Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

Penutupan Sekolah KPM Akibat Jerebu dan Pelaksanaan PDPR Bermula 9 Oktober 2026

KPM melalui kenyataan media pada 8 Oktober 2026 memaklumkan bahawa sekolah hendaklah ditutup apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu berdasarkan ketetapan berikut:

  • Bacaan IPU melebihi 180: Sekolah ditutup dan laksanakan PdPR.
  • Bacaan IPU melebihi 150 hari berturut-turut: Sekolah ditutup dan laksanakan PdPR.
  • Guru dan AKP bekerja dari rumah (BDR)

Antara sekolah yang ditutup bermula pada hari Jumaat, 9 Oktober 2026 ialah Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta daerah Rompin, Pahang.



Panduan Operasi Pelaksanaan PDPR 2026


Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) boleh dilaksanakan menggunakan pendekatan seperti berikut:

  • Dalam talian - online melalui platform digital
  • Luar talian - offline menggunakan buku teks, modul, lembaran kerja, aktiviti projek
  • Hibrid - gabungan online dan offline
  • Kendiri - pembelajaran kendiri menggunakan bahan yang disediakan











Sumber:
  1. KPM
  2. Sektor Pembelajaran JPN Negeri Sembilan

Kalendar Akademik Sesi 2027 & Cuti Perayaan Tahun 2027 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

KPM melalui surat siaran bertarikh 2 Oktober 2026 memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Tahun 2027 bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan akan bermula pada 4 Januari 2027 seperti berikut:

  • Kumpulan A: 4 Januari 2027 - 2 Disember 2027
  • Kumpulan B: 4 Januari 2027 - 3 Disember 2027
*Kumpulan A - Kedah, Kelantan, Terengganu
*Kumpulan B - Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan)

Maklumat lengkap Kalendar Akademik Tahun 2027 serta cuti perayaan boleh dimuat turun pada pautan berikut di https://www.moe.gov.my/kalendar-akademik-semasa











DELIMA 3.0 Sediakan 16 Aplikasi Kecerdasan Buatan / Artificial Intelligence (AI) & Pembantu Digital Chatbot DETa

Pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) 3.0 yang dilancarkan pada 20 Julai 2026 merupakan versi kemas kini DELIMa 2.0 yang dinaik taraf, menjadikan pelantar berkenaan sebuah ekosistem pembelajaran digital yang lebih interaktif, fleksibel, bersepadu, mudah diakses dan mesra pengguna yang memaparkan antara muka (interface) yang lebih moden, kemas dan navigasi intuitif.

DELIMa 3.0 mengintergrasikan 16 aplikasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) seperti Chat GPT, Notebook LM, Gemini AI, MS Copilot AI, SUNO AI, Perplexity secara bersepadu.



Menurut KPM, Setakat 30 Jun 2026, aplikasi AI yang mencatatkan penggunaan tertinggi dalam kalangan guru ialah ChatGPT dengan 208,836 penggunaan, diikuti Gemini AI sebanyak 175,765 penggunaan, dan NotebookLM sebanyak 130,099 penggunaan.

DETa (Digital Educational Teaching & Learning Assistant)


DELIMa 3.0 kini juga diperkasakan dengan DETa (Digital Educational Teaching & Learning Assistant) iaitu satu chatbot pintar berasaskan AI bagi membantu guru dan murid memanfaatkan sumber rasmi KPM.

DETa merupakan pembantu digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam DELIMa 3.0 yang membantu pengguna mendapatkan sokongan berkaitan pembelajaran dan pengajaran. Pengguna boleh mendapatkan bantuan seperti penerangan topik, idea pembelajaran, cadangan aktiviti serta maklumat berkaitan pendidikan secara lebih pantas dan interaktif.

Antara fungsi chatbot DETa ialah membantu guru mencadangan kandungan pengajaran mengikut kesesuaian, manakala bagi murid pula ia boleh membantu mendapat jawapan dan bahan cadangan pembelajaran yang spesifik mengikut subjek masing-masing.



Apa Yang Baharu Di DELIMa 3.0?


