huhuhu...petikan dari laman web CUEPACS
KUALA LUMPUR, 21 April 2016 (Bernama)
Pengunaan aplikasi media sosial seperti Group WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan di khuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam, demikian menurut seorang Senator.
Senator Datuk Mariany Mohammad Yit berkata terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka.
Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja.
"Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular.
"Terdapat juga jabatan kerajaan yang menjadikan aplikasi group WhatsApp sebagai saluran komunikasi," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan. "(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam," katanya.
Beliau berkata JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan.
Sumber:
- http://cuepacs.blogspot.my/2016/04/dewan-negara-penggunaan-aplikasi-grup.html
- http://www.sinarharian.com.my/nasional/penggunaan-grup-whatsapp-boleh-jejas-psikologi-1.512173