Elemen didik hibur seperti lagu dan nyanyian penting dalam mewujudkan PdPc yang menyeronokkan pembelajaran murid.
Berikut saya kongsikan lagu yang telah dihasilkan menggunakan Google Gemini AI yang berdurasi 2.27 minit menggunakan model Pro. Prompt boleh diubahsuai mengikut keperluan dan kesesuaian PdPc masing-masing. Lagu adalah versi trial and error.
MATEMATIK TAHUN 1/2/3
Tajuk: Wang
🔹Lagu cara sebut nilai wang - RM dan sen 🔹Lagu dihasilkan menggunakan Gemini AI 🔹Gunakan Fitur + create music 🔹Durasi lagu 2.27 minit sehingga 5 minit menggunakan model Pro/Thinking 🔹Durasi lagu 30 saat dengan model Flash
‼️Lagu yang dihasilkan adalah versi trial and error.
PROMPT
Buatkan satu lagu topik mata wang untuk Matematik tahun 3 belajar menyebut nilai mata wang dalam Ringgit Malaysia dan sen. Lagu tema irama hip hop.
Bahan PDP/PDPR ini saya pernah kongsikan sebelum ini di [Praktis Cepat Membaca]. Kali ini saya telah membuat sedikit penambahbaikan kepada bahan ini dengan menyediakan bahan ini secara sepenuhnya menggunakan web tool Liveworksheets.com bagi memudahkan guru dan ibu bapa serta murid-murid dan anak-anak.
Murid-murid dan anak-anak hanya perlu klik pada pautan bahan PDP/PDPR yang diberikan dan mengikuti satu sesi pembelajaran secara dalam talian dan juga meminimumkan bukaan paparan windows yang berbeza.
📌Bahan ini sesuai untuk:
kanak-kanak 5-6 tahun
murid prasekolah
murid PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi)
murid Program Pemulihan Khas
murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca
📌Bahan PDP/PDPR Praktis Cepat Membaca Vokal 'a' Bahagian 2
Bahan PDP/PDPR ini saya pernah kongsikan sebelum ini di [Praktis Cepat Membaca]. Kali ini saya telah membuat sedikit penambahbaikan kepada bahan ini dengan menyediakan bahan ini secara sepenuhnya menggunakan web tool Liveworksheets.com bagi memudahkan guru dan ibu bapa serta murid-murid dan anak-anak.
Murid-murid dan anak-anak hanya perlu klik pada pautan bahan PDP/PDPR ini dan mengikuti satu sesi pembelajaran secara dalam talian dan tidak perlu lagi akses kepada paparan windows yang berbeza.
📌 Bahan ini sesuai untuk:
kanak-kanak 5-6 tahun
murid prasekolah
murid PPKI (Program Pendidikan Khas Intergrasi)
murid Program Pemulihan Khas
murid yang belum menguasai kemahiran asas membaca
📌 Bahan PDP/PDPR Praktis Cepat Membaca Vokal 'a' Bahagian 1
Siri Mudahnya Membaca merupakan bahan pembelajaran kemahiran membaca ayat dan petikan mudah melibatkan perkataan 3 suku kata terbuka KV+KV+KV yang terdiri daripada:
Sebagai guru Pemulihan Khas, saya sering kali melakukan penambahbaikan dengan sedikit sentuhan inovasi kepada amalan pengajaran dan pembelajaran saya di bilik darjah supaya murid-murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang dipelajari dengan cepat dan lebih berkesan.
Kali ini saya ingin berkongsi satu teknik pengajaran kemahiran asas membaca yang saya namakan sebagai Praktis Cepat Membaca (PraCeM). Teknik ini saya ubahsuai berasaskan kaedah Kawalan Vokal Berstruktur (KVB).
KVB adalah satu kaedah pengajaran kemahiran membaca Bahasa Melayu yang berasaskan kawalan vokal (Contoh: ba, ca, da, ga, ha, ja, ka, la, ma, ..... za).
Dalam pengajaran kemahiran awal membaca menggunakan Teknik Praktis Cepat Membaca (PraCeM), pengajaran dimulai dengan mengenal SATU HURUF VOKAL kemudian menyebut suku kata hasil cantuman huruf konsonan dan huruf vokal yang dipelajari (K+V), kemudian membaca perkataan (KV+KV) seterusnya membaca frasa dan ayat dalam petikan yang mudah (KV+KV) sebagai pengukuhan dan pengayaan kepada bacaan yang dipelajari.