1. Ruang Aplikasi

Ruang Aplikasi menyediakan akses kepada pelbagai aplikasi digital yang menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan pengurusan pendidikan. Pengguna boleh mengakses aplikasi yang tersedia melalui satu platform bersepadu dalam DELIMa 3.0.

2. Beg Sekolah/ Laluan Pembelajaran

Beg Sekolah Digital menghimpunkan buku teks digital, buku aktiviti dan bahan sokongan pembelajaran dalam satu ruang yang mudah diakses oleh murid.

Melalui Laluan Pembelajaran, murid turut menerima cadangan bahan yang berkaitan dengan topik yang sedang dipelajari, termasuk video dan sumber digital daripada pelbagai saluran pendidikan. Ini menjadikan pengalaman pembelajaran lebih tersusun, mudah diteroka dan diperibadikan mengikut keperluan murid.

3. DETa (Digital Educational Teaching & Learning Assistant)

4. Hab Latihan Digital

Ia menyediakan pelbagai kursus dan latihan yang boleh disertai oleh pengguna. Pengguna boleh mendaftar, mengikuti kursus, serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembelajaran kendiri.

5. Sijil & Lencana Digital

Bahagian ini membolehkan pengguna melihat, menyimpan dan mengurus koleksi sijil serta lencana digital yang diperoleh selepas melengkapkan kursus, latihan atau aktiviti tertentu dalam DELIMa 3.0.

6. Portfolio Digital

Portfolio Digital merekodkan perjalanan pembelajaran dan pencapaian pengguna dalam DELIMa 3.0. Setiap kursus yang diselesaikan, sijil yang diterima dan lencana yang diperoleh dihimpunkan sebagai rekod perkembangan yang tersusun.

Bagi murid, ia membantu merekod pencapaian pembelajaran, manakala bagi guru, ia mencerminkan perkembangan ilmu, kemahiran dan profesionalisme secara berterusan. Portfolio Digital memastikan setiap pencapaian pembelajaran dapat direkod, diiktiraf dan dikongsi dengan lebih mudah.

7. Pengumuman

Pengguna boleh mendapatkan maklumat dan pengumuman terkini berkaitan aktiviti, kursus, latihan serta maklumat penting lain yang dikongsikan melalui platform DELIMa 3.0.

8. Ruang Ilmu

Ruang Ilmu menyediakan ruang perkongsian bahan pembelajaran, sumber pendidikan dan maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti pengguna DELIMa 3.0. Fungsi ini membantu menggalakkan perkongsian ilmu dan pembelajaran secara kolaboratif.

9. Kelas Digital

Kelas Digital membolehkan guru mengurus pembelajaran secara lebih tersusun dengan menyediakan dan menyampaikan tugasan kepada murid.

Dengan sokongan DETa, guru boleh mendapatkan cadangan kandungan pembelajaran, membuat penyesuaian mengikut keperluan murid dan seterusnya menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih bersesuaian. Melalui Kelas Digital, pembelajaran menjadi lebih fleksibel, responsif dan diperibadikan mengikut tahap serta keperluan setiap murid.

Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) Tahun 4 Mulai 2026 Dan Tingkatan 3 Mulai 2027


Matriks Pembelajaran Malaysia (MPM) merupakan satu bentuk pentaksiran baharu kepada murid sekolah rendah (tahun 4) dan murid menengah rendah (tingkatan 3) yang melengkapkan pentaksiran awam sedia ada pada semua peringkat persekolahan. MPM bermula tahun ini, 2026 bagi murid tahun 4 sekolah rendah manakala tingkatan 3 akan bermula pada tahun depan, 2027.

MPM dilaksanakan untuk mengesan tahap penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid yang terlibat yang membolehkan intervensi pendidikan dilaksanakan secara lebih berfokus. Ia bukan pengganti kepada UPSR atau PT3.



MPM bagi tahun 4, mata pelajaran yang terlibat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Bahasa Cina SJKC, Bahasa Tamil SJKT. Bagi Tingkatan 3, mata pelajaran yang terlibat ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Matriks Pembelajaran ditadbir secara berpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).



