Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) dilancarkan semalam oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. PPPM yang merupakan dokumen rasmi setebal 300 muka surat itu amat signifikan untuk pembangunan negara serta dalam masa sama mampu melahirkan pelajar bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.
3 Gelombang
PPPM dilancarkan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. Tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.
Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksanakan perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan semua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.
Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksanakan perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan semua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian.
Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum.
5 Aspirasi
- Menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti dengan standard antarabangsa;
- Memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris;
- Membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni;
- Menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan;
- Memastikan pemimpin sekolah berprestasi tinggi di setiap sekolah;
- Memperkasakan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menyelesaikan isu mengikut keperluan;
- Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat untuk meningkatkan kualiti pembelajaran di seluruh Malaysia;
- Menambah baik keupayaan penyampaian dan kapasiti kementerian;
- Bekerjasama dengan ibu bapa, masyarakat dan sektor swasta;
- Memaksimumkan kemenjadian pelajar bagi setiap ringgit yang dibelanja;
- Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban umum.
Apa yang bakal berlaku, secara ringkas:
- Guru akan menerima program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) bagi membantu guru mencapai potensi penuh. Program CPD itu termasuk latihan komponen teras dan elektif mengikut keperluan pembangunan diri yang akan diberi latihan secara individu daripada penyelia masing-masing.
- Syarat pengambilan guru akan ditingkatkan. Tiga puluh peratus (kuota 30%) pelajar terbaik dalam Sijil Pelajaran Malaysia akan diberi peluang mengambil bidang perguruan. Mereka yang hendak memohon menjadi guru hendaklah sekurang-sekurangnya memperoleh 7A bagi calon di Semenanjung dan 5A bagi calon dari Sabah dan Sarawak.
- Sepanjang pelaksanaan PPPM, guru akan diberi latihan dan bimbingan berterusan termasuk melalui pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) dengan guru-guru pakar akan membantu guru dan pengetua bagi meningkatkan kemahiran guru di sekolah.
- Mereka yang bakal dilantik menjadi guru besar dan pengetua wajib menghadiri program khas di Institut Aminuddin Baki (AIB) sebagai persediaan melahirkan guru besar dan pengetua cemerlang.
- PPPM turut memperkukuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+.
- Subjek Bahasa Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016.
- Sebanyak 40 peratus soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 50 peratus soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berbentuk pemikiran aras tinggi menjelang 2016. Guru tidak lagi perlu meramal soalan dan topik yang akan diuji dan melaksanakan latih tubi bagi mengingati kandungan pelajaran.
Petikan Sumber:
No comments:
Post a Comment