Tempahan Penginapan Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) Dan Rumah Tamu (RT) Bermula 1 Oktober 2026 Hingga 3 Januari 2027


𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 (𝐑𝐏𝐏) 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐌𝐔 (𝐑𝐓) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐒𝐔𝐊𝐔 𝐊𝐄𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔


Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membuka Sistem Tempahan Penginapan di Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) dan Rumah Tamu (RT) bagi suku keempat tahun 2026 seperti ketetapan berikut:

  • Tarikh Penginapan: 1 Oktober 2026 hingga 3 Januari 2027
  • Tarikh Pembukaan Tempahan: 22 September 2026 (Selasa)
  • Masa: 12:00 tengah hari

Semua penjawat awam, pesara kerajaan dan badan berkanun yang layak adalah dipelawa untuk membuat tempahan melalui sistem yang disediakan bermula pada tarikh dan masa yang dinyatakan.

Untuk membuat tempahan rumah peranginan RPP atau RT, sila mendaftar di sistem PROMIS (Sistem Pengurusan Maklumat Hartanah) melalui capaian https://promis.bph.gov.my/ untuk membolehkan anda membuat tempahan RPP, RT dan menggunakan semua perkhidmatan dalam talian di Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH).

[PROMPT] Buang Background Gambar Guna ChatGPT


Cara buang background gambar menggunakan ChatGPT. Ia sesuai untuk membuang background gambar produk, orang, makanan atau apa-apa objek tanpa mengubah rupa asalnya.

Prompt:

"Remove the background from the attached image and make it fully transparent (PNG with alpha channel). Keep the main subject exactly the same — do not alter its shape, proportions, colors, texture, or any small details.
Preserve fine edges such as hair, fur, fabric fibers, and semi-transparent areas.
Cut out the subject cleanly with sharp, precise edges — no halo, no leftover background pixels, no jagged outlines.
Do not add blur, glow, drop shadows, or artificial smoothing.
Do not crop, resize, or recompose the image.
Keep the original resolution and image quality."

Selamat mencuba!

Perbezaan Istilah: Pentaksiran, Penilaian, Pengukuran, Pengujian, Peperiksaan, Pencapaian, Formatif, Sumatif


Maksud istilah-istilah yang dinyatakan adalah seperti berikut:

PENTAKSIRAN - adalah proses menyeluruh untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan dan potensi murid yg merangkumi dua kaedah:
1) Pengukuran secara objektif spt pengujian melalui peperiksaan.
2) Pengukuran secara subjektif spt pemerhatian dan refleksi oleh guru.

PENILAIAN - tafsiran terhadap maklumat yg dikumpul yg memberi makna kepada data spt gred atau tahap pencapaian. Contohnya skor 84% adalah Cemerlang.

PENGUKURAN - proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu yg diukur. Ia boleh dilakukan secara objektif spt guna instrumen kertas soalan dan secara subjektif spt guna borang pemerhatian.

PENGUJIAN - satu bentuk pengukuran yg menggunakan instrumen khusus spt kertas soalan, kuiz, ujian lisan. Pengujian boleh menjadi sebahagian daripada pentaksiran, tapi bukan keseluruhan pentaksiran.

PEPERIKSAAN - pengujian formal yg diadakan pada waktu tertentu, selalunya skala besar spt seluruh kelas, sekolah, atau negara. Contoh mudah adalah UASA atau SPM.

PENCAPAIAN - adalah hasil yg diperoleh daripada proses pengukuran. Contohnya spt skor, markah, peratus, gred. Pencapaian adalah maklumat, bukan penilaian. Penilaian berlaku apabila maklumat itu ditafsirkan.

FORMATIF - pentaksiran formatif berlaku sepanjang proses pembelajaran, bertujuan bantu murid belajar dan guru menyesuaikan pengajaran. Ia bersifat diagnosis dan sokongan spt kuiz ringkas, soalan lisan, pemerhatian harian, refleksi guru, maklum balas segera. Outputnya adalah maklum balas untuk penambahbaikan, bukan gred.

SUMATIF - pentaksiran sumatif berlaku di akhir unit, semester, atau tahun yg bertujuan menentukan tahap pencapaian murid. Ia bersifat penghakiman dan pengiktirafan spt UASA, SPM dgn outputnya spt gred, markah, sijil, kedudukan. Semua aspek di atas adalah asas dlm pentaksiran sekolah khususnya. Maksud objektif adalah 'jawapan yang specifik' spt dlm MCQ, hanya satu jawapan betul sahaja.

MATRIKS ?

Senarai Buku Panduan & Buku Latihan

  1. [PUSTAKA NADWA] Pentaksiran Dalam Pendidikan - Buku Rujukan Pentaksiran Sekolah untuk Pelajar IPG/PISMP
  2. PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN - MKe
  3. Pentaksiran Dalam Bilik Darjah I Teori Ujian dan Pentaksiran Pendidikan
  4. [BS] Pelangi Buku Latihan 2025 Target PBD UASA (KSSM) Tingkatan 123 Modul Pentaksiran Bilik Darjah
  5. [TNY] SASBADI: Modul Persediaan UPSA & UASA (JSU) KSSM【Tingkatan 1 - 3】 EDISI 2026 - Format Exam UJIAN
  6. [TNY] SASBADI: Kertas Persediaan LENGKAP UPSA & UASA (JSU) KSSR 【Tahun 1 - Tahun 6】New Exam Format 2026
  7. [MyEducationBooks] Vision: Kertas Model Matriks Pembelajaran MPT4 [TAHUN 4] Buku persediaan ujian Matriks MPM Edisi 2026
  8. [MyEducationBooks] Didik: PERSEDIAAN MATRIKS PEMBELAJARAN & UASA [TAHUN 1-6] Buku persediaan ujian
  9. [TNY] DIDIK: PERSEDIAAN MATRIKS PEMBELAJARAN 【TAHUN 1 - 6】Ujian Akhir Sesi Akademik Edisi 2026/27 Buku
  10. [MyEducationBooks] Didik: PERSEDIAAN MATRIKS PEMBELAJARAN & UASA [TAHUN 1-6] Buku persediaan ujian

Kredit:
Dr. Othman Talib (OT)

Jawatan Kosong Pensyarah Akademik Di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, Terengganu


Kepada guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat dan mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang pendidikan, pengurusan atau kaunseling, bolehlah memohon jawatan berikut di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM). 

JAWATAN YANG DITAWARKAN:


🔹 Pensyarah Akademik
🔹 Pegawai Pengurusan
🔹 Pegawai Kaunseling

BIDANG KEPAKARAN YANG DIPERLUKAN:

  • Matematik
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Melayu
  • Teknologi Pendidikan
  • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Pendidikan Seni Visual
  • Sejarah
  • Pegawai Pengurusan
  • Pegawai Kaunseling


Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2026

Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut dan permohonan.
atau klik pautan DI SINI untuk borang permohonan dan syarat permohonan.