Rabu) dan 11 April 2024 (Khamis). Terdapat tiga (3) hari cuti tambahan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B.
  • Deepavali: KPM menetapkan dua hari cuti tambahan.





















Kemudahan Cuti Rehat Khas (CRK) Untuk Guru (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)

Cuti Rehat Khas (CRK) adalah cuti khusus yang diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Malaysia. CRK juga merupakan satu insentif khas untuk kemudahan khususnya guru-guru di sekolah. CRK layak dinikmati oleh semua PPP yang sedang mengajar di sekolah atau institusi mahupun yang diberi kemudahan cuti penggal atau semester. Guru sandaran, guru interim dan guru berstatus kontrak juga layak memohon CRK. 

Bermula 1 September 2022, CRK bagi guru adalah sebanyak 15 hari bagi yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun. Sebelum ini CRK hanyalah 7 hari, yang kemudian dinaikkan kepada 10 hari.

Cuti Rehat Khas boleh diberikan melebihi dari bilangan yang dilayaki secara prorata bagi tujuan-tujuan berikut:

✅menziarahi ahli keluarga dan sanak saudara rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia;
✅mengiringi ahli keluarga untuk mendapatkan rawatan; menghadiri upacara keagamaan yang dianuti oleh pegawai;
✅dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan sebagainya;
✅menghadiri majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga;
✅mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi (di dalam atau di luar negara);
✅menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi;
✅menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus; dan
✅perkahwinan pegawai atau anak pegawai.

Syarat-syarat permohonan Cuti Rehat Khas adalah seperti berikut:


✅Bilangan hari CRK yang layak diambil oleh guru adalah secara prorata berdasarkan tempoh perkhidmatan.
✅Guru boleh memohon Cuti Rehat Khas atas apa-apa sebab tertakluk kepada kelulusan oleh guru besar atau pengetua di sekolah masing-masing.
✅CRK adalah untuk kegunaan dalam tahun semasa sahaja.
✅Baki Cuti Rehat Khas yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi boleh dikumpulkan kepada GCR.
 
➡️ Muat turun Pekeliling: Kemudahan Cuti Penjawat Awam

Kategori cuti

Pengumpulan GCR

Sumber:
  • JPA

Bengkel Penulisan Proposal HLP Anjuran Program We4U'23, Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi & PROSPEN IPGKDA

Kepada guru-guru yang memohon HLP 2024, atau sesiapa sahaja yang ingin menyambung pengajian, boleh sertai bengkel penulisan cadangan kertas penyelidikan atau proposal ini pada malam ini secara atas talian (online). Bengkel ini merupakan siri-siri bengkel Program We4U'23 yang diwujudkan bertujuan membantu dan membimbing calon-calon HLP sehingga berjaya. Program ini sangat membantu saya mengenali apa itu penyelidikan khususnya penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP) atau Design & Development Research (DDR) sehinggalah saya berjaya sebagai penerima HLP 2022.

Maklumat bengkel adalah seperti berikut:

✅Tarikh: 26.12.2023, Selasa (Malam ini)

✅Masa: 9.00 MALAM-10.30 MALAM 

✅Platform: Google Meet (Online)

✅Google Meet link:  Google Meet Link

✅Penceramah: Dr Muhammmad Nidzam Yaakob (Pensyarah / Penasihat We4U IPGKDA)

✅Penganjur: Program We4U'23, Jabatan  Perancangan Penyelidikan dan Inovasi & PROSPEN IPGKDA


Kredit: 

  • Program We4U'23, Jabatan  Perancangan Penyelidikan dan Inovasi & PROSPEN IPGKDA

Tajaan Sambung Belajar Untuk Guru KPM Ambilan Tahun 2024 Peringkat Ijazah Sarjana & Kedoktoran (Master, PhD, EdD)

Setiap Disember akhir tahun KPM akan membuka tawaran permohonan program penajaan pengajian pascasiswazah peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran (Master, PhD, EdD) kepada guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Permohonan akan dibuka pada 21 Disember 2023 (Khamis) dan urusan temu duga kepada mana-mana calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan diadakan pada bulan Mac 2024.

Bagi pengambilan tahun 2024, hebahan permohonan telah dibuat di laman web KPM untuk tawaran program seperti berikut:

  • Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)
  • Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  • Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/ Sambilan (HLPS)



Jenis Program Penajaan KPM


1) HLP: Hadiah Latihan Persekutuan (CBBP DB)

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • dikenali juga sebagai cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa
  • Cuti belajar bergaji penuh iaitu gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun sara hidup (duit poket tambahan sebagai student), elaun buku, elaun tesis, elaun alat perkakas dan beberapa lagi elaun


2) CBBP TB: Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

  • Cuti belajar sepenuh masa (full time)
  • Cuti belajar bergaji penuh - gaji sebagai guru dibayar seperti biasa kecuali elaun pemangkuan tertentu
  • Tiada biasiswa


3) HLPS: Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan

  • Tiada cuti belajar iaitu bekerja seperti biasa
  • Ada biasiswa untuk yuran pengajian, elaun buku, elaun tesis


Maklumat Lanjut dan Cara Memohon


Permohonan dibuat secara online melalui laman web e-Penawaran mulai tarikh tawaran dibuka: https://epenawaran.moe.gov.my/









Persiapan Awal Sebelum Memohon


  • Sinopsis cadangan penyelidikan - tajuk kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian
  • Bidang yang dipohon - mengikut opsyen guru yang bersesuaian
  • Sumbangan kepada perkhidmatan 3 tahun terkini - peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan/ antarabangsa
  • Penulisan/ penerbitan 3 tahun terkini:
    • artikel, artikel dalam jurnal, prosiding, buku, kajian tindakan, kajian ilmiah
  • Sokongan PGB (Pengetua/Guru Besar)

Sumber:

1. KPM: HLP 2024 KPM
2. Laman web e-Penawaran: https://epenawaran.moe.gov.my/

Tarikh & Jadual Pembayaran Gaji Penjawat Awam 2024

Tarikh pembayaran gaji tahun 2024 untuk penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang dikeluarkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada November yang lalu.



Muat turun (download) di sini untuk format pdf: Pekeliling Pembayaran Gaji 2024

Sumber/Kredit:
  • Jabatan Akauntan Negara
  • Pendidik2U.com
  • Cikgugrafik.com