Berikut adalah senarai bahan pembelajaran / lembaran kerja yang boleh dimuat turun mengikut siri-siri video pembelajaran yang terdapat di Channel Youtube Cikgu Haseni.
*Bahan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan video PdP di saluran YouTube Cikgu Haseni, jangan lupa untuk TONTON, LIKE, SHARE & SUBSCRIBE sebagai tanda SOKONGAN.
PERHATIAN!
Bahan yang dikongsikan ini boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran anak atau murid masing-masing.
Harapan saya agar bahan ini dimanfaatkan secara berhemah dan beradab tanpa melibatkan sebarang unsur mendapatkan keuntungan dan pelanggaran hakcipta.
1. Murid akan dapat melihat MARKAH yang diperolehi selepas klik pada butang FINISH.
2. Hasil kerja murid akan di emel kepada guru jika guru sign-in akaun dan pilih setting - 'send answer to the teacher'. Murid tidak perlu 'screenshot' jawapan untuk berikan kepada guru.
3. Hasil kerja murid juga boleh dilihat pada menu 'My mail inbox' apabila guru pilih setting 'Send answers to my mail box'.
4. Murid boleh lihat jawapan yang salah, warna hijau jawapan BETUL, warna MERAH jawapan salah.
5. Guru boleh setting masa menjawab soalan latihan (Set time limit).
6. Latihan boleh dikongsi secara terus ke Google Classroom, Microsoft Teams, WhatApps, Facebook, Twitter, Blogger.
1. Murid akan dapat melihat MARKAH yang diperolehi selepas klik pada butang FINISH.
2. Guru boleh sign-in akaun dan pilih setting - 'email to my inbox'. Hasil kerja yang telah siap akan dihantar kepada email guru tanpa perlu murid 'screenshot' jawapan.
3. Hasil kerja murid juga boleh dilihat pada menu 'My mail inbox'.
Contoh hasil kerja murid saya yang telah siap. Guru boleh sign-in akaun dan pilih setting - 'email to my inbox'. Hasil kerja yang telah siap akan dihantar kepada email guru tanpa perlu murid 'screenshot' jawapan.
Murid key-in jawapan dalam petak yang disediakan.
Murid key-in jawapan dalam petak yang disediakan.
Murid klik pada butang Finish! selepas selesai menjawab semua soalan.
Murid klik pada 'check my answers' untuk lihat markah.
Menteri Kanan Pendidikan YB Dr. Radzi Jidin baharu sahaja mengumumkan penutupan semua sekolah bermula esok, Isnin, 9 November 2020 semasa sesi sidang media di TV1 dan Astro Awani pada jam 11.30 pagi tadi.
Antara info penting:
Sekolah ditutup tetapi 'home based learning' / PDPR diteruskan hingga 18/12 2020.
Guru perlu menjalankan PDPR dan berada di stesen bertugas masing-masing.
Penggal persekolahan akan bermula 20/1/2021 bagi sekolah rendah secara bersemuka.
Sekolah menengah juga sama 20/1/2021 kecuali murid tingkatan 2&3 akan 'home based learning' hingga 8/3/2021.
SPM, SVM, STAM ditunda ke 22/2/2021.
STPM ditunda ke 8/3/2021.
Pelaksanaan pentaksiran kemasukan ke sekolah khusus (PKSK) tingkatan 1 dan tingkatan 4 ditangguhkan.
Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) untuk pelajar matrikulasi ditangguhkan.
Program Matrikulasi akan kembali ke pusat pengajian pada 4 Januari 2021.
Pelajar IPG kembali semula ke IPG pada 17 Januari 2021.
*Bahan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan video PdP di saluran YouTube Cikgu Haseni, jangan lupa untuk TONTON, LIKE, SHARE & SUBSCRIBE sebagai tanda SOKONGAN.
PERHATIAN!
Bahan yang dikongsikan ini boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran anak atau murid masing-masing.
Harapan saya agar bahan ini dimanfaatkan secara berhemah dan beradab tanpa melibatkan sebarang unsur mendapatkan keuntungan dan pelanggaran hakcipta.
Semua sekolah yang telah disahkan Zon Merah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diarahkan ditutup mulai esok, 8 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober 2020 iaitu selama 16 hari. Ini berdasarkan kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah diedarkan hari ini.
Terima kasih kerana berkunjung ke blog Cikgu Hijau.
Di sini saya sertakan himpunan dan koleksi video PDP yang telah saya hasilkan semenjak pelaksanaan PDPR pada tahun lepas. Semua video yang dihasilkan saya gunakan sepenuhnya sebagai bahan PDPR anak-anak murid saya sepanjang tempoh pelaksanaan PDPR tersebut.
