Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) terus memperkasa golongan autisme melalui penubuhan Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Bangi. Pusat ini menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
✅ Saringan dan pengesanan awal
✅ Program intervensi awal dan terapi pelbagai disiplin secara berstruktur
✅ Program sokongan kepada ibu bapa, keluarga dan penjaga
Pendaftaran terbuka kepada:
- Kategori A: 2 – 12 tahun
- Kategori B: 13 – 18 tahun
Pengoperasian PPA juga turut dikendalikan oleh JKM melibatkan kolaborasi bersama Pertubuhan Kebangsaan Autisme Malaysia (
NASOM - National Autism Society of Malaysia) & Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Damansara Damia.
Di Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) yang bakal beroperasi di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi tidak lama lagi, setiap langkah kecil mereka akan diraikan.
Antara kemudahan yang disediakan:
- Ruang Menunggu
- Ruang & Bilik Terapi
- Bilik Tenang
- Gimnasium
- Playroom
- Bilik Sensori
- Kolam Terapi
Melalui pelbagai aktiviti intervensi, terapi serta sokongan, setiap anak dibimbing untuk membina kemahiran dan keyakinan diri mereka secara menyeluruh. Persekitaran yang selamat, tersusun dan kondusif menjadi asas penting dalam menyokong perkembangan mereka. Inisiatif ini mencerminkan komitmen JKM dalam memperkukuh perkhidmatan sokongan kepada anak-anak autisme dan keluarga agar mereka terus diberi peluang untuk berkembang dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.
π«πππππ ππππππππ!
Klik pautan atau imbas kod QR pada poster:
https://forms.gle/A1FhDQk4xzE2BiuWA
πΊπππππππ ππππππππππ:
Telefon: 03-8926 1996
E-mel: ppa_bangi@jkm.gov.my
Sumber:
Facebook Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)