Seperti yang kita tahu, UPSR dan PT3 bagi tahun ini telah dibatalkan setelah kerajaan memikirkan langkah tersebut diambil bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pelbagai reaksi dapat dilihat selepas pengumuman tersebut. Ada yang lega, ada yang tidak kisah tetapi ada yang bersedih, namun ada yang bersikap positif.
Laporan Berita Harian, 17 April 2020 |
Ucapan Menteri Pendidikan |
Pada pandangan saya, langkah yang
diambil kerajaan adalah yang langkah yang terbaik kerana kesihatan dan
keselamatan murid adalah lebih penting. Murid tahun 6 dan tingkatan 3 yang bercita-cita
tinggi ingin menyambung pelajaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) masih
berpeluang untuk memenuhi impian tersebut walaupun UPSR dan PT3 dibatalkan. Ini kerana,
kemasukan ke SBP mulai tahun 2019 tidak dinilai berdasarkan keputusan UPSR dan PT3 tetapi dinilai melalui
ujian khas iaitu Ujian Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP).
Kenyataan Media KPM_1 |
Kenyataan Media KPM_2 |
Info & Tarikh Penting PKSK
1. Permohonan Tingkatan 1 -
https://spskt1.moe.gov.my/ (talian di buka mulai 7 September hingga 2 Oktober
2020)
2. Permohonan tingkatan 4 -
https://spskt4.moe.gov.my/ (talian di buka mulai 7 September hingga 2 Oktober
2020)
3. Semua pemohon akan menduduki
ujian berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.
4. Semakan pusat pentaksiran
Tingkatan 1 pada 7 Oktober hingga 23 Oktober 2020
5. Semakan pusat pentaksiran Tingkatan 4 pada 12 Oktober hingga 6 November 2020
6. Pelaksanaan pentaksiran Tingkatan 1 pada 12 Oktober hingga 23 Oktober 2020
7. Pelaksanaan pentaksiran Tingkatan 4 pada 26 Oktober hingga 6 November 2020
8. Maklumat lanjut pada 1 September 2020 melalui portal rasmi KPM (https://www.moe.gov.my/)
8. Maklumat lanjut pada 1 September 2020 melalui portal rasmi KPM (https://www.moe.gov.my/)
Kaedah Pentaksiran PKSK
PKSK dilaksanakan merangkumi tiga
bahagian iaitu:
1. Bahagian A - Kecerdasan
Insaniah (20%) secara dalam talian.
2. Bahagian B - Kecerdasan
Intelektual (70%) secara dalam talian.
3. Bahagian C - Artikulasi
Penulisan (10%) secara bertulis / bersemuka.
Maklumat penting PKSK |
UKSBP adalah satu ujian saringan
yang perlu murid duduki bagi menilai sama ada murid layak atau tidak mendapat tawaran dan diterima masuk ke SBP. Ia mula diperkenalkan bermula
ambilan tahun 2019 di mana murid yang berjaya dalam ujian ini mempunyai keberangkalian
yang tinggi ke SBP.
Ini bermakna, murid yang
terpilih adalah dalam kalangan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Antara
kriteria yang menjadi pertimbangan ke SBP adalah seperti berikut:
Syarat pemilihan ke SBP ambilan 2019-2020 |
Sumber & bacaan lanjut:
3. https://twitter.com/KemPendidikan/status/1297355748310044672
4. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-pentaksiran-baharu-kemasukan-sekolah-khusus-tahun-2021
4. https://www.moe.gov.my/pemberitahuan/kenyataan-media/kenyataan-media-pentaksiran-baharu-kemasukan-sekolah-khusus-tahun-2021