1.1 Pendekatan KPM - berdasarkan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN)
- 3 Nilai Ambang iaitu:
kadar vaksinasi
kapasiti hospital
data kemasukan ke hospital
1.2 Pembukaan Sekolah akan dibuat seperti berikut:
a. Fasa 1 - sekolah tidak dibuka.
b. Fasa 2
- sekolah dibuka bagi kelas Tingkatan 6 Semester 2 (STPM) - murid Berkeperluan Khas (MBK) / Kelas PPKI dibenarkan hadir ke sekolah
c. Fasa 3
- sekolah dibuka untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6, kelas Peperiksaan Antarabangsa - kelas Prasekolah
- kelas PPKI/MBK
d. Fasa 4
- kelas peperiksaan & murid-murid lain secara berperingkat. - Sistem Penggiliran:
murid/pelajar ke sekolah mengikut tahun/tingkatan & minggu.
SMK - tingkatan 5&6, tingkatan 3&4 dan tingkatan 1&2
SK MBK, Prasekolah
murid tahap 1 akhir bulan Oktober
murid tahap 2
kehadiran murid secara bergilir 50%
murid akan dibahagikan 50% untuk kehadiran mengikut kelas
- Tujuan:
Guru mudah mengawal murid
Kadar jangkitan dalam kalangan murid dapat dikurangkan
2. PENGURUSAN SOP
2.1 Pemakaian 'facemask' DIWAJIBKAN semua murid guru & warga sekolah
- semua langsir & poster dalam kelas perlu ditanggalkan bagi tujuan pengudaraan yang baik - tingkap perlu dibuka sepanjang masa
2.2 Makan dalam kelas semasa rehat kecuali kelas berhawa dingin perlu di luar kelas
- Jika di luar risiko lebih tinggi dalam kelas lebih baik
2.3. PJK
- boleh dilaksanakan - elak berkumpul & bersalin pakaian di sekolah (berpakaian PJ dari rumah)
2.4. Guru 'ingkar divaksin'
- tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka - ditempatkan di bilik berasingan - diberikan tugasan lain (akan ditentukan oleh KPM)
2.5. Vaksinasi murid
- bermula umur 12 hingga 17 Tahun - bawah 12 tahun akan ditetapkan kemudian
2.6. Pembukaan sekolah secara penggiliran
- bertujuan mendekatkan murid kembali ke sekolah - tempoh PDPR yang terlalu lama menjejaskan emosi dan semangat mereka - peluang guru mengenal pasti perkembangan murid & membuat program intervensi
2.7 Jika sekolah ada kes positif COVID-19?
- penutupan sekolah ditentukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
2.8. Murid bergejala dari rumah
-tidak perlu hadir ke sekolah -Ibu bapa perlu memaklumkan kepada pihak sekolah
2.9. Murid bergejala di sekolah
- diasingkan - sekolah akan dibekalkan alat Ujian Kendiri (Self Test Kit)
2.10 Murid Sekolah Berasrama yang kembali ke sekolah
- akan diuji tahap kesihatan mengikut hari iaitu:
hari pertama, hari ke-6 dan hari ke-14
2.11. Takwim Persekolahan 2022
- dilaksanakan seperti pelajar SPM 2020 & 2021 - bulan Jan dan Feb - murid kekal di tahun / tingkatan semasa Tahun 2021 - bulan Mac - naik kelas/tingkatan mengikut Tahun 2022
- Contoh:
murid Tahun 6 (2021) kekal di kelas Tahun 6 pada bulan Jan & Feb 2022
Bulan Mac - Naik kelas Tingkatan 1
- ini bertujuan bagi Program Intervensi & 'polish' kembali murid
Sidang media Menteri Kanan Pendidikan, YB Dr. Radzi Jidin pada 12 September 2021, Ahad yang lalu telah mengumumkan pelan dan SOP pengoperasian sekolah dan juga pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober 2021 tertakluk kepada fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Paling penting, sistem penggiliran akan dilaksanakan iaitu murid di dalam sesebuah kelas akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan akan bergilir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan. Sistem penggiliran ini pernah dicadangkan ramai sebelum ini termasuklah saya sendiri dan akhirnya ia bakal dilaksanakan.
Sebagai guru Pemulihan Khas, saya sering kali melakukan penambahbaikan dengan sedikit sentuhan inovasi kepada amalan pengajaran dan pembelajaran saya di bilik darjah supaya murid-murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajari dengan cepat dan lebih berkesan.
Kali ini saya ingin berkongsi satu teknik pengajaran kemahiran asas membaca yang saya namakan sebagai Praktis Cepat Membaca (PraCeM). Teknik ini saya ubahsuai berasaskan kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB).
KVB adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal (Contoh: ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za).
Dalam pengajaran kemahiran awal membaca menggunakan Teknik Praktis Cepat Membaca (PraCeM), pengajaran dimulai dengan mengenal SATU HURUF VOKAL kemudian menyebut suku kata hasil cantuman huruf konsonan dan huruf vokal yang dipelajari (K+V), kemudian membaca perkataan (KV+KV) seterusnya membaca frasa dan ayat dalam petikan yang mudah (KV+KV) sebagai pengukuhan dan pengayaan kepada bacaan yang dipelajari.
Langkah-langkah pengajaran:
1. Menyebut nama huruf vokal.
2. Membunyikan huruf vokal.
3. Menyebut suku kata (Sebut huruf konsonan dan huruf vokal).
4. Membaca perkataan (tanpa perlu mengeja/membatang perkataan).
5. Membaca Frasa dan ayat mudah (tanpa perlu mengeja/membatang perkataan).
Video Pembelajaran & Latihan: Praktis Cepat Membaca