Sistem Pengurusan Latihan Guru atau eSPLG merupakan sistem aplikasi secara atas talian (on-line) yang dibangunkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dihadiri oleh warga guru.
Sebelum ini, para guru menggunakan kad kecil yang berwarna biru untuk merekod latihan seperti kursus, bengkel, taklimat, seminar, konvensyen, forum, simposium, lawatan sambil belajar atau lawatan rasmi yang dihadiri sama ada yang diadakan di luar sekolah atau di dalam sekolah. Kad pelaporan ini perlu diisi secara manual. Kad pelaporan ini kecil, maka guru-guru selalunya akan terpaksa membuat salinan terlebih dahulu sebelum mengisinya sebagai persediaan awal mengelak "liquid" digunakan.
Kenapa eSPLG penting?
SPLG dibangunkan bagi mengurus, mentadbir dan merekod semua maklumat/data latihan yang dilaksanakan di peringkat pelaksana di samping merekod kursus-kursus, sesi pembelajaran dan pembelajaran kendiri yang dihadiri oleh guru-guru melalui modul Kehadiran Kursus Luar (KKL) dan modul ‘Book Review’ (BR).
Merujuk kepada surat siaran KPM bertarikh 10 Julai 2012 -
PELAKSANAAN PENGGUNAAN SISTEM PENGURUSAN LATIHAN GURU (SPLG)
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Bil. 3/2011 pada 15 November 2011 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa sistem pengurusan latihan guru iaitu Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) sahaja digunakan untuk mengumpul maklumat tentang kursus dan latihan guru.
Surat Siaran ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberi makluman mengenai pelaksanaan penggunaan Sistem Pengurusan Latihan Guru (SPLG) kepada semua Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu sistem yang menguruskan semua pentadbiran kursus dan latihan dalam perkhidmatan bagi semua guru dan warga pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia.
Apa yang perlu guru lakukan?
- Mendaftar eSPLG di alamat URL berikut http://apps1.moe.gov.my/splg/
- Pilih Modul Individu, kemudian klik pada ikon Modul Individu. Anda akan dibawa ke capaian baru untuk pendaftaran iaitu http://apps1.moe.gov.my/splg/i_SPLG/index.cfm
- Login menggunakan nombor Kad Pengenalan tanpa ada tanda sempang (-). Kata laluan adalah 4 digit terakhir nombor K/P anda. Selepas berjaya login, kata laluan boleh ditukar kepada yang baru dengan memilih menu tukar kata laluan.
- Kemaskini eProfil - pilih profil 1
- Daftar kehadiran kursus luar (KKL) iaitu kursus yang dihadiri di luar sekolah seperti di PPD, JPN.
- Daftar Book Review (BR) jika keperluan 7 hari kursus setahun tidak mencukupi.
- Semak dan cetak pelaporan.
Untuk maklumat yang lebih jelas, anda boleh muat turun bahan-bahan berikut di Folder eSPLG atau di Portal rasmi eSPLG.
- Garis panduan SPLG
- Modul Individu eSPLG
- Modul eProfil
- Pelaksanaan kaedah latihan pembacaan buku (Book Review)
- Kaedah pengiraan hari berkursus
- Nota tentang eSPLG dalam bentuk slaid powerpoint
Assalammualaikum wbt.
ReplyDeleteTerima kasih, Cikgu.
Tq for sharing.
ReplyDelete