Set
Instrumen Kemahiran Asas Matematik (IKAM) Sekolah Rendah ini disediakan oleh
Unit Pemulihan Khas, Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia merupakan bahan sokongan untuk guru-guru Pemulihan Khas dalam membantu
murid tahun 4, 5 dan 6 yang masih belum menguasai kemahiran asas mengira. Set instrumen IKAM ini mengandungi 152 muka surat.
Set IKAM ini mengandungi:
1) Instrumen Saringan
- dilaksanakan pada awal tahun
- diuji kepada murid yang dikenalpasti masih tidak menguasai kemahiran mengira
- melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
- ditadbir oleh guru pemulihan atau guru guru mata pelajaran
- soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor, nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi.
2) Instrumen Pelepasan Tahap 1
- sebagai latihan kepada murid
- soalan terdiri drp tajuk pranombor, konsep nombor, mengecam nombor,
nombor hingga 100, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.
3) Instrumen Pelepasan Tahap 2
- dilaksanakan pada 3X setahun iaitu pada Januari, Jun dan Oktober
- diuji kepada murid untuk tujuan pelepasan murid ke kelas perdana.
- diuji selepas murid selesai belajar operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
- sekiranya murid tidak lulus, murid dikira belum menguasai dan perlu mengulangi semula PdP
- murid yang lulus boleh kembali ke kelas arus perdana.
- tajuk diuji terdiri daripada operasi tambah, tolak, darab, bahagi, masa dan waktu, wang, penyelesaian masalah.
4) Borang Rekod Saringan dan Pelepasan
Klik link berikut untuk muat turun:
DOWNLOAD Set IKAM Sekolah Rendah
Kredit:
Cikgu Mat Zaidi bin Dahlan