Portal MY-AI | Portal Kecerdasan Buatan (AI) Pertama Negara Oleh MIMOS

Portal MY-AI merupakan portal kecerdasan buatan (AI) pertama negara yang dibangunkan MIMOS Berhad, sebuah agensi di bawah MOSTI. Portal MY-AI adalah sebuah laman web sehenti (one-stop site) yang boleh menjadi rujukan utama dalam bidang teknologi AI melalui penyediaan akses kepada sumber pengetahuan, alatan bantuan dan program latihan terkini. Portal MY-AI boleh dimanfaatkan khususnya dalam kalangan penyelidik, pelajar dan cendekiawan profesional dalam bidang teknologi AI.

Portal MY-AI yang dibangunkan, dihoskan dan diselenggara oleh MIMOS merupakan langkah strategik dalam menyediakan sumber High-Performance Computing (HPC) yang merangkumi pautan kepada sumber pengetahuan, program latihan, alatan bantu (tools), dan saluran maklum balas untuk AI. Tujuan utama inisiatif ini adalah untuk memacu perkembangan dan penggunaan AI demi manfaat ekonomi dan sosial Malaysia.

Portal MY-AI menyediakan maklumat mengenai sumber berkaitan dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Perkomputeran Berprestasi Tinggi (HPC) serta ekosistemnya.

Layari portal MY-AI di https://my-ai.my




Kursus yang disediakan di Portal MY-AI