Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) Untuk Penjawat Awam

 

Pemberian Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian U.P.5.1.4 


Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) merupakan insentif kewangan sekali seumur hidup yang diberikan kepada penjawat awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan menggunakan pembiayaan sendiri.

Inisiatif HPA ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-20 (MАРРА ХX). HPA diberikan kepada penjawat awam yang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi atas pembiayaan sendiri bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi diri berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026. 

Kaedah pelaksanaan pemberian HPA diperincikan melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian UP.5.1.4 yang boleh dicapai melalui portal MyPPSM.

Kadar Insentif HPA


Ijazah Kedoktoran (PhD): RM1,250
Ijazah Sarjana (Master): RM1,000
Ijazah Sarjana Muda: RM750
Diploma atau Setaraf: RM500

Syarat Kelayakan Utama


  • Penjawat awam berstatus lantikan tetap dalam Kumpulan Pengurusan & Profesional atau Kumpulan Pelaksana.
  • Memulakan dan menamatkan pengajian semasa dalam perkhidmatan aktif dengan pembiayaan sendiri.
  • Memperoleh kelayakan akademik yang diiktiraf oleh MQA atau JPK, dan lebih tinggi daripada syarat skim jawatan semasa.
  • Markah penilaian prestasi tahunan (LNPT) minimum 85%.
  • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib dan bukan peminjam tegar.
  • Belum pernah menerima Hadiah Peningkatan Gred (HPG) atau insentif bertindih bagi kelayakan tersebut.
  • Terhad kepada sekali seumur hidup sepanjang perkhidmatan.

Cara Memohon


  • Lengkapkan borang menggunakan Borang Lampiran UP.5.1.4(A) (atau Borang UP.5.1.3(A1) mengikut agensi.
  • Sediakan dokumen sokongan iaitu salinan skrol dan transkrip akademik yang disahkan dan maklumat pengajian serta pengesahan pembiayaan sendiri. 
  • Kemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan. 
  • Keputusan kelulusan dan pembayaran akan dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan (BPK) oleh jabatan.

Sumber: