Jenis Bahan Bacaan Untuk Perekodan Program NILAM Dan Galakan Membaca

Salam semua. 

Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) iaitu program galakan membaca dan memupuk tabiat membaca dalam kalangan murid tetap diteruskan walaupun negara menghadapi kekangan pandemik COVID-19.

Mulai tahun 2021, perekodan bahan bacaan bagi program NILAM boleh dibuat secara dalam talian menggunakan ID DELIMA masing-masing melalui sistem IQ-NILAM.

PEREKODAN NILAM SECARA DALAM TALIAN (SISTEM IQ NILAM:

Klik di sini: https://iqnilam.moe.gov.my/

Jenis Bahan Bacaan

1. Bahan buku
2. Bahan bukan buku
3. Bahan Digital

Bahan Buku

1. Buku Fiksyen

- buku cerita yang berbentuk rekaan dan khayalan pengarang atau penulis
- cerita binantang, cerita dongeng, cerita teladan, cerita rakyat, cerita sains, cerita penyiasatan

2. Buku bukan fiksyen

- buku berbentuk pengetahuan dan mengandungi fakta
- Pengetahuan - karya am, falsafah, agama, Sains kemasyarakatan, bahasa, teknologi
- Fakta -  bibliografi, ensiklopedia, biografi, buku glosari, kamus

Bahan Bukan Buku

1. Bahan bercetak

- bahan bantu belajar
- katalog, manual pengguna, buku skrap
- buletin, carta, poster
- komik
- Jurnal, laporan
- majalah
- risalah, brosur
- Artikel, rencana
- peta
- cerpen

2. Bahan bukan bercetak

- Kit pembelajaran
- CD perisian pembelajaran

Bahan Digital

1. Dalam talian

- akhbar atau majalah elektronik
- pembelajaran dalam talian (e-learning)
- persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment)
- buku elektronik (e-book)
- laman sesawang 
      - contoh: Cikgu Hailmi - https://www.cikguhailmi.com/ 
                     Cikgu Hijau - https://www.cikguhijau.com/
- portal 


Video Pelancaran
Program NILAM SK Bandar Baru Sri Damansara 
Tahun 2021









17 comments:

  1. Bagus cikgu...sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  2. sangat bagus untuk kefahaman, tq

    ReplyDelete
  3. byk informasi buat ibubapa

    ReplyDelete
  4. boleh saya tahu, buku teks termasuk dalam kategori mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika tidak silap, buku teks tidak dikira sebagai bahan bacaan untuk perekodan NILAM.

      Delete
  5. Macam mana hendak daftar bahan bukan buku bercetak seperti komik didalam buku log perolehan ye? boleh tunjukkan berserta contoh. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta maaf, tak dapat nak bantu kerana saya bukan Guru Perpustakaan & Media. Saya hanya menyelaras program NILAM di sekolah. Mungkin boleh tanya GPM.

      Delete
  6. Cikgu, rak buku maya dikira bahan digital ke cikgu?

    ReplyDelete