Showing posts with label Pendidikan Khas. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Khas. Show all posts

Program Intervensi Awal atau Early Intervention Programme (EIP) Percuma oleh Anak Istimewa Selangor (ANIS)

Di negara kita Malaysia, hak untuk mendapatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan intervensi awal dilindungi oleh peruntukan perundangan di bawah Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)(Bahagian Pendidikan Khas, 2008). Perkhidmatan program intervensi awal disediakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dari peringkat umur 3 tahun untuk semua kategori ketidakupayaan di semua hospital dan Pusat Kesihatan Daerah yang menawarkan jenis intervensi perubatan dan klinikal. 

Pada peringkat umur 4 hingga 6 tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan Program Prasekolah Pendidikan Khas bagi ketiga-tiga kategori ketidakupayaan iaitu ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pembelajaran mulai tahun 2003.

Di peringkat KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat pula menyediakan perkhidmatan intervensi awal dari umur lahir hingga dewasa dengan menubuhkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan pusat-pusat jagaan khusus untuk semua kategori ketidakupayaan yang menawarkan jenis intervensi sosial dan pendidikan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO)(Jabatan Kebajikan Masyarakat, 2007).

Dalam  Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya (OKU , 2008), telah termaktub kepentingan pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya atau komorbiditi dengan melaksanakan pengesanan awal dan intervensi awal. Justeru, selaras dengan akta tersebut, guru dan ibu bapa memainkan peranan penting dengan mengambil tindakan awal. Antara tindakan awal adalah dengan merujuk kepada pakar atau pengamal perubatan apabila ketidakupayaan dikesan.

Program Intervensi Awal Kanak-kanak atau Early Intervention Programme (EIP) merupakan program yang dikhususkan kepada kanak-kanak bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas dan yang telah dikenal pasti mengalami kelewatan perkembangan (development delay) atau ketidakupayaan dalam perkembangan kanak-kanak. Pelbagai bentuk pendidikan dan terapi, seperti physiotherapy, occupational therapy, speech therapy dan hydrotherapy disediakan dalam program ini untuk membantu kanak-kanak istimewa ini beradaptasi dalam masyarakat tanpa rasa tersisih dengan kebolehan dan potensi mereka.

Development delay atau kelewatan perkembangan bermaksud kelewatan dalam pergerakan, percakapan dan kurang bermain berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Secara kebiasaanya, kanak-kanak yang mengalami kelewatan perkembangan akan mempunyai pergerakan yang perlahan atau bergerak secara berbeza dengan kanak-kanak tipikal yang lain. Kelewatan perkembangan ini melibatkan otot badan yang besar yang mengawal pergerakan tangan dan kaki.

Oleh sebab itu, Program Intervensi Awal sangat diperlukan dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Melalui EIP, ahli terapi dapat membantu ahli keluarga dalam perkembangan bayi  dan kanak-kanak dari segi perkembangan diri dan aktiviti harian. EIP perlu dilaksanakan dengan seawal yang mungkin supaya dapat meningkatkan kualiti hidup bayi dan kanak-kanak selain dapat mengurangkan beban ahli keluarga.

Menurut Profesor Madya Dr. Hasnah Toran, pensyarah kanan di UKM yang juga merupakan pakar dalam bidang intervensi awal, autisme dan Pendidikan Khas, kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pelbagai terapi yang perlu dimulakan seawal mungkin kerana kajian telah membuktikan bahawa lebih awal terapi dimulakan, ia akan lebih berkesan. Terapi-terapi yang diterima diperingkat awal usia inilah yang dikenali sebagai intervensi awal. 

Ibu bapa tidak perlu menunggu sehingga anak mencapai usia formal persekolahan iaitu tujuh tahun baru mula mendidik anak-anak kerana sebaik-baiknya intervensi dimulakan seawal mungkin supaya anak berada di dalam keadaan yang lebih baik apabila mula memasuki alam persekolahan. Impak positif intervensi awal bukanlah hanya kepada anak berkeperluan khas kerana intervensi awal juga didedahkan kepada ibu bapa dalam bentuk maklumat, latihan, bengkel, konsultansi serta kaunseling. Tujuan perkhidmatan intervensi awal disalurkan kepada ibu bapa adalah untuk memperkasakan mereka sehingga mereka mampu menjadi advokat yang terbaik dalam mendapatkan pendidikan serta sokongan untuk anak dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan untuk membantu mereka.

Program Bantuan Anak Istimewa Selangor (ANIS) 


Di negeri Selangor, Program Bantuan Anak Istimewa Selangor dalam singkatan ANIS telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018.

