Aplikasi Semakan Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) - Calon JPN dan Calon IPG
Semakan Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) adalah bagi calon berikut:
Peserta KISSM Kohort Mei, Jun dan November Bagi Tahun 2012 Kelolaan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Peserta KISSM Kumpulan I Kohort 3, 4 dan 5 Kelolaan Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia.
![]() |
Keputusan KISSM 2012 |
Langkah-langkah membuat semakan keputusan KISSM 2012:
- Pergi ke http://apps.moe.gov.my/smg/05/050002/
- Klik pada KEPUTUSAN [BARU]
- Anda akan dibawa ke http://apps.moe.gov.my/smg/05/050002/cari-keputusan.cfm
- Isikan no. K/P tanpa ada tanda sempang (-)
- Klik SEMAK
- No.K/P dan nama akan dipaparkan
- Klik ikon berwarna hijau untuk paparan keputusan dan cetakan.
- Anda LULUS!
- Beri salinan kepada Pembantu Tadbir untuk urusan pengesahan jawatan....
![]() |
kredit: abaiis.blogspot.com |
Di sekolah saya terdapat 3 orang guru yang menduduki KISSM tahun lepas dan alhamdulillah ketiga-tiga mereka telah LULUS. Saya pula menduduki KISSM ketika masih di IPG dan juga telah lulus.
LULUS KISSM sangat penting bagi seorang guru untuk disahkan ke dalam perkhidmatan (sah jawatan DG41) dan diberi pilihan memilih skim pencen.
lulus juga
ReplyDelete