Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
BBM (Bahan bantu mengajar) yang saya kongsikan ini merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modul bagi kemahiran membaca dan menulis perkataan tunggal yang terbina daripada dua suku kata terbuka iaitu pola KV+KV. Modul ini terdiri daripada 12 siri yang saya gunakan sepenuhnya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Pemulihan Khas.
Berikut dikongsikan Modul SEBATU KP5 Siri 2 yang telah dikemaskini pada Januari 2022 setelah melalui beberapa penambahbaikan.
Kemahiran membaca dan menulis diajar secara serentak dalam satu sesi PdP bagi memperkukuhkan dan mempercepatkan penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis yang perlu dikuasai oleh setiap murid tahap 1 sebelum melangkah ke tahap 2.
Berdasarkan pengalaman saya lebih 10 tahun sebagai guru, ramai murid boleh membaca dengan baik dan lancar tetapi belum menguasai kemahiran menulis dengan baik. Paling asas seseorang murid sekurang-kurangnya boleh membina dan menulis ayat tunggal yang mudah.
Kemahiran Membaca Bahasa Melayu
Standard kandungan (SK): 2.1 Asas membaca dan memahamiStandard pembelajaran (SP): 2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul; (v) Perkataan (vi) Ayat
Kemahiran Menulis Bahasa Melayu
Standard kandungan (SK): 3.1 Asas menulis
Standard pembelajaran (SP): 3.1.1 Menulis secara mekanis; (v) Perkataan (vi) Ayat
Kemahiran Pemulihan Bahasa Melayu
Kemahiran Pemulihan: KP5 (Perkataan KV+KV)
Sasaran Murid: Untuk menggunakan modul SeBaTu KP5 ini secara efektif, murid telah menguasai sebahagian kemahiran huruf vokal, mengenal huruf-huruf kecil dan telah menguasai sebahagian kemahiran membunyikan suku kata KV seperti ba, bu, bi, bo.
Kaedah / Teknik Pengajaran
Kaedah yang digunakan adalah kaedah Sebut, Baca dan Tulis (SeBaTu) mengikut langkah-langkah seperti berikut:
1. Murid mendengar bacaan guru - Baca 2 (a) dan Baca 2 (b)
2. Murid membaca dengan bimbingan guru - guru sebut, murid ikut bacaan guru.
3. Murid berlatih membaca secara kendiri (latih tubi dan pengulangan bacaan).
4. Murid membaca di hadapan guru - guru semak bacaan murid.
5. Murid melengkapkan latihan - Latihan 1 dan 3
6. Murid menulis perkataan yang disebut guru (imlak) - Latihan 2 dan 4
Muat turun Bahan PDP
1. Format PNG - right click pada gambar dan save image as
2. Format PNG - Telegram group: https://t.me/CikguHaseni
3. Format PDF - sila tinggalkan email anda di ruangan komen.
Panduan & Contoh Pengajaran Menggunakan Modul
1. Video di Youtube: https://youtu.be/q6PdaWopgOE
2. Video di TikTok: