Showing posts with label Download. Show all posts
Showing posts with label Download. Show all posts

[Darab] Latihan Matematik Skip Counting 2 Hingga 9 | Membilang Secara Gandaan

Dalam mempelajari operasi asas darab, kemahiran skip counting (kiraan melangkau/ gandaan) sangat penting. Skip counting ialah kaedah mengira pantas dengan melangkau nombor tertentu secara berulang iaitu penambahan berulang.

Contohnya skip counting by 2 dimulakan dengan 2, 4, 6, 8, 10, 12 dan seterusnya. Ia adalah asas penting untuk pendaraban, mengira dalam kumpulan (5, 10, 15...), dan meningkatkan pemahaman nombor. Skip counting boleh dilakukan secara menaik (operasi tambah) atau menurun (operasi tolak).

Dalam operasi asas darab, Skip counting adalah bentuk asas pendaraban. Contoh 3 x 5: bermaksud skip count 5 sebanyak 3 kali: 5, 10, 15.

Berikut dikongsikan latihan skip counting bagi gandaan 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9. Format PDF boleh muat turun di Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau: https://t.me/CikguHaseni






[Darab] Latihan Matematik Operasi Asas Darab | Cabaran Sifir Darab 2 Hingga 12 | Jadual Sifir 2-12

Berikut adalah latihan Matematik bagi operasi asas darab iaitu murid melengkapkan jadual sifir 2 sehingga 12 dengan menggunakan konsep darab sebagai tambah berulang (penambahan berulang). 

Latihan ini merupakan edisi yang dikongsikan sebelum ini (8.10.2024) tetapi telah dikemaskini setakat 11.5.2026 bagi kegunaan murid-murid saya di sekolah.

Cabaran Sifir Darab 2 Hingga 12


✅ Latihan melengkapkan jadual sifir darab
✅ Panduan darab sebagai penambahan berulang (Tambah berulang)

Semoga bermanfaat.

✅Muat turuf format PDF: Telegram Cikgu Haseni | Cikgu Hijau














Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035

Dokumen Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026- 2035 setebal 375 muka surat telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ia boleh dimuat turun di lama sesawang KPM di sini: RPM 2026-2035

RPM 2026-2035 ialah hala tuju 10 tahun pendidikan negara bertujuan untuk membina semula sistem pendidikan negara.

Enam (6) perubahan sistem pendidikan negara yang terkandung dalam RPM:

  1. 6 tahun masuk darjah satu mulai 2027
  2. Bahasa Melayu dan Sejarah wajib untuk semua warganegara
  3. Penilaian pembelajaran baharu
  4. RM100 juta untuk naiktaraf bilik guru
  5. Pendidikan TVET seawal peringkat rendah
  6. Reformasi sekolah

 RPM 2026-2035 juga menyentuh perkara-perkara berikut:

  • Sasaran literasi & numerasi
  • Pengukuhan peranan guru kepada PdP
  • Autonomi terpimpin sekolah
  • Pemerkasaan prasarana fizikal & digital
  • Tujuh Teras Strategik yang akan membentuk landskap pendidikan hingga 2035

Lima (5) ciri murid yang ingin dihasilkan:

  • Beradab
  • Berilmu
  • Berkemahiran
  • Berdaya tahan 
  • Berkeyakinan










Sumber:
KPM

Buku Kecil Ramadan | Panduan Ramadan, Puasa dan Tarawih

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 1446H kepada rakan-rakan pembaca muslim. Semoga kita semua dapat menikmati kemanisan menjalani ibadah puasa sehingga ke akhir Ramadan.

Di sini saya kongsikan Buku Kecil Ramadan - Pedoman Puasa dan Tarawih yang diterbitkan oleh ABIM pada tahun 2020 tetapi versi terbaharu yang telah diperbetul dan diperbaiki kerana terdapat kesilapan dalam versi sebaran terdahulu iaitu 1 April 2020.

[DOWNLOAD] Muat Turun di Sini: https://t.me/CikguHaseni





Sumber:

Modul Praktis Cepat Membaca (PraCeM) Vokal A Dikemaskini April 2022

Salam PRU-15.

Modul Praktis Cepat Membaca (PraCeM) merupakan bahan PdP yang saya gunakan sepenuhnya sewaktu PdPR dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021. Ia merupakan 16 siri video pembelajaran dan latihan secara online Liveworksheets bagi kemahiran membaca bagi kemahiran 1 hingga 5 dalam kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas. 