✅Maklumat lanjut mengenai Program Intervensi Awal ANIS boleh dirujuk di laman web ANIS di sini: https://www.anisselangor.com/

✅Untuk dapatkan lebih pengetahuan dan panduan tentang autisme, boleh beli buku ini (Autisme: Panduan Ibu Bapa): https://bit.ly/3tUUEy7


Tujuan ANIS

Maklumat Program Intervensi Awal ANIS

Syarat permohonan dan dokumen yang diperlukan


Sumber:

Autisme: Panduan Untuk Ibu Bapa Oleh Prof. Madya Dr. Hasnah Toran [Buku]



📚AUTISME: PANDUAN UNTUK IBU BAPA

💰RM35, 272 muka surat
🌀Beli di sini: https://shope.ee/8zfxfGKq2x

📌Buku ini hasil penulisan Prof. Madya Dr. Hasnah Toran, Pensyarah Kanan di UKM yang mempunyai kepakaran dalam Intervensi Awal, Pendidikan Khas & autisme.

📌Beliau sendiri mempunyai dua orang anak yang mengalami autisme yang berusia 28 dan 15 tahun.

📌Buku ini menerangkan mengenai autisme secara menyeluruh dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Ibu bapa serta guru boleh menggunakan buku ini sebagai rujukan untuk memahami segala aspek mengenai autisme.

📌Setiap keluarga yang mempunyai anak autisme wajib memiliki buku ini dalam usaha untuk memahami anak dan menyokong perkembangannya.

Apakah Itu Sindrom Down?

📌Apakah itu Sindrom Down?

1. Sindrom Down ialah penyakit keturunan. Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit.

2. Sindrom Down berpunca daripada kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21. Terdapat kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang pada seorang kanak-kanak yang juga dikenali sebagai Trisomi 21. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Hal ini bermaksud kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 47 jumlah kromosom berbanding 46 (23 pasang) bagi kanak-kanak tipikal. Kecelaruan kromosom tersebut memberi kesan kepada perkembangan otak dan tumbesaran kanak-kanak.

3. Sindrom Down terbahagi kepada tiga (3) tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. 

4. Sindrom Down telah dikategorikan sebagai kurang upaya pembelajaran. Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

5. Kekerapan atau kadar kejadian Sindrom Down secara keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

6. Sindrom Down disahkan melalui ujian darah kanak-kanak bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid).


📌Ciri-Ciri Fizikal Kanak-Kanak Sindrom Down

  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.

📌Strategi Pengajaran & Pembelajaran Sindrom Down

1. Menggunakan gambar, simbol, ilustrasi dalam kehidupan seharian atau dalam kelas.
2. Mewujudkan rutin atau aktiviti berstruktur dan sebaiknya disokong dengan gambar.
3. Menggunakan font yang besar atau warna yang kontra dalam lembaran kerja.
4. Melaksanakan pendekatan inklusif di sekolah, rumah mahupun aktiviti sosial.
5. Mengadakan Sistem Ganjaran.
6. Menerapkan penggunaan alat teknologi dalam sesi pengajaran.




Sumber: 

Apakah Itu Autisme?

📌Apakah Itu Autisme?

-Sejenis kecelaruan neurologikal yang mendatangkan impak kepada perkembangan otak.
-Otak berfungsi secara berbeza untuk memproses maklumat daripada persekitaran.
-Tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang ketara.

📌Impak Autisme
 
💚Sosial Dan Komunikasi

-Kurang respon apabila dipanggil.
-Cenderung untuk bermain sendirian.
-Sukar menyertai perbualan dengan orang lain.
-Kurang memahami cara untuk berkomunikasi dengan orang lain.

💚Tingkah Laku

-Pergerakan yang berulang
-Sukar menerima perubahan rutin.
-Mempunyai fokus dan minat yang terhad.

📌Fakta Mengenai Autisme

-Bukan sejenis penyakit.
-Merupakan kondisi yang mempunyai spektrum tersendiri.
-1:68 individu mengalami autisme.
-Boleh didiagnos seawal umur 18 bulan.
-Penyebab autisme masih belum diketahui.
-Penawar belum ditemui.
 
📌Mitos Tentang Autisme

-Tidak semua individu autisme hiperaktif / agresif/ terencat akal.
-Gajet bukan penyebab autisme.
-Vaksin bukan penyebab autisme.
-Autisme bukan disebabkan oleh gangguan mistik.
-Tidak semua individu autisme sangat berbakat.


Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) KPM

Sebagai guru yang terlibat dengan murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran khususnya saya sebagai guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dengan murid-murid yang tidak dan sukar menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M), adalah penting untuk guru mengetahui prosedur, tatacara atau langkah-langkah membuat pengesahan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) atau sekurang-kurangnya tahu di manakah tempat yang boleh ibu bapa pergi untuk merujuk anak mereka kepada pakar atau pengamal perubatan.

