Pil Pintar, Dimensi 108 yang dikatakan berkuasa mengubah perangai seseorang menjadi lebih pintar dan taat sebenarnya tidak lebih sekadar pil gula semata-mata seperti yang didedahkan melalui kajian oleh Persatuan Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Association, MMA). MMA melaporkan bahawa pil Dimensi 108 mengandungi 95% gula dan lain-lain karbohidrat. Dalam sebiji pil seberat 500mg itu hanya mengandungi 7.5mg atau 1.5 % herba.
Pil ini yang mula diedarkan awal minggu lalu secara agresif di sekolah-sekolah terutamanya kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak lama lagi.
“Aduan diterima dari ibu bapa pelajar SK Taman Segar, Cheras. Guru besar didakwa mewajibkan murid membeli. Kes sama berlaku di SRK Bukit Kemuning 2, Kota Kemuning melibatkan penolong kanan sekolah pula,” kata pemimpin PKR. Ia dinyatakan menerusi kenyataan media bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, hari ini. Mereka turut meminta kementerian membentang kajian terperinci keberkesanan produk ‘projek rintis’ di Mersing dan Kota Tinggi, Johor jika benar ia mampu meningkatkan prestasi murid.
Dimensi 108 diiklankan di dalam Utusan Malaysia pada 10/6/2013 |
Namun mengikut kenyataan dari blog rasmi produk ini, http://dimensi108.blogspot.com/, Pil Dimensi 108 dirumus khas daripada bahan-bahan asli dan herba yang sudah terkenal dalam bidang perubatan dan kesihatan.
Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) merupakan makanan tambahan (supplement) yang telah dirumus khas (diformulasikan) dengan menggunakan bahan-bahan asli seperti Kurma Merah, Biji Teratai, Madu Batu, Atractylodis Macrocephalae Rhizoma, Radix Dioscorea Oppositae termasuk Spirulina. Kesemua bahan-bahan di atas memang sudah terkenal dalam bidang perubatan dan kesihatan. Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) tidak mengandungi sedikit pun bahan kimia di dalamnya. Ianya dirumuskan dalam bentuk seperti gula-gula dan pelbagai rasa yang sangat digemari oleh kanak-kanak iaitu Perisa Jagung, Perisa Oren, Perisa Ros, Perisa Anggur dan Perisa Strawberi.
Formula hebat DIMENSI 108 |
Khasiat herba di dalam DIMENSI 108 |
Bagaimana Dimensi 108 berkuasa mengubah perangai?
Kuasa yang terdapat di dalam Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) ini ialah seperti Kuasa Hidrogen dan Nitrogen dimana apabila di ambil akan masuk ke dalam darah lalu membentuk rantaian molekul-molekul seperti “tasbih” dan bertindak sebagai “peluru” untuk menghancurkan molekul-molekul (unsur-unsur) negetif lalu menjana kuasa positif. Gabungan Kuasa yang terdapat di dalam tablet ini serta Oksigen (yang diambil semasa pernafasan) pula akan menjana kecerdasan minda anak-anak. Kuasa berangkai ini juga akan bertindak sebagai pertahanan terhadap kuman-kuman atau virus yang boleh menyebabkan penyakit pada tubuh badan.
Apakah manfaat amalkan pemakanan pil ajaib ini?
Pil ini dijual semurah RM5.00 untuk 20 biji/tablet didakwa mengandungi pelbagai khasiat dan faedah yang sungguh menakjubkan seolah-olah mempunyai kuasa ajaib dalam masa 20 hari.
Pihak yang pertama sekali yang akan dapat mengesan perubahan tingkah laku tersebut ialah para ibu bapa. Ianya boleh dikesan seawal dua minggu selepas pengambilan Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) secara berterusan. Ini juga bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh anak-anak tersebut. Pihak guru akan dapat mengesannya pula melalui pencapaian akademik dan perubahan-perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Kanak-kanak yang mengamalkan Dimensi 108 ini akan lebih cerdas dan aktif dalam pembelajarannya. Bayangkanlah jika pengambilan Dimensi 108 (Kuasa Mengubah Perangai) ini diamalkan sejak dari Pra sekolah lagi. Tentulah hasilnya akan mengembirakan semua pihak.
Ajaibnya... |
P/S: Ingatkan skim cepat kaya jer ada, SKIM CEPAT PANDAI pun ada jugak....hrrmm. Alahai...dunia, dunia, macam-macam ada. Dalam pada kita sibuk mengejar 'kecerdikan', sebenarnya kita 'diperbodohkan'.
Dulu gempar dengan pil genius ADI PUTRA, sekarang pil pintar D108 pulak!
SUMBER:
http://glomind.blogspot.com/
http://www.sinarharian.com.my/surat-kkm-di-blog-dimensi-108-palsu-1.197081
https://www.facebook.com/notes/khalil-khushari-zainol/dimensi-108-kuasa-mengubah-perangai/10151422542406008
Macam x caya je, nak berjaya mesti berusaha bukannya takat mknn pil je.,,
ReplyDeleteTiada jalan pintas untuk berjaya. Ia adalah satu usaha yang berterusan
DeleteAlhamdulillah....salam CIKGU HIJAU..untuk makluman cikgu yang budiman..produk Dimensi 108 ini adalah 100% milik bumiputera (orang melayu). Iannya diusahakan untuk membantu anak-anak dalam pembentukkan sahsiah dan kecemerlangan akademik sebab itu iannya diedarkan dengan kos mampu milik iaitu RM5.00. Mungkin Disebabkan iannya adalah produk bumiputera dan disebabkan takut kepada persaingan maka produk ini telah di gembar-gemburkan sebagai produk yang tidak selamat, mengandungi dadah dsb tanpa mengetahui "hakikat" sebenar dari segi keberkesanannya. Mungkin ada sedikit kesilapan teknikal dari pihak syarikat yang kita sebagai manusia yang waras boleh berfikir tanpa bertindak melulu.
ReplyDeleteDalam laporan dinyatakan bahawa pil Dimensi 108 mengandungi 95% gula dan lain-lain karbohidrat. Dalam sebiji pil seberat "500mg" itu hanya mengandungi 7.5mg atau 1.5 % herba. Itu memang tidak dapat dinafikan kerana telah dibuat kajian saintifik oleh pihak yang berkaitan.
Sejak dari dahulu Orang Melayu tidak kurang hebatnya dari segi perubatan dan petua atau kepercayaan. Sebagai contoh setiap kali menjelangnya peperiksaan banyak sekolah yang mengadakan "bacaan Yasin" maka diberikanlah air yasin tersebut pada calon-calon peperiksaan. Ada juga ibu bapa yang memberikan "kismis doa", produk yang telah dibacakan 30 jus ayat Al-Quran dan sebagainya. Mengapakah orang melayu percaya kepada ini semua. JAWAPANNYA IALAH MEREKA PERCAYA KEPADA ADANYA SATU "KUASA" IAITU "KUASA TUHAN". sedangkan jika jika dibuat kajian, zahirnya air yasin itu hanyalah H2O sahaja, kurma doa itu hanyalah buah kurma sahaja dsb. Tetapi disebalik zahir itu ada batinya yang tidak dapat dikaji dengan apa alat pun.
Begitulah halnya dengan DIMENSI 108 yang zahirnya adalah gula-gula campuran herba. tetapi dari segi batinnya samalah seperti air yasin, kismis doa dsb.
Apakah pihak2 yang mempertikaikan produk ini terlebih dahulu telah mendapatkan testimoni dari ibu bapa yang telah memberikan anak-anak mereka Dimensi 108 ini? ataupun kita sendiri telah memberikan anak-anak kita produk ini dan dapat melihat sendiri kesan buruk atau baiknya?
Apa salahnya, jika benar-benar produk ini berkesan iannya dibuat R&D secara profesional dari segenap sudut atau dapatkan maklumat terperinci daripada tuan punya formula BUKANNYA semua pihak melatah. Mungkin dalam isu ini ada pihak yang berkepentingan telah merasa menang kerana telah dapat menidakkan satu produk bumiputera yang berpotensi demi membangunkan SAHSIAH dan kecemerlangan akademik anak bangsanya sendiri. Manakala pengulas-pengulas lain pula merasa bangga kerana kononnya dia menjadi PENYELAMAT terhadap anak bangsa dari sebuah syarikat yang kononnya semata-mata ingin mengaut keuntungan.
Sedarkah kita betapa besarnya Dosa orang yang menghalang sesuatu kebaikan itu daripada disebarkan. Jika Tuhan berkehendakkan sesuatu itu tidak menjadi keberatan bagiNya. Tuhan memilih barangsiapa yang dikehendakiNya.
Dan jika kita tidak mengetahui akan sesuatu itu adalah lebih baik kita berdiam diri dari memperkatakannya.