Permohonan ke Sekeloh Berasrama Penuh (SBP) tahun 2014 bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah pun dibuka mulai 1 September sehingga 15 Oktober 2013.
Kepada pelajar dan juga ibu bapa yang berminat boleh memohon secara atas talian (online) melalui aplikasi berikut: http://public.moe.gov.my/
Anda dinasihatkan untuk memuat turun dan membaca PANDUAN PENGGUNA terlebih dahulu sebelum mengisi permohonan.
Prosedur, syarat permohonan dan pakej aliran yang ditawarkan
PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
- Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM (http://www.moe.gov.my)
- Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
- Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
- Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
- Warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
- Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
- Aktif dalam kokurikulum
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
- Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan
- Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
- Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
- Kaunter BPSBPSK
- Talian hotline BPSBPSK
- Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
- Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon
- Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP
- Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
- Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
- Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
- Warganegara Malaysia
- Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
- Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
- Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
- Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
- Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
- Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
- Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
- Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
- Kaunter BPSBPSK
- Talian hotline BPSBPSK
- Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
- Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
- Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
Untuk melihat pakej aliran yang ditawarkan di SBP, klik di SINI (http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh).
No comments:
Post a Comment