Bermula pada 17.12.2012, saya dan semua guru yang lain diwajibkan hadir ke sekolah. Ini adalah rutin yang harus dilalui oleh seorang guru sebelum sesi persekolahan bermula. Kebiasaannya, pada tahun-tahun sebelum ini, kami diwajibkan berada di sekolah sepanjang minggu pertama cuti akhir tahun untuk menjalankan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bagi kursus-kursus yang telah dihadiri pada tahun semasa.
Pada tahun ini, Guru Besar membenarkan kami bercuti terus tetapi hadir bertugas di sekolah dua minggu lebih awal sebelum sekolah dibuka.
Agak-agaknya apa yang dilakukan oleh guru selama 2 minggu berada di sekolah? Berikut adalah catatan saya bagi menjawab persoalan tersebut:
Minggu 1
17.12.2012 - LDP KSSR tahun 3 (MT, PSV)
18.12.2012 - LDP KSSR tahun 3 (Sains, BI, PJ)
19.12.2012 - Mesyuarat Guru Kali 1/2013
20.12.2012 - Mesyuarat Induk Kurikulum Kali 1/2013
21.12.2012 - Mesyuarat Induk HEM Kali 1/2013
- Mesyuarat Induk Kokurikulum Kali 1/2013
Semua mesyuarat tersebut mengambil masa antara 3 - 4 jam.
Minggu 2
26.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (BM, BI, SNS, Aga, BA)
27.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (MT, KT, PSK, KH)
28.12.2012 - Mesyuarat Panitia Kali 1/2013 (PSV, MZK, MORAL, PJK)
31.12.2012 - Mesyuarat Pendidikan Khas
- Mesyuarat Prasekolah
- Persediaan kelas, bilik-bilik khas dan bilik guru
- Penghantaran Buku Rekod Mengajar
![]() |
Buku Rekod Mengajar Tahun 2013 |
Itulah dia rutin seorang guru setiap tahun!
simplenya.. nak detail lagi... hihi..
ReplyDelete