Jadual Waktu Matriks Pembelajaran Malaysia Tahun 4


MPM Tahun 4 dijadualkan akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2026 selama 3 hari:

  • Selasa, 6 Oktober 2026 - Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • Rabu, 7 Oktober 2026 - Matematik dan Sains
  • Khamis, 6 Oktober 2026 - Bahasa Cina (SJKC), Bahasa Tamil (SJKT)







Sumber:

Hadiah Hari Guru 2026



YB Menteri Pendidikan membuat pengumuman khas beberapa inisiatif untuk guru bersempena Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2026. Antaranya adalah:

1. Kursus Google Certified Educator (GCE) diteruskan secara percuma kepada semua guru
  • GCE Tahap 1: RM40 seorang
  • GCE Tahap 2: RM100 seorang

Kursus ini menfokuskan kepada peningkatan kompetensi digital dan pembelajaran abad ke-21 (PAK21).

2. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Khas untuk guru sekolah rintangan dan pedalaman
  • Sarjana bernilai RM46,620 bagi tempoh 24 bulan
  • PhD bernilai RM85,417.50 bagi tempoh 36 bulan melibatkan guru Sekolah Dalam Hospital, Sekolah Terapung dan kawasan P1, P2, P3

3. Biasiswa Perguruan Persekutuan diperluas kepada pemimpin sekolah
  • Pembiayaan RM44,620 hingga RM48,150
  • Tempoh 24 hingga 36 bulan untuk pengajian sarjana pemimpin sekolah

4. Projek NODE (Network Offline Digital Environment)
  • Peruntukan RM1 juta untuk sekolah pedalaman dan pulau tanpa capaian internet.

5. Pembekalan peranti digital ke semua sekolah
  • Peruntukan RM169 juta, memberikan manfaat kepada 10,254 sekolah menyokong Kurikulum Persekolahan 2027 dan integrasi teknologi digital.

6. Naik taraf dan penyelenggaraan bilik guru
  • Tambahan RM100 juta, menjadikan keseluruhan RM200 juta untuk ruang kerja guru yang lebih kondusif.

7. Penyelenggaraan kuarters guru
  • Tambahan RM50 juta, menjadikan keseluruhan RM110 juta untuk memastikan kuarters guru lebih selesa.

8. Pemansuhan sistem perekodan kokurikulum manual
  • Sekolah diberi autonomi mengurus rekod sebelum dimasukkan ke PAJSK. 
  • Sistem PAJSK juga akan disepadukan dengan sistem PBD.

9. Naik taraf kemudahan IPGM, IAB dan Matrikulasi
  • Peruntukan RM100 juta untuk penyelenggaraan fasiliti termasuk pendingin hawa dan sistem kebakaran.

10. Bahan bacaan tambahan prasekolah
  • Peruntukan RM10.515 juta untuk 10,515 kelas prasekolah, memberikan manfaat kepada 216,825 murid dan 9,836 guru Mengukuhkan budaya membaca awal.

11. Pengambilan 20,000 guru Contract of Service (CoS) mulai 2027. Berdasarkan unjuran enrolmen dan keperluan opsyen.

12. Peruntukan program strategik sekolah dan murid
  • RM122,476,983 untuk pusingan pertama Tidak termasuk PCG mata pelajaran.

13. Bantuan RM1,000 anak Guru yang cemerlang
  • RM1,000 kepada setiap guru yang anak memperoleh 10A dalam SPM 2025. 
  • Sebagai penghargaan kepada warga pendidik.

14. Moratorium sewa kantin sekolah
  • Pengurangan 50% selama enam bulan Bertujuan membantu pengusaha kantin mengekalkan harga makanan rendah dan berkualiti.



Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Setahun Bagi Warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bermula Tahun 2026

Bermula tahun 2026, semua penjawat awam, termasuk warga KPM melengkapkan Program Pembangunan Kompetensi (PPK) HRMIS sekurang-kurangnya 40 jam latihan setahun yang direkodkan sendiri melalui Modul HRMIS 2.0. Dasar ini telah membatalkan kiraan hari, dan menfokuskan kepada jumlah jam pembelajaran formal dan bukan formal yang perlu disokong dengan sijil atau dokumen yang berkaitan.

Cara-Cara Mengisi Pembangunan Kompetensi atau Pembelajaran Kendiri di HRMIS 2.0 Untuk Guru boleh rujuk di sini: Panduan Mengisi Pembangunan Kompetensi di HRMIS



Kategori Program Pembangunan Kompetensi 40 Jam Tahun 2026


Pembangunan Kompetensi di HRMIS 2.0 dibahagikan kepada 3 kategori utama:
  1. Kursus/Latihan
  2. Sesi Pembelajaran
  3. Pembelajaran Kendiri


1. Kursus/Latihan

Definisi
Kursus/Latihan adalah aktiviti latihan berbentuk formal dan berstruktur yang dijalankan secara bersemuka, dalam talian dan berterusan anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara atau di luar negara.

Kehadiran yang diambil kira hanya bagi kursus jangka pendek (tempoh kurang 3 bulan).

Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.

Jenis aktiviti
  • kursus
  • seminar
  • konvensyen
  • bengkel
  • forum
  • simposium
  • persidangan
  • kolokium


Lampiran evidens
  • Memo atau surat panggilan
  • Sijil atau rekod kehadiran
  • Makluman bertulis yang disahkan
  • Minit mesyuarat

2. Sesi Pembelajaran


Definisi
Sesi pembelajaran adalah sebarang aktiviti pembelajaran secara bersemuka atau tidak bersemuka anjuran Jabatan, Bahagian atau Agensi luar di dalam negara.

Bagi pertemuan mentor dan mentee serta sesi perbincangan/perkongsian idea dengan pengurusan tertinggi, catatan perbincangan mestilah dibuat dalam sebuah buku catatan.

Pengiraan Jam
Pengiraan 40 jam setahun hendaklah mengikut slot pengisian program sahaja, tidak termasuk waktu rehat dan perjalanan.

Jenis aktiviti
  • Sesi Pemantapan Perkhidmatan awam:
    • program sambutan/program khas yang mengandungi ucapan/ceramah/forum
    • on-the-job-training
    • latihan sangkutan
    • simulasi
  • Perhimpunan bulanan
  • Sesi pembelajaran - sesi perkongsian ilmu
  • Mentor dan Mentee
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai pembentang
  • Pembentangan kertas kerja
  • Ceramah
  • Lain-lain seperti kajian kes, tayangan filem, under study

Lampiran evidens

  • Memo atau surat panggilan
  • Sijil atau rekod kehadiran
  • Buku rekod interaksi
  • Lampiran lain yang sesuai


3. Pembelajaran Kendiri


Definisi
Kaedah pembelajaran yang berkonsepkan belajar atas daya usaha sendiri sama ada pembelajaran yang melibatkan secara bersemuka dan dalam talian (online).

Bagi pembacaan buku/bahan ilmiah, satu sesi pembentangan/satu sinopsis perlu diadakan.

Pengiraan Jam
Pembacaan buku
- satu sinopsis bersamaan 6 jam berkursus bagi pembentang.
- 30 minit bagi mereka yang menghadiri sesi pembentangan.

Bagi kursus di EPSA, pengiraan jam berdasarkan nilai jam dalam Surat Tamat Kursus EPSA yang boleh dijana melalui portal EPSA.

Jenis aktiviti
  • e-pembelajaran Sektor Awam (EPSA)
  • Pembentangan buku 
    • pembacaan buku-buku ilmiah dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sama ada buku fizikal atau e-book
    • pembacaan jurnal ilmiah/laporan kajian
  • Program Bina, Bincang, Semarakkan Perkhidmatan Awam
  • Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) - menghadiri konvensyen sebagai peserta
  • Kursus anjuran luar agensi
  • AI Untuk Rakyat

Lampiran evidens
  • Sijil kehadiran
  • Refleksi pembacaan / Borang sinopsis
  • Lampiran lain yang sesuai







Muat turun surat siaran:

Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang (GCPC) Tahun 2026



Permohonan Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang (GCPC) Tahun 2026 kini dibuka dan tinggal 4 hari sahaja lagi. GCPC memberi peluang laluan pantas kenaikan pangkat, pengiktirafan terhadap kepakaran serta peluang penyertaan dalam pelbagai program dan anugerah profesional.