Penggunaan video dan medium perkongsian video seperti Youtube sangat membantu dan memudahkan tugas saya sebagai guru Pemulihan Khas dalam melaksanakan PDPR.
Murid-murid juga memberikan maklum balas yang positif di mana mereka teruja apabila saya menayangkan semula video-video ini ketika tempoh PdPc bersemuka secara fizikal dilaksanakan sebelum ini.
Alhamdulillah dan terima kasih Akademi Youtuber Guru Malaysia atas peluang yang diberikan kepada guru-guru di seluruh Malaysia khususnya saya sendiri kerana dapat mempelajari cara-cara menghasilkan video dan cara-cara berkongsi video yang telah dihasilkan di platform Youtube.
Dan inilah hasilnya, sekurang-kurangnya buat masa ini.
Seperti yang dimaklumkan, pihak KPM telah pun mengedarkan bahan edaran dan maklumat lanjut tentang PKSK ini di lawan sesawang rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Anda boleh berkunjung dan muat turun bahan maklumat yang diedarkan di SINI: PKSK - KPM.
Pengumuman oleh KPM tentang PKSK
Bahan edaran yang boleh dimuat turun di laman web KPM
Pelaksanaan PKSK:
1. Murid akan menduduki PKSK di satu pusat yang dipilih oleh murid semasa mengisi permohonan secara online.
2. Pusat PKSK tidak boleh ditukar, jadi murid perlu pastikan pusat yang dipilih adalah yang paling dekat dengan tempat tinggal.
3. Semua bahagian A, B dan C ujian PKSK diduduki dalam satu sesi di pusat yang dipilih. Ia akan mengambil masa kira-kira 3 jam termasuk masa untuk pendaftaran.
4. Ujian akan bermula dengan BAHAGIAN C dahulu yang berbentuk subjektif secara esei bertulis dengan tajuk telah ditetapkan dan masa menjawab adalah 45 minit.
5. Selepas 15 minit selesai bahagian C, murid akan terus ke Bahagian A dan B yang berbentuk soalan objektif dan masa menjawab yang diberikan adalah 1 jam 30 minit.
6. Murid beruniform sekolah lengkap semasa menduduki ujian PKSK.
Jadual sesi PKSK
Persediaan murid secara ringkasan
Persediaan murid semasa memohon PKSK secara online apabila pautan dibuka pada 7 September 2020
Format PKSK
Jenis sekolah khusus yang perlu dipohon dan dipilih melalui PKSK
Ringkasan proses pengambilan murid ke SBP, SMKA, SMT, KV dan MTD
Maksud PKSK dan sekolah khusus
Kelayakan menduduki PKSK
Pelaksanaan PKSK selesai dalam satu sesi bagi semua bahagian pentaksiran
Semakan status
Persediaan murid untuk menduduki PKSK iaitu perkara-perkara yang perlu dibawa ke pusat PKSK
Hari ini nama Veveonah Mosibin sekali lagi viral. Pada bulan Jun yang lepas, video beliau yang dimuatnaik di channel Youtubenya mengambil peperiksaan secara atas talian atas pokok di kampungnya di Sabah menjadi viral tapi kali ini, viralnya telah meninggalkan kesan 'luka' di hati mahasiswi UMS ini .... senang cerita - the damage has been done.
Video beliau mengambil peperiksaan di atas pokok dikatakan dibuat semata-mata untuk meraih 'view' channel youtubenya, menurut seorang Ahli Parlimen yang juga Timbalan Menteri semasa sidang parlimen.
Namun, kenyataan menteri tersebut disanggah ramai netizen terutamanya rakan-rakan 'classmate' youtuber itu sendiri dengan berkongsi jadual peperiksaan.
Sumber: Vocket
Belum sampai satu hari, pada hari yang sama kenyataan tersebut ditularkan dan mendapat 'kecaman', dan juga teguran netizen, Timbalan Menteri tersebut mungkin telah 'menyiasat' semula dan mendapat maklumat yang tepat dan seterusnya bertindak pantas membuat permohonan maaf secara terbuka.
Namun, the damage is done!
Menteri tidak sepatutnya membuat kenyataan yang boleh diragui dan tidak tepat yang melibatkan maruah dan harga diri seseorang.
Laporan oleh Sinar Harian,
3 September 2020
Entri awal oleh VOCKET
Perkongsian jadual peperiksaan oleh
'batchmate' Veveonah M.
Kemaskini status entri oleh VOCKET selepas permohonan maaf secara terbuka dibuat
Timbalan Menteri.