Jika ini benar, ia berita gembira buat guru-guru tahun 4 2014! Maklumat ini saya perolehi daripada status Facebook kawan-kawan. Walaupun saya tidak terlibat dalam KSSR/PBS, saya tumpang gembira untuk rakan-rakan seperjuangan.
Ini pula saya perolehi daripada Blog Pendidikan Islam.
1. DSK ( dokumen standard kurikulum ) disatukan dengan DSP ( dokumen standard prestasi ). Maka terhasillah DSKP ( Dokumen Standard Kurikulum & Pentaksiran ).
2. Penggunaan BAND ditukarkan kepada TAHAP PENGUASAAN . Lebih detail n mudah untuk guru merekod pencapaian murid.
3. Tiada ujian SETARA di peringkat daerah ataupun negeri.
4. Ujian pertengahan & akhir tahun boleh dilaksanakan di sekolah masing2 sebagai ujian sumatif utk ukur pncapaian murid.
5. Ujian2 lain diperingkat sekolah seperti ujian bulanan tidak perlu dijalankan. ( terpulang pada pihak sekolah ).
6. Guru tidak perlu fikirkan tentang EVIDENS & DESKRIPTOR kerana DSP telah dimansuhkan. So, Menurut pengasas PBS, DR. Khodori, sepatutnya Deskriptor dtg slps evidens, bukan evidens dtg selepas deskriptor.
7. Paling best, guru tidak perlu lagi ONLINE utk rekod PBS murid, hanya guna sistem OFFLINE dlm bentuk excel dan digunakan sbg rujukan guru shj untk mlaporkan pkmbgan murid kpd ibu bapa . ( mungkin akan diminta hantar ke PPD atau JPN tapi benda ni blm muktamad ).
8. Tak perlu lagi fail showcase utk simpan evidens terbaik murid.
Tapi..
Pelaksanaan DSKP ni hanya utk tahun 4 2014 shj kerana DSKP tahun 1-3 belum dibuat kerana kesuntukan masa oleh BPK. Kemungkinan tahun 1-3 seperti PBS biasa sekiranya pihak BPK masih tidak menggubal DSKP tahun 1-3 tahun depan.
Mungkin PBS di peringkat sekolah menengah juga akan ada perubahan sebegini kerana ini daripada BPK.
Boleh rujuk JU daerah atau negeri masing2 ( sek ren & sek men ) utk kursus KSSR & PBS akan dtg tak lama lagi.
p/s: Ada sesiapa boleh sahkan perkara ini?
No comments:
Post a Comment