Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dan Permohonan Kemasukan Ke MRSM

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM adalah sekolah berasrama penuh (SBP) yang dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). MRSM hanya menyediakan pendidikan menengah kepada murid-murid warganegara Malaysia bermula tingkatan satu sehingga tingkatan lima. Sehingga tahun 2022, terdapat sebanyak 55 buah MRSM yang sedang beroperasi di seluruh Malaysia. Pada tahun 2002, MARA mengubah polisi kemasukan murid dengan menyediakan kuota sebanyak 10% diberikan kepada murid bukan bumiputera. Bermula tahun 2020, nisbah murid bumiputera dan bukan bumiputera di MRSM adalah 95% bumiputera dan 5% bukan bumiputera.

MRSM ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan. Cadangan penubuhan institusi MRSM ini timbul seawal tahun 1968, bagi melahirkan golongan bumiputera yang pakar dalam bidang sains dan teknologi. Justeru, MRSM memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada murid-murid bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

MRSM menawarkan program pendidikan SPMRSM yang menggabungkan kurikulum standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kurikulum khas MARA dan murid-murid MRSM menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar tingkatan lima. Di MRSM, terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dilaksanakan. 




Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4


Cara membuat permohonan ke MRSM:
  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Baca dan fahami terlebih dahulu semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.  Maklumat Program MRSM: Info MRSM
  3. Untuk memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.



Sumber:

8 Websites Artificial Intelligence (AI) Yang Pintar Selain ChatGPT

Selain ChatGPT yang begitu popular masa kini, terdapat 8 lagi AI (Artificial Intelligence) websites yang boleh membantu mempercepat proses kerja sekaligus menjimatkan masa.

1. Scribe - guide & tutorials: https://scribehow.com/
2. Agent GPT - carian: https://agentgpt.reworkd.ai/
3. Tripnotes - travel planning: https://tripnotes.ai/app
4. Gamma - presentation: https://gamma.app/
5. Rose - visualizing data: https://rose.ai/
6. Beautiful AI - presentation: https://www.beautiful.ai/
7. Durable - build a website: https://durable.co/
8. Huberman AI - podcasts: https://dexa.ai/huberman










Kredit: Marketing Mentor