Salam semua.
Bermula Jumaat hingga Ahad yang lepas, saya telah menghadiri kursus CyberSAFE Ambassador, satu program tentang keselamatan siber anjuran CyberSecurity Malaysia iaitu sebuah agensi di bawah MOSTI.
Program ini memilih ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk dilatih menjadi Duta CyberSAFE di bawah program CYBER SECURITY AWARENESS FOR EVERYONE atau singkatannya CyberSAFE.
Laman web CyberSecurity Malaysia |
Website program CyberSAFE |
Banyak input berguna yang saya dapat melalui kursus ini. Antaranya banyak berkisar tentang online security seperti Facebook security, WiFi network security, world of Hackers, bagaimana mencipta strong and secure password, Internet searching skills - power search with google.
Dalam minggu pertama selepas kursus ini, saya dan rakan-rakan yang lain dikehendaki menyediakan pelan tindakan sebagai Duta CyberSAFE. Kami sebagai duta perlu memberikan input dan info yang kami perolehi kepada komuniti luar dalam bentuk ceramah, bengkel dan seumpamanya.
Sebagai guru sudah tentu kelompok guru dan pelajar adalah sasarannya.
Tunggu...!
No comments:
Post a Comment