Langkah-langkah pengajaran:
1. Menyebut nama huruf vokal.
2. Membunyikan huruf vokal.
3. Menyebut suku kata (Sebut huruf konsonan dan huruf vokal).
4. Membaca perkataan (tanpa perlu mengeja/membatang perkataan).
5. Membaca Frasa dan ayat mudah (tanpa perlu mengeja/membatang perkataan).
Video Pembelajaran & Latihan: Praktis Cepat Membaca
Video ini merupakan aktiviti perjumpaan mingguan secara dalam talian bagi Kelab Rukun Negara sekolah saya. Kuiz juga disertakan menggunakan Google Form.
Koleksi video PDP kemahiran asas membaca ini merupakan himpunan video PDP yang saya hasilkan dan gunakan dalam PDPR Bahasa Melayu Program Pemulihan Khas di sekolah bermula sejak pelaksanaan PDPR pada Oktober 2020.
Video ini sesuai untuk kanak-kanak atau murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran membaca dan menulis atau baru mula belajar membaca.
Apa Itu Kemahiran Asas Membaca dan Menulis (2M)?
Saya ada menulis tentang kemahiran asas membaca dan menulis dalam entri sebelum ini, anda boleh dengan lanjut melalui pautan berikut.
Berikut saya kongsikan set pertama Modul Bacaan Bergred SeBaTu bagi kemahiran ke-10 perkataan V+KVK Bahasa Melayu Pemulihan Khas.
Modul ini boleh digunakan sebagai latihan pengukuhan dan pengayaan kemahiran membaca setelah murid menguasai kemahiran membaca perkataan V+KVK.
Bahan ini juga sesuai untuk murid prasekolah, murid tahun 1-2, murid PPKI dan juga boleh juga dijadikan bahan bacaan sokongan pembelajaran anak-anak di rumah yang sedang belajar membaca.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca.
Adakah anda sebagai ibu bapa mempunyai anak kecil yang ingin belajar membaca atau sedang belajar membaca?
Adakah anda sebagai guru mempunyai murid yang sedang belajar membaca atau masih belum lancar membaca?
Di sini saya jemput anda semua menyertai kelas tuisyen dalam talian (online) secara PERCUMA khusus untuk kemahiran ASAS MEMBACA DAN MEMAHAMI. Tuisyen ini dikendalikan oleh Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU).
Hari: Ahad (tertakluk kepada perubahan) Masa: 3.30 petang (tertakluk kepada perubahan) Tempoh: 1 jam Nama Guru: Cikgu Haseni, guru Pemulihan Khas Tempat: Di rumah masing-masing (Dalam talian/online) Saluran Youtube: https://www.youtube.com/c/CikguHaseni Kaedah pengajaran: Kaedah kawalan vokal berstruktur
Berikut adalah senarai bahan pembelajaran / lembaran kerja yang boleh dimuat turun mengikut siri-siri video pembelajaran yang terdapat di Channel Youtube Cikgu Haseni.
*Bahan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan video PdP di saluran YouTube Cikgu Haseni, jangan lupa untuk TONTON, LIKE, SHARE & SUBSCRIBE sebagai tanda SOKONGAN.
PERHATIAN!
Bahan yang dikongsikan ini boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran anak atau murid masing-masing.
Harapan saya agar bahan ini dimanfaatkan secara berhemah dan beradab tanpa melibatkan sebarang unsur mendapatkan keuntungan dan pelanggaran hakcipta.
*Bahan akan ditambah dari semasa ke semasa berdasarkan video PdP di saluran YouTube Cikgu Haseni, jangan lupa untuk TONTON, LIKE, SHARE & SUBSCRIBE sebagai tanda SOKONGAN.
PERHATIAN!
Bahan yang dikongsikan ini boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa sebagai bahan sokongan pembelajaran anak atau murid masing-masing.
Harapan saya agar bahan ini dimanfaatkan secara berhemah dan beradab tanpa melibatkan sebarang unsur mendapatkan keuntungan dan pelanggaran hakcipta.