Namun begitu, pada hari ke-58 PKP, tanggal 21 Ramadan 1441H iaitu pada 14 Mei 2020 hari Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengumumkan Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain secara berperingkat mulai 22 Ramadhan, 15 Mei 2020 dan perlu mengikut garis panduan (SOP) yang ditetapkan.
Soalan Lazim (FAQS) Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan solat berjemaah dan solat Jumaat semasa PKPB |
Soalan Lazim (FAQS) Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkaitan solat berjemaah dan solat Jumaat semasa PKPB |
SOP perlu dipatuhi bagi mengelakkan timbul kluster baharu jangkitan COVID19 seperti yang pernah berlaku di masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur |
Jumlah masjid/surau yang dibuka di seluruh negara pada Hari Raya Aidilfitri dan solat Jumaat |
SOP dan norma baharu solat berjemaah di masjid |
Namun begitu masih ramai orang bertanya kenapa masjid, surau ditutup kepada orang awam tetapi pasar, 'shopping mall', restoran pula dibuka? Malangnya bukan sekadar bertanya tetapi seolah-olah mempertikaikan keputusan pihak berkuasa (kerajaan) dengan membuat komen-komen dan hantaran negatif di media sosial seperti kelihatan mereka yang lebih arif, bijak, tepat dan relevan.
Memandangkan saya bukan 'ahli' dalam hal ini (amat jauh sekali), maka tidak perlu untuk saya mengulas, memberi komen atau 'membawang' dalam isu ini. Seeloknya kita serah sahaja urusan ini kepada orang yang sepatutnya dan jika ada kekeliruan, bertanyalah kepada mereka yang berkenaan dan berkelayakan mengikut saluran yang betul. Tidak sesukar mana pun kerana zaman sekarang adalah zaman maklumat berada di hujung jari. Lagi pun mereka yang berautoriti ini rata-rata mempunyai akaun media sosial rasmi masing-masing yang boleh dihubungi bila-bila masa oleh sesiapa sahaja.
Sebaliknya, saya sebagai orang awam hanya mampu berkongsi beberapa pandangan yang menjawab isu ini. Semoga kita semua menjadi warga yang taat pada ulul-amri (pemerintah) dalam lingkungan batas syariat dan sentiasa mendapat bimbingan dan dakapan rahmat Allah SWT.
Pandangan Dr. Aizam Mas'ud |
Pandangan YB Nik Mohamad Abduh, Ahli Parlimen PAS |
Ayahanda Abdul Rani Kulop |
Sumber & bacaan lanjut:
1. https://twitter.com/myjakim/status/1257076663344455680?lang=en
2. https://ismaweb.net/2020/05/14/senarai-sop-untuk-solat-jumaat-jemaah-di-masjid-dan-surau-terpilih/
3. https://www.facebook.com/drzulkiflialbakri
4. https://www.facebook.com/aizam.masud
5. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/05/576820/sop-solat-berjemaah-di-masjid-dipersembah-kepada-agong?fbclid=IwAR1fNYjFAExWJMmesoTCcYzDtIPaCxOQiyk83BWzDNZYE_O-JQZozsHcCMM
6. https://www.sinarharian.com.my/article/85386/EDISI/Utara/Minggu-kedua-solat-Jumaat-semua-masjid-patuh-SOP?fbclid=IwAR1lk5WEC1drabw9ea0IIYh3U3cpuxS8NmuD4VKAdiYWO9g9zMMLVADJS9c