Salah satu tempat yang sesuai adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK). Pusat 3PK merupakan pusat khidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk saringan/ penilaian, terapi, konsultasi, latihan atau khidmat sokongan di sekolah kepada kanak-kanak/ murid berkeperluan khas.

Secara umumnya, proses saringan di 3PK beroperasi mengikut janji temu pada waktu pejabat. Tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap sesi janji temu kerana perkhidmatannya disediakan secara PERCUMA. Saya berpengalaman membawa seorang anak murid saya ke pusat 3PK di Putrajaya untuk menjalani saringan MBPK. Pada ketika itu murid tersebut berada di tahun 5. Selepas beberapa kali temu janji untuk melengkapkan proses saringan, akhirnya murid tersebut disahkan sebagai MBPK oleh doktor di sebuah hospital kerajaan, walaupun pada ketika itu anak murid saya sudah berumur 12 tahun. Bekas anak murid saya kekal di sekolah asal sehingga berumur 14 tahun dan mengikuti Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang ada di sekolah kerana mengambil tempoh pelanjutan 2 tahun di sekolah rendah sebagai salah satu keistimewaan MBPK.

Para ibu bapa yang berkeperluan untuk mengetahui masalah yang dihadapi anak masing-masing, khususnya masalah dalam pembelajaran, bolehlah merujuk kepada pusat 3PK yang berhampiran di negeri masing-masing. Selain pusat 3PK, ibu bapa juga boleh merujuk anak ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan.

Sila rujuk info yang dilampirkan di bawah ini untuk maklumat lanjut.









Sumber: Pusat 3PK

20 Buku Bacaan Berperingkat / Bacaan Bergred Untuk Murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas & Prasekolah

Salam sejahtera.

Buku bacaan berperingkat atau bacaan bergred ini merupakan terbitan Bahagian Pendidikan Khas, KPM pada tahun 2014 untuk kegunaan Program Pemulihan Khas. Ia terdiri daripada dua siri iaitu siri 1 dan siri 2. Setiap siri mempunyai 10 buah buku bacaan yang berlainan tajuk dan bahan bacaan diolah secara berperingkat bersesuaian dengan tahap murid Pemulihan Khas, Pendidikan Khas, Prasekolah dan juga kanak-kanak yang masih belum lancar membaca.

Buku ini dimulakan dengan gambar dan perkataan berasaskan pengalaman murid. Perkataan-perkataan baharu yang diperkenalkan berasaskan konsep bunyi-bunyi suku kata. Setiap perkataan diwarnakan berdasarkan bunyi suku kata untuk memudahkan bacaan selain dapat menarik minat murid.

Buku Bacaan Siri 1


- mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- memuatkan kemahiran pemulihan 5 – 15.
- suku kata yang berwarna memudahkan bacaan murid.
- kepelbagaian kandungan adalah sebagai motivasi dan keyakinan diri murid untuk membaca sendiri.
- terdapat latihan pada bahagian akhir buku bacaan. Latihan berbentuk soalan pemahaman bermula dengan buku bacaan siri 1 buku 6.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Sara dan Sani
2. Hobi
3. Keluarga
4. Kawan
5. Tempat Tinggal
6. Haiwan Peliharaan
7. Makanan Kegemaran
8. Bilik Darjah
9. Guru Sekolah
10. Sekolah

Buku Bacaan Siri 2


- Mengandungi 10 siri buku yang berlainan tajuk.
- Bermula kemahiran pemulihan 16 - 32.
- Suku kata tidak berwarna.

Tajuk Buku Bacaan Siri 1


1. Berkelah
2. Melawat Zoo
3. Balik Kampung
4. Pusat Sumber Sekolah
5. Membeli Belah
6. Hari Sukan
7. Hari Anugerah
8. Perayaan
9. Sambutan Hari Lahir
10. Kerja Amal

Muat Turun (Download) Buku Bacaan


1. Buku Bacaan Siri 1: Buku Bacaan Siri 1
2. Buku Bacaan Siri 2: Buku Bacaan Siri 2
3. Buku Bacaan Siri 1 & Siri 2: Telegram Cikgu Haseni


Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 1

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani m/s 11



Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - senarai perkataan

Siri 1 Buku 1 - Sara & Sani - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 10

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 12 - latihan

Siri 1 Buku 10 - Sekolah m/surat 11 - senarai perkataan

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung

Siri 2 Buku 3 - Balik Kampung m/surat 12

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 6

Siri 2 Buku 9 - Sambutan Hari Lahir m/surat 11

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal

Siri 2 Buku 10 - Kerja Amal - latihan pemahaman

Sumber:
1. Bahagian Pendidikan Khas, KPM

Himpunan & Koleksi Video PdP / Video Pembelajaran / Video Pendidikan Kemahiran Asas Membaca Bahasa Melayu

Salam semua.

Terima kasih kerana berkunjung ke blog Cikgu Hijau.

Di sini saya sertakan himpunan dan koleksi video PDP yang telah saya hasilkan semenjak pelaksanaan PDPR pada tahun lepas. Semua video yang dihasilkan saya gunakan sepenuhnya sebagai bahan PDPR anak-anak murid saya sepanjang tempoh pelaksanaan PDPR tersebut.

Penggunaan video dan medium perkongsian video seperti Youtube sangat membantu dan memudahkan tugas saya sebagai guru Pemulihan Khas dalam melaksanakan PDPR.

Murid-murid juga memberikan maklum balas yang positif di mana mereka teruja apabila saya menayangkan semula video-video ini ketika tempoh PdPc bersemuka secara fizikal dilaksanakan sebelum ini.

Alhamdulillah dan terima kasih Akademi Youtuber Guru Malaysia atas peluang yang diberikan kepada guru-guru di seluruh Malaysia khususnya saya sendiri kerana dapat mempelajari cara-cara menghasilkan video dan cara-cara berkongsi video yang telah dihasilkan di platform Youtube.

Dan inilah hasilnya, sekurang-kurangnya buat masa ini.

HIMPUNAN/ KOLEKSI VIDEO (PLAYLIST): http://gg.gg/AsasMembacaMenulis






Video PDP Kemahiran 32: Bacaan & Pemahaman
1. Siri 1 - Bawang Merah: https://youtu.be/xgTZ8xPNmHU
2. Siri 2 - Bawang Putih: https://youtu.be/N41CinagA24
3. Siri 3 - Bawang Besar: https://youtu.be/OVjsxiAF6yI
4. Siri 4 - Kacang Tanah: https://youtu.be/4x0tpEOge8I
5. Siri 5 - Kacang Panjang: https://youtu.be/b-TgrecZRKI
6. Siri 6 - Kacang Hijau: https://youtu.be/H5hm2MApRzM
7. Siri 7 - Kacang Soya: https://youtu.be/sv_Mr-5vm8s
8. Siri 8 - Kacang Buncis: https://youtu.be/iEERTdI5IZ4
9. Siri 9 - Pisang Emas: https://youtu.be/Bz2IZH9mNqw
10. Siri 10 - Pisang Tanduk: https://youtu.be/31vuYocHHmc



Video PDP Kemahiran 7: Perkataan KV+KV+KV
1. Siri 1 - Kerusi Kayu: https://youtu.be/u57B5WHjOhA
2. Siri 2 - Kereta Baharu: https://youtu.be/_xiHJEorWa8
3. Siri 3 - Kelapa Muda: https://youtu.be/9Rj9FJ3QK8U
4. Siri 4 - Ubi Keladi: https://youtu.be/tj_Roc8dTxE
5. Siri 5 - Baju Kemeja: https://youtu.be/3b9eUL8mQQk
6. Siri 6 - Baju Kebaya: https://youtu.be/YPeOSRu2xRs
7. Siri 7 - Baju Melayu: https://youtu.be/VDu_K3HlAy4
8. Siri 8 - Buku Cerita: https://youtu.be/pJ3GOxOvbA8



Perkongsian aktiviti PdPc:
1. Kemahiran 7 - Gunting, Cerakin, Susun & Baca Perkataan KV+KV+KV: https://youtu.be/um9z7zqXoyE
2. Kemahiran 7 - Pembelajaran kolaboratif membaca perkataan KV+KV+KV : https://youtu.be/iIZ7whWY0RI
3. Kemahiran 7 - Gunting, cerakin, cantum, bina & baca perkataaan KV+KV+KV daripada suku kata KV : https://youtu.be/um9z7zqXoyE
4. Kemahiran 18 - Permainan bahasa 'Word Search' KV+KVKK : https://youtu.be/fbdcvXTPA2M
5. Kemahiran 18 - Gunting, suai & padan gambar dengan perkataan / frasa : https://youtu.be/9qVGu5dW1BE
6. Kemahiran 31 - Baca, susun dan cantum perkataan / frasa membentuk ayat : https://youtu.be/40PcMhXv_aw
7. Kemahiran 31 - Baca, susun dan cantum perkataan/ frasa membentuk ayat : https://youtu.be/3BKa0xgfjT8
8. Kemahiran 32 - Kaedah Sebut Baca Tulis menggunakan Modul SEBATU dalam pengajaran
9. Kemahiran Membaca Bahasa Melayu: https://youtu.be/q6PdaWopgOE




Ciri-Ciri Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Sedikit nota ringkas tentang ciri-ciri murid berkeperluan khas (MBK). Kredit to Wan Izimasha@slideshare.