Bagi sekolah kebangsaan, UPSR hanya berbaki sehari sahaja lagi. Bagi Sekolah jenis kebangsaan (SJKC, SJKT) UPSR sudah bermula pada hari Khamis yang lepas, 1 September 2016 untuk kertas Bahasa Cina, Bahasa Tamil.
Untuk tips cemerlang UPSR, walaupun ia sudah agak terlewat untuk diamalkan tetapi tidak rugi untuk disebarluaskan disini, anda boleh baca di pautan ini ( 26 Tips Serta Petua Lulus Cemerlang 6A Dalam UPSR ) yang ditulis oleh blogger Hasrul Hassan dimana beliau mempunyai anak yang akan menduduki UPSR pada hari Isnin nanti. Yang menariknya beliau telah ditemuramah oleh pihak Sinar Harian bagi berkongsi pendapat serta tip untuk anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan besar dalam hidup.
Baru-baru ini, saya telah dihubungi oleh wartawan Sinar Harian untuk berkongsi pendapat serta sedikit tip pantas untuk anak-anak hadapi peperiksaan besar, dan dalam kes saya ... UPSR 2016. Soalan lebih tertumpu mengenai perspektif seorang bapa. Apa perasaan saya apabila anak sulong saya bakal menghadapi peperiksaan UPSR bermula 5 September 2016 ini, dan apa persediaan yang saya buat untuk anak saya untuk hadapi peperiksaan awam besar pertama.
UPSR 5 - 8 September 2016 |