Gred ditawarkan termasuk:
  • Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Menengah: Gred Khas C, DG14, DG13, DG12, DG10
  • Guru Cemerlang (Siswazah) Sekolah Rendah: DG14, DG13, DG12, DG10 (DG12, DG13, DG14 - baharu ditawarkan tahun ini)
  • Guru Cemerlang (Bukan Siswazah): DG6, DG7
  • Pensyarah Cemerlang IPG: Gred Khas C, DG14, DG13, DG12


Permohonan GCPC 2026


Tahun ini Guru Cemerlang untuk Sekolah Rendah sudah dibuka hingga gred DG14 (DG54), jadi jangan lepaskan peluang. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk website ePangkat.




Sumber:

Program Ijazah Sarjana Perguruan (Bidang Pedagogi), Institut Pendidikan Guru Malaysia | PISP Tahun 2026



Pengambilan Program Ijazah Sarjana Perguruan (PISP) IPG bagi tahun 2026 akan dibuka secara dalam talian di portal myPISP dan ia terbuka kepada guru KPM atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM.

Nama program: Program Ijazah Sarjana Perguruan (Bidang Pedagogi)
Mod program: Sepenuh masa
Tempoh pengajian: 2 tahun (4 semester)
Tempat pengajian: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Tarikh permohonan: 5 April - 30 April 2026
Mula pengajian: Ogos 2026 (Semester 1)
Website permohonan: https://mypdpp.moe.gov.my/pisp/

IPGM menawarkan Program Master (Sarjana) kepada guru KPM yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Bachelor's Degree) dan ingin sambung belajar ke peringkat lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana (Master's Degree). Program ini ditawarkan bermula tahun 2024 secara separuh masa di kampus IPG yang terpilih. Program ini bukan program tajaan KPM kerana guru perlu membayar sendiri yuran pengajian.


Program ini sesuai untuk guru yang berminat untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu pedagogi (pengajaran dan pembelajaran). Antara kelebihan mempunyai Ijazah Sarjana Pendidikan atau Master in Education ialah guru boleh memohon jawatan lain seperti pensyarah IPG, Nazir di PPD/JPN/ KPM, pegawai di Bahagian-Bahagian KPM dan yang jawatan lain berkaitan dengan pendidikan.


Program lain yang ditawarkan IPG tahun 2026


Teks Doa Majlis dan Mesyuarat Rasmi Kementerian Pendidikan (KPM)

Setiap majlis yang bermula dengan doa, berakhir dengan keberkatan. Berikut dikongsikan teks doa majlis dan mesyuarat rasmi yang boleh dijadikan rujukan dan panduan rasmi bagi pembacaan doa di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penting bagi setiap penganjur majlis untuk memastikan teks doa yang digunakan adalah bersesuaian dengan panduan yang telah ditetapkan bagi menjaga kualiti dan imej profesionalisme kementerian.





Cuti Tambahan 18 Mac 2026 Semua Sekolah KPM Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac 2026 (Rabu) kepada semua sekolah di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2026.

Alhamdulillah.


Berdasarkan kalendar akademik sesi 2026:

Kumpulan A (Selangor, Negeri Sembilan)

➡️ Cuti tambahan: 19 Mac 2026 (Khamis)

Kumpulan B (Kelantan, Kedah, Terengganu)

➡️ Cuti tambahan: 19 & 20 Mac 2026 (Khamis & Jumaat)

Cuti tambahan ini diharapkan dapat memberi ruang yang mencukupi kepada guru, murid dan ibu bapa untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri dengan lebih teratur.





Sumber: