Apakah Itu Sindrom Down?

📌Apakah itu Sindrom Down?

1. Sindrom Down ialah penyakit keturunan. Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada sesuatu penyakit.

2. Sindrom Down berpunca daripada kecelaruan kromosom yang terlebih iaitu pada kromosom 21. Terdapat kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang pada seorang kanak-kanak yang juga dikenali sebagai Trisomi 21. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel. Hal ini bermaksud kanak-kanak Sindrom Down mempunyai 47 jumlah kromosom berbanding 46 (23 pasang) bagi kanak-kanak tipikal. Kecelaruan kromosom tersebut memberi kesan kepada perkembangan otak dan tumbesaran kanak-kanak.

3. Sindrom Down terbahagi kepada tiga (3) tahap iaitu ringan, sederhana dan teruk. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. 

4. Sindrom Down telah dikategorikan sebagai kurang upaya pembelajaran. Kurang upaya pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya.

5. Kekerapan atau kadar kejadian Sindrom Down secara keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.

6. Sindrom Down disahkan melalui ujian darah kanak-kanak bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic fluid).


📌Ciri-Ciri Fizikal Kanak-Kanak Sindrom Down

  • Tubuh yang pendek.
  • Kepala bersaiz kecil.
  • Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas.
  • Lidah terjelir.
  • Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
  • Pertumbuhan yang lambat.
  • Kecacatan mental yang ringan atau sederhana.

📌Strategi Pengajaran & Pembelajaran Sindrom Down

1. Menggunakan gambar, simbol, ilustrasi dalam kehidupan seharian atau dalam kelas.
2. Mewujudkan rutin atau aktiviti berstruktur dan sebaiknya disokong dengan gambar.
3. Menggunakan font yang besar atau warna yang kontra dalam lembaran kerja.
4. Melaksanakan pendekatan inklusif di sekolah, rumah mahupun aktiviti sosial.
5. Mengadakan Sistem Ganjaran.
6. Menerapkan penggunaan alat teknologi dalam sesi pengajaran.




Sumber: 

Apakah Itu Autisme?

📌Apakah Itu Autisme?

-Sejenis kecelaruan neurologikal yang mendatangkan impak kepada perkembangan otak.
-Otak berfungsi secara berbeza untuk memproses maklumat daripada persekitaran.
-Tidak mempunyai ciri-ciri fizikal yang ketara.

📌Impak Autisme
 
💚Sosial Dan Komunikasi

-Kurang respon apabila dipanggil.
-Cenderung untuk bermain sendirian.
-Sukar menyertai perbualan dengan orang lain.
-Kurang memahami cara untuk berkomunikasi dengan orang lain.

💚Tingkah Laku

-Pergerakan yang berulang
-Sukar menerima perubahan rutin.
-Mempunyai fokus dan minat yang terhad.

📌Fakta Mengenai Autisme

-Bukan sejenis penyakit.
-Merupakan kondisi yang mempunyai spektrum tersendiri.
-1:68 individu mengalami autisme.
-Boleh didiagnos seawal umur 18 bulan.
-Penyebab autisme masih belum diketahui.
-Penawar belum ditemui.
 
📌Mitos Tentang Autisme

-Tidak semua individu autisme hiperaktif / agresif/ terencat akal.
-Gajet bukan penyebab autisme.
-Vaksin bukan penyebab autisme.
-Autisme bukan disebabkan oleh gangguan mistik.
-Tidak semua individu autisme sangat berbakat.


Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) KPM

Sebagai guru yang terlibat dengan murid-murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran khususnya saya sebagai guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dengan murid-murid yang tidak dan sukar menguasai asas membaca, menulis dan mengira (3M), adalah penting untuk guru mengetahui prosedur, tatacara atau langkah-langkah membuat pengesahan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) atau sekurang-kurangnya tahu di manakah tempat yang boleh ibu bapa pergi untuk merujuk anak mereka kepada pakar atau pengamal perubatan.

Salah satu tempat yang sesuai adalah Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK). Pusat 3PK merupakan pusat khidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menyediakan perkhidmatan sokongan berbentuk saringan/ penilaian, terapi, konsultasi, latihan atau khidmat sokongan di sekolah kepada kanak-kanak/ murid berkeperluan khas.

Secara umumnya, proses saringan di 3PK beroperasi mengikut janji temu pada waktu pejabat. Tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap sesi janji temu kerana perkhidmatannya disediakan secara PERCUMA. Saya berpengalaman membawa seorang anak murid saya ke pusat 3PK di Putrajaya untuk menjalani saringan MBPK. Pada ketika itu murid tersebut berada di tahun 5. Selepas beberapa kali temu janji untuk melengkapkan proses saringan, akhirnya murid tersebut disahkan sebagai MBPK oleh doktor di sebuah hospital kerajaan, walaupun pada ketika itu anak murid saya sudah berumur 12 tahun. Bekas anak murid saya kekal di sekolah asal sehingga berumur 14 tahun dan mengikuti Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) yang ada di sekolah kerana mengambil tempoh pelanjutan 2 tahun di sekolah rendah sebagai salah satu keistimewaan MBPK.

Para ibu bapa yang berkeperluan untuk mengetahui masalah yang dihadapi anak masing-masing, khususnya masalah dalam pembelajaran, bolehlah merujuk kepada pusat 3PK yang berhampiran di negeri masing-masing. Selain pusat 3PK, ibu bapa juga boleh merujuk anak ke klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berdekatan.

Sila rujuk info yang dilampirkan di bawah ini untuk maklumat lanjut.









Sumber: Pusat 3PK