Serlahkan Bakat Menulis Anda Menerusi Sayembara Penulisan Kreatif DBP 2024

Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) membuka peluang besar kepada warga Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas menghasilkan karya bermutu yang menyerlahkan jati diri dan citra bangsa Malaysia menerusi bahasa dan sastera kebangsaan dalam konteks kesejahteraan dan kenegaraan Malaysia MADANI.

Ayuh, serlahkan bakat menulis anda menerusi kategori-kategori yang dipertandingkan. Terdapat 4 kategori iaitu novel, drama pentas, kumpulan puisi dan kumpulan cerpen. Hadiah yang ditawarkan DBP sangat lumayan dan secara keseluruhannya bernilai RM256,000.

(a) Kategori Novel

☑️Karya yang dihantar mestilah bertaip dan menggunakan tulisan Times New Roman bersaiz 12 dengan jarak langkau dua baris.
☑️Panjang teks novel adalah antara 35,000 hingga 50,000 patah perkataan.
🗓Tarikh tutup: 31 Mac 2025.

(b) Kategori Drama Pentas

☑️Skrip yang dihantar hendaklah menggunakan format dan struktur skrip drama pentas yang standard, menggunakan jenis Times New Roman saiz fon 12 dengan jarak langkau dua baris.
☑️Panjang naskhah (drama) hendaklah sesuai untuk pementasan selama 90 hingga 120 minit sahaja, bersesuaian dengan konsepnya sebagai drama pentas.
🗓Tarikh tutup: 31 Disember 2024.

(c) Kategori Kumpulan Puisi

☑️Puisi yang dihantar hendaklah bertaip dan menggunakan tulisan Times New Roman, saiz fon 12 dengan langkau 1.5 baris.
☑️Kumpulan puisi hendaklah mengandungi 40 hingga 50 puisi.
🗓Tarikh tutup: 31 Disember 2024.

(d) Kategori Kumpulan Cerpen

☑️Karya yang dihantar mestilah bertaip dan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dengan jarak langkau dua baris.
☑️Kumpulan cerpen hendaklah mengandungi 15 buah cerpen dengan jumlah halaman sebanyak 200 hingga 300 halaman.
🗓Tarikh tutup: 31 Disember 2024.


✅Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, layari https://tinyurl.com/sayembara-kreatif

Pertanyaan:
Tel.: 03-21479124/03-21479132
E-mel: bpidbp2022@gmail.com


Sumber:

Jawatan Kosong Guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan MARA di Seluruh Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), membuka iklan kekosongan jawatan sebagai guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.

✅Tarikh tutup permohonan: 23 Ogos 2024
✅Permohonan secara online: https://apps.mara.gov.my/vacancy/
✅Taraf jawatan: Kontrak
✅Gred jawatan: DG41

Jaawatan adalah secara kontrak dengan gred DG41

Bidang/Subjek yang ditawarkan

Cara memohon