Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM Ambilan 2025


Bagi pengambilan tahun 2025,  tiga program seperti berikut ditawarkan:

  1. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP)/ Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBP DB)
  2. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
  3. Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) 

Permohonan secara dalam talian telah dibuka kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula 19 Disember 2024 (Khamis) sehingga 20 Januari 2025 (Isnin).

Calon-calon yang berjaya melepasi saringan awal dijangka akan melalui proses temuduga pada bulan April 2025. 

✅ Permohonan secara dalam talian di https://epenawaran.moe.gov.my

✅ Had umur permohonan

1. Sarjana - 50 tahun
2. Kedoktoran (PhD, EdD) - 45 tahun

✅ Ikatan kontrak dengan KPM

1. Sarjana - 4 tahun
2. PhD - 6 tahun


✅ Perbezaan HLP, CBBP TB & HLPS


Segala maklumat berkaitan HLP, CBBP TB dan HLPS boleh dirujuk di laman web https://epenawaran.moe.gov.my/ sebelum membuat permohonan. Perbezaan antara HLP/CBBP DB, CBBP TB dan HLPS adalah seperti berikut:



✅ Penawaran Bidang Pengkhususan


✅ Mod Pengajian


✅ Info Lanjut

Kalendar Kuda 2025, Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, Cuti Sekolah, Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan KPM

Kalendar Kuda dan Kalendar Akademik berikut telah diselaraskan dan dikemaskini berdasarkan Kalendar Akademik 2025/2026 KPM dan takwim penggal persekolahan bagi sesi 2025/2026 dan juga cuti sempena perayaan tahun 2025/2026.

1. Kalendar Kuda 2025 


✅ Januari 2025 - Disember 2025
✅ Cuti sekolah KPM
✅ Cuti umum/ cuti perayaan

Sumber/Kredit: Calendarmalaysia.com
Download PDF: Kalendar Kuda 2025















2. Kalendar Akademik 2025/2026


✅ Januari 2025 - Januari 2026
✅ Cuti sekolah KPM
✅ Cuti umum/ cuti perayaan
✅ Tarikh gaji penjawat awam

Sumber & Kredit: Cikgu Share
Download PDF: Kalendar Akademik 2025-2026 (Cikgu Share)















Tebus Baucar Buku RM100 Pelajar IPT Fasa 2 Sehingga 31 Disember 2024

Menurut YB Menteri KPT, masih ramai pelajar IPT belum menebus baucar buku bagi fasa 2. Alhamdulillah saya telah selesai menebus 2 buah buku sebentar tadi dan baucar RM100 masih ada baki RM18. Baucar penebusan RM100 termasuklah kos pembungkusan dan penghantaran.

Walaupun saya sudah konvo pada 23 November yang lalu, saya masih layak terima baucar kerana status pelajar dikira pada 31 Mac 2024. Penebusan buku boleh dibuat di laman sesawang mySISWAPLACE selewat-lewatnya pada 31 Disember 2024. Selepas 31 Disember 2024, baucar akan luput secara automatik.


Siapa Yang Layak?

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar IPT dalam negara
  • Berstatus aktif sebagai pelajar IPT pada 31 Mac 2024, tidak layak jika sudah tamat belajar sebelum 31 Mac 2024
  • Pelajar IPT peringkat sijil, Asasi, Diploma, Diploma Lepasan Ijazah, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah, kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas
  • Pelajar IPT di bawah seliaan KPT - IPTA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS
  • Pelajar separuh masa (part-time) atau sepenuh masa (full-time)



Langkah-langkah pendaftaran di mySISWAPLACE




Sumber: