Keperluan 7 Hari Berkursus dan Kaedah Pengiraan Hari Berkursus Bagi Penjawat Awam

Semua penjawat awam perlu menghadiri kursus sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun. Keperluan 7 hari berkursus setahun ini termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 - Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam. 

Entri ini sebenarnya ada perkaitan dengan entri tentang eSPLG - Sistem Pengurusan Latihan Guru yang  saya tulis sebelum ini.


Kenapa perlu berkursus?
Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.

sekadar hiasan

7 hari setahun? Bagaimana pengiraannya?

Ada 3 kaedah atau cara:

1. Latihan - kursus, seminar, konvensyen, bengkel, forum, simposium, kolokium, lawatan rasmi/korporat/sambil belajar, klinik kaunseling.
6 jam berterusan = 1 hari berkursus 
(tidak terhad tetapi terpakai bagi kursus jangka pendek tidak melebihi 3 bulan sahaja).
2. Sesi pembelajaran - Executive Talk, perhimpunan bulanan anjuran jabatan, sesi perkongsian ilmu, menyampaikan ceramah dan sebaginya.
6 jam terkumpul = 1 hari berkursus 
(maksima 5 hari/30 jam terkumpul setahun)
3. Pembelajaran kendiri - pembacaan buku atau bahan ilmiah
1 pembentangan = 1 hari berkursus 
(maksima 3 hari setahun)

Kaedah pembacaan buku (Book Review)
  • Sekiranya tidak memenuhi keperluan 7 hari berkursus dalam setahun (maksudnya tak cukup 7 hari atau 42 jam)
  • Bilangan buku bergantung kepada bilangan hari kursus yang diperlukan bagi mencukupkan 7 hari.
  • Melibatkan pembentangan dan penulisan sinopsis buku yang dibaca. 
  • Pembentangan mengambil masa antara 10 - 15 minit.
  • Pembentangan boleh dilakukan semasa mesyuarat, perhimpunan bulanan yang dipengerusikan oleh Ketua Jabatan atau orang yang lebih kekanan pangkatnya.
  • Pembentangan melibatkan sesi soal-jawab.


Terima Kasih

10 comments:

  1. bil 5/2005 ke bil 5/2005 keperluan menghadiri kursus selama 7 hari setahun?

    ReplyDelete
  2. Nk tnya..jadi guru pengiring lawatan murid sambil belajar boleh dikira ladap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong jawab. ya dikira. isi sendiri dalam modul individu, bahagian sumbangan lain. dan maksima mata kreditnya ialah 10=10jam

      Delete
  3. Bagaimana klau jadi jurulatih, melatih pemain teknik dan kemahiran, adakah dikira sbg ladap, tq

    ReplyDelete
  4. Kalau dah ckup 7 hari berkursus dan juga jjam kredit (42 atau lebih), dan tiba2 masih dipanggil untuk menghadiri kursus, bolehkah kita tolak? Atau tetap kena pergi?

    ReplyDelete
  5. Saya masih kurang paham tentang buku dan bacaan. Contoh sebuah buku dibaca kira berapa jam?

    ReplyDelete
  6. salam n slmt pagi..sy nk tanya ttg JUMLAH HARI KURSUS DAN JAM KREDIT ADALAH DIKIRA BERASINGAN..ATAU MACAMANA

    ReplyDelete
  7. Yg saya tahu ladap ni sebab tk cukup budjjet pd kementerian pendidikan, jadi terpaksalah buat kat sekolah. Pastu mereka yg ats pun buatlah mcm ni utk kononnya satu latihan wajib, tak boleh ke jenbalikan sistem lama dulu. Sedangkan itu yg terbaik dari sekarang yg dilihat lebih menyusahkan. Maaf le kasar bunyinya tapi itu kenyataan yyg org atas sana kena kembalikan pada guru agar tidak menyusahkan.

    ReplyDelete