Kaedah pengajaran yang digunakan adalah kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB). Kaedah ini dimulakan dengan murid belajar mengenal SATU huruf vokal sahaja terlebih dahulu, kemudian murid akan mengeja dan membunyikan suku kata, kemahiran mengeja diperlukan supaya murid dapat mengenal dan mengecam huruf-huruf yang dipelajari. Seterusnya murid akan membaca perkataan tanpa lagi perlu mengeja. Kemudian, sebagai aktiviti pengayaan dan pengukuhan, murid akan membaca rangkai kata dan ayat dalam petikan yang mudah. 

Modul PraCeM Vokal A yang dikongsikan ini adalah modul susulan selepas PdP berasaskan 16 video Praktis Cepat Membaca (PraCeM)  bersesuaian dengan pelaksanaan PdP secara bersemuka pada tahun 2022. Trial and error akan sentiasa berlaku dalam proses membina bahan bantu belajar yang berkesan untuk diaplikasi kepada murid khususnya murid pemulihan yang memerlukan lebih banyak bimbingan secara individu.

Muat Turun / Download Modul Format PDF


📌Telegram: https://t.me/CikguHaseni



























[KP5] Latihan Perkataan KV+KV Vokal [a] (Kemaskini April 2022)

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Lembaran kerja latihan perkataan KV+KV Vokal [a] dikemaskini April 2022 menggunakan pendekatan kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB) iaitu pengajaran membaca dan menulis dimulakan dengan memperkenalkan hanya satu huruf vokal iaitu vokal [a] terlebih dahulu.

Satu huruf konsonan [K] digabungkan dengan huruf vokal [V]  membentuk suku kata KV.

Contoh pengajaran:

Langkah 1

  • b+a = ba
  • c+a = ca

Langkah 2

Dua suku kata KV digabungkan/dicantumkan membentuk satu perkataan pola KV+KV.

  • ba+ca = baca

Dalam Program Pemulihan Khas, perkataan KV+KV adalah kemahiran ke-5 daripada 32 kemahiran Bahasa Melayu Pemulihan Khas.

Muat Turun Bahan (PDF / PNG)


1. Latihan melengkapkan suku kata KV awalan: https://bit.ly/3xHDvrf
2. Latihan melengkapkan suku kata KV akhiran: https://bit.ly/3xHDvrf
3. Latihan menulis perkataan berdasarkan gambar_ada pilihan jawapan: https://bit.ly/3xHDvrf
4. Latihan menulis perkataan berdasarkan gambar_tiada pilihan jawapan: https://bit.ly/3xHDvrf

*Muat turun format PDF (TELEGRAM): https://t.me/CikguHaseni











[KP5] Modul SeBaTu KV+KV - Praktis Cepat Membaca & Menulis Siri 4 (Buku Cerita) Edisi Kemaskini Januari 2022

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 4 (Buku Cerita) yang telah dikemaskini Januari 2022. Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuh dan mempercepat penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis seseorang murid.

Kemahiran Membaca Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 2.1 Asas membaca dan memahami
Standard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Menulis Bahasa Melayu


Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat

Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu


Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)

Sasaran Murid


Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara berkesan, seseorang murid itu telah menguasai sebahagian kemahiran berikut:

1. Huruf vokal
2. Huruf kecil
3. Suku kata KV seperti membunyikan suku kata 'ba, cu, ki, lo'.

Kaedah / Teknik Pengajaran


Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:

Pusingan 1:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 4(a) 
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 

Pusingan 2:

1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 4(b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 4


Muat turun Bahan PDP


1. Format PNG/JPG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG/JPG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.

Muat turun Bahan Modul SeBaTu KP5


1. Modul SeBaTu KV+KV Siri 1 (Bola Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

2. Modul SeBaTu KV+KV Siri 2 (Baju Baru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

3. Modul SeBaTu KV+KV Siri 3 (Dadu Biru): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

4. Modul SeBaTu KV+KV Siri 4 (Buku Cerita): https://www.cikguhijau.com/p/bahan-bantu-mengajar.html

Panduan & Contoh Pengajaran Menggunakan Modul


1. Video di Youtube: https://youtu.be/q6PdaWopgOE

2. Video di